Saturday 14 April 2012

Makan-makan di Pizza Hut, ECM Kuantan

Suatu ketika dulu, setiap kali selepas dapat gaji saya akan ke Pizza Hut untuk makan pizza. Pergh sedapnya la hai. Zaman muda lagi, masa mula2 kerja dulu.


Sekarang ni kalau ada new menu, saya akan cuba juga. Makan ramai2 baru best. Semalam saya cuba pizza hut menu Triple Chicken Sensation. Rasanya boleh tahan lah, tak muak sangat.


Cuma yang tak menariknya ialah servis yang kurang memuaskan. Lokasi outlet : Pizza Hut ECM, Kuantan.


Layanan dari salah seorang staff diterima agak buruk. Makanan lambat sampai, salah seorang dari kami menegur - "lambat lah dik"


"Ramai kak, bukan akak sorang je makan sini"


Tengok kiri kanan, banyak meja dah mula kosong dengan pinggan yang belum diangkat.


Okay, tak hangin ? Bila kita menegur, dijawab sebegitu malah dia berlalu dengan menjeling ke meja kami. Terima kasih dik atas layanan mu. Paling sopan, minta maaf la dan cakap la kejap ya kak. Kurang training betul.


Staff lain pula, kalau kita lambai dia pura2 sibuk seolah2 tak nampak kami disitu.


Terima kasih la, kami pun makan berbayar juga okay. Reject outlet ni melainkan staff diberi training dalam bidang customer service secukupnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: