Tuesday 3 December 2013

Jalan-jalan ke Venice 5 - 7 Jun 2013



Dari Florence, kami meneruskan kembali perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Venice. Untuk ke Venice, kami sekali lagi menaiki train intercity dari Firenza Santa Maria Novella Station menuju ke Venice S Lucia. Kami mengambil train pada jam 12.15pm, pagi tu sempat lagi shopping di San Lorenzo Market. Sabo je la. Shopping tak hengat, sampai Rozie kena beli luggage lain memandangkan luggage yang dibawa dari Msia koyak. Gelak je bila ingat balik.

Perjalanan dari Florence ke Venice mengambil masa selama 2 jam 5 minit. Cara-cara tempahan tiket, sila rujuk kepada entry sebelum ini.

Sebelum sampai ke Venice, saya sering tertanya-tanya macamana lah rupanya Venice yang dikatakan kota air ni. Memanglah sebelum ni pernah tengok kat tv dan majalah cuma, tapi gambaran sebenar tu macam tak sampai dalam kepala. Berkali-kali juga saya baca map Venice untuk mendapatkan gambaran sebenar. Memandangkan saya tak dapat gambaran bagaimana untuk menguruskan transport dari stesyen keretapi ke tempat penginapan, dengan menggunakan pengangkutan air, saya agak blur jugak lah pada awalnya. Tapi bila sampai, ooooo senang saja rupanya.

 


Pengangkutan 

Sampai di stesen keretapi, saya membeli tiket water bus di kedai serbaguna berdekatan untuk ke San Samuele Boat Station. Dengan luggage yang semakin berat, kami heret saja beg masing-masing dan bawa ke station berdekatan. Mujur ada seorang abangLa yang tolong inform macamana nak naik water bus, di mana nak tunggu, dan validate tiket dulu sebelum naik.

Untuk ke lokasi penginapan, kita perlu tahu di station mana yang terdekat dengan penginapan kita nanti supaya kita tak salah turun station. Kalau tersalah turun, nanti kena jalan jauh dan sepertimana yang kita ketahui, Venice ni memang banyak lorong dan terusan airnya. Untuk melintasi setiap terusan, kena naik turun tangga, kalau ada yang sakit lutut memang merana lah juga. Sebelum travel ke mana-mana, sila exercise dulu ye untuk mantapkan stamina.

Water bus dan water taxi adalah pengangkutan utama di Venice. Water bus murah sikit bayarannnya, dalam €6 berbanding water taxi dengan bayaran €140 per taxi. Saya cuba kedua-duanya, hala pergi naik water bus yang seperti bas awam, siap penuh dengan penumpang yang berdiri dan water taxi yang seperti kereta limo pula rasanya. Rugi kalau tak cuba water taxi, memang rasa macam orang kayos kat Venice. Atau boleh perasan Angelina Jolie dalam filem The Tourist. Huahua... bila lagi nak berangan. Lagi info berkenaan dengan pengangkutan awam di Venice boleh rujuk di SINI.

water bus

water taxi dengan pemandu yang ensemmmmm


Penginapan

Pada mulanya memang saya agak pening nak pilih lokasi dan penginapan yang sesuai untuk kami yang seramai 7 orang. Dah la lokasi memang saya tak dapat nak bayangkan, dengan penyusunan bilik untuk seramai 7 orang pula. Seminggu dalam website Airbnb, saya akhirnya jumpa satu apartment yang sangat selesa dengan lokasi yang dekat dengan Piazza San Marco. Ca Dei Zotti, apartment 3 bilik saya tempah pada harga €290/malam. Dalam €41/pax/night. Kira ok lah, lagipun ada dapur untuk masak dengan 2 toilet.

amacam, cun tak bilik tidur saya

bilik berikutnya ada 2 katil single, bilik lagi satu ada katil queen tapi dah bersepah so tak dapat nak upload gambar

Saya sering berhubung dengan Serena, agen yang bertanggungjawab untuk menjemput kedatangan saya di San Samuele Boat Station, melalui email dari Malaysia dan melalui sms semasa kami di Florence. Ternyata dia seorang yang menepati masa, saya janji jam 3.30pm memandangkan waktu check-in pada jam 3pm. Jalan dalam 5 minit, sampailah ke apartment kami. Dia juga tunjukkan kepada saya kedai runcit yang berdekatan, dan selebihnya kena explore sendiri lah.

pintu masuk nun kat bawah, sebelah tu toilet besar gabak

toilet atas

toilet kat sana ada 2 bowl, gunakan kreativiti untuk menggunakan yang mana satu

Saya agak berpuas hati dengan apartment di Venice. Khabarnya apartment ni baru diubah suai oleh pemilik, dan review yang saya baca sebelum ni pun agak memuaskan.

sempat cuci baju dan sidai gaya orang Italy


Apa yang menarik di Venice ?

Sebenarnya segalanya tentang Venice adalah menarik, tambah untuk pelancong yang pertama kali melawat seperti saya. Jalan saja ikut rentak kaki, orang kata tak akan tak sesat di Venice, tapi kalau kita ikut jalan yang betul, tak ada la sesat pun. Orang kata air sungai Venice busuk baunya kalau pergi musim panas, tak ada lah busuk sangat pun kalau pergi bulan 6 haritu.

1. Gondola rides
Tarikan utama dunia di Venice tentulah gondola nya. Rugi kalau pertama kali datang, dah berkira-kira nak naik atau tak gondola ni. Naik aja, walau 20 minit pun, layan. Harga untuk 20 minit rides ialah €80/pax dan hanya 6 orang maksima boleh menaiki 1 gondola. 

Kalau ada yang nak lalu bawah Bridge of Sighs ke, atau nak ada orang main muzik atas gondola ke, kena buat arrangement lain dengan pengayuh gondola. Tak tahu lah pula berapa diorang akan caj, tapi boleh la tanya mereka disitu. 

"A local legend says that lovers will be granted eternal love and bliss if they kiss on a gondola at sunset under the Bridge of Sighs as the bells of St Mark's Campanile toll," - Wikipedia


 




2. Piazza San Marco
"Piazza San Marco (Italian pronunciation: [ˈpjatt͡sa san ˈmarko], often known in English as St Mark's Square), is the principal public square of Venice, Italy, where it is generally known just as "the Piazza" (la Piazza). All other urban spaces in the city (except the Piazzetta and the Piazzale Roma) are called "campi" (fields). The Piazzetta (the 'little Piazza') is an extension of the Piazza towards the lagoon in its south east corner (see plan). The two spaces together form the social, religious and political centre of Venice and are commonly considered together." - Wikipedia

Satu malam tu kami cuba datang lepak waktu malam disini, ada beberapa restoran ditepi tu menyediakan live music yang sangat best. Kami lepak dan order minuman saja disitu, saja nak feeling2 tourist tapi awasi dengan harga bayaran yang dikenakan oleh kedai-kedai disitu. Caj makan di luar restoran adalah berbeza, siap kena prepare tips untuk waiter lagi.






3. Murano Glass
Peminat-peminat Murano Glass boleh datang shopping di Venice. Harga jauh lebih murah berbanding tempat-tempat lain. Murano glass yang terkenal di negara kita ni macam brand Pandora, harganya murah berbanding dibeli di negara kita. Boleh cari kedai Pandora di belakang Piazza San Marco atau kedai-kedai murano glass lain berlambak disitu. Murah-murah pulak tu, tapi kena awasi dengan yang original murano dari Venice atau buatan China.




4. Hard Rock Cafe Venice
Pengumpul t-shirt HRC mesti nak cari kedai ni, yang mana ianya terletak dibelakang Piazza San Marco saja. Senang je nak cari, dan pemandangan kat situ memang cantik dengan gondola penuh parking di depan HRC Venice.




 



Venice kalau sekali dah datang, bila balik Malaysia macam memanggil-manggil untuk kembali lagi. Bukan untuk apa pun, sebab Venice bukan ada apa pun sebenarnya. Cuma surrounding Venice berbeza dengan tempat lain, nak cerita pun susah, korang kena datang sendiri untuk feel. Agak susah nak cari kedai makanan halal di Venice, mujur kami tempah apartment di Venice, senang sikit nak masak. Apapun, kalau ada kesempatan dan keizinan olehNya untuk kembali ke Italy pastinya saya akan kembali lagi ke Venice, duduk lama sikit untuk explore lebih lagi kota air ini. Pastinya lebih mengagumkan.

Ciao !









Thursday 31 October 2013

Jalan-jalan ke Florence, 2 - 5 Jun 2013

Dari Rome, kami meneruskan perjalanan ke Florence dengan menaiki train intercity dari Roma Termini ke Firenza Santa Maria Novella Station. Untuk booking tiket, sila ke website Trenitalia dan pastikan nama stesen keretapi adalah tepat. Pastikan juga jadual masa yang dibeli, supaya tidak rushing dan just nice untuk check in di Florence. Untuk mendapatkan harga yang murah dan berpatutan, dinasihatkan untuk membeli tiket keretapi seawal yang mungkin setelah jadual perjalanan dirangka sebaiknya. Saya pernah terlewat seminggu, bila saya check balik, dah tak dapat rate murah. Rugi sikitlah.




Harga tiket keretapi bergantung kepada coach apa yang kita nak, sama ada nak business coach atau economy, terpulang lah. Yang penting sampai. Tapi tak rugi beli economy, train mereka laju dan tak rasa goncang pun.

View dari train 





Seperti yang telah saya terangkan di dalam Entry 1, pastikan tiket telah diprint siap-siap supaya tak perlu verify tiket lagi dimesin yang ada di stesen. Cuma tunjukkan print out ticket kepada train master apabila mereka datang check.

Supaya tidak rushing, saya telah membeli tiket bertolak pada pukul 8.40am dan dijangka sampai pada jam 10.07am. Waktu yang dinyatakan adalah sangat tepat. Jadi, pastikan jangan lambat, nanti orang cakap kita ni tertinggal keretapi pulak.


Penginapan

Melalui website Airbnb.com, saya telah memilih untuk menginap di Victoria Place, setelah membaca review yang bagus di website tersebut. Sebenarnya ada rasa macam nak percaya atau tak je dengan review yang ada dalam internet ni kan, tapi redha je lah. Ternyata, pilihan saya tak salah. Apartment 3 bilik milik Veronica dan Nycolas memang sangat memuaskan. Biliknya bersih, dan lengkap. Yang penting, lokasinya sangat strategik. San Lorenzo Market hanya kat bawah apartment kami je. Cuma shower nya saja agak kecik, ngam-ngam badan dalam tu. Dan cuma 1 je toilet untuk 3 bilik. Kena ikut giliran lah.

Bilik tidur 1 dgn 3 katil single
Bilik tidur 2 dgn 1 katil queen

Bilik tidur 3 dgn 2 katil single

Oh ya, kali ni saya memilih apartment memandangkan lebih senang untuk kami 7 orang nak bersembang, dan masak-masak. Kak Rozie siap masak nasi lemak untuk sarapan kami. Semua peralatan memasak complete, tinggal pakai saja. Kalau masih was-was tentang peralatan yang disediakan, boleh baca LINK INI. Kredit kepada Kaki Berangan yang telah share link tersebut di FB beliau.

Seperti yang dinyatakan dalam email antara saya dan Nycolas, jarak antara stesen ke apartment beliau adalah 5 minit berjalan kaki. Hurmm. Perlu diingatkan bahawa itu jarak tanpa luggage besar, dengan bukaan 70cm sekali langkah. Err... bukaan kaki saya cuma 40cm sekali langkah. Nak selamat, kita anggarkan dalam 10 minit lah jaraknya. Tak susah nak cari, dengan direction yang telah diberikan oleh Nycolas, memang sangat senang nak cari.

Apartment ni terletak di tingkat 3, kena panjat sikit lah sebab tak ada lift. Tapi Nycolas sangat membantu di hari ketibaan kami. Dia tolong angkatkan luggage yang besar-besar tu sampai atas.


Apa yang menarik di Florence ?

Florence adalah sebuah bandar kecil, sepertimana yang dinyatakan oleh Veronica, ialah selamat untuk jalan-jalan, walaupun pada waktu malam. Untuk pusing-pusing bandar Florence ni, lebih baik kita walking tour saja sebab semua attraction dekat-dekat, sambil jalan kaki boleh kita tengok life orang Florence dengan lebih dekat.

1. San Lorenzo Market
San Lorenzo Market adalah tarikan utama untuk shopping barang kulit terutamanya handbags. Dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 7 malam, ianya seolah pasar malam dan ramai lah abangLa boleh ditemui di sana. Siap pandai berbahasa Melayu lagi, ramai yang pernah bekerja di negara kita katanya.  Oklah, dah kira macam upgrade sikit kerjayanya kot sebab dapat kerja kat Italy pulak. Huhu.

Sebenarnya banyak barangan kulit adalah datang dari negara Cina, itupun mengikut apa yang peniaga tempatan bagitau kat kami, sebab tu harganya murah dan hampir kesemuanya dijual oleh abangLa. Kalau mau kan kulit asal dari Florence @ Firenze, cari peniaga tempatan, tapi harganya mahal sikit. Boleh nampak beza kalau diteliti hasil kulitnya, tapi kalau nak murah dan nak beli banyak untuk souvenir, apa nak kisah kan dari mana asalnya barangan kulit tu. Janji shopping kat San Lorenzo Market. Hado ?

View dari bilik tidur saya, weeehhuuuu

2. Duomo Cathedral of Santa Maria, Piazza della Signoria, Bargello Museum
Sebenarnya banyak gereja dan muzium yang boleh dilawati di Florence, tapi memandangkan kami rasa ianya tak perlu, kami cuma jalan-jalan ambik gambar je lah. Berpandukan map yang diberikan oleh Veronica, kami pusing Florence dengan kaki saja.

Duomo Cathedral

Salah satu tarikan utama di Florence ialah Statue of David, hasil ukiran Michaelangelo. Hurmm... patung bogel je pun, dan boleh ditemui di Galleria dell'Accademia. Nak masuk kena bayar, macam membazir pulak rasanya tambah pula bukan boleh ambil foto pun dalam muzium tu. So kitorang cuma ke Piazza della Signoria, sebijik Statue of David ada kat situ, katanya ukiran tiruan. Hurmmm... tak kisah lah, janji dapat jugak tengok.

Opps - Statue of David (bukan original)


3. Ponte Vecchio
Dipercayai sebagai jambatan pertama dibina pada zaman Roman, rugi kalau tak pergi. Sampai sana, boleh feeling-feeling zaman Roman, pakai baju kembang-kembang naik kuda tengah melintasi jambatan. Imajinasi saja lah yang mampu.






Ada paip lama kat tengah-tengah jambatan tu, jangan lupa cuba minum atau basuh muka. Unik sangat paip zaman Roman ni. Ye ke ? Teka je. Huhu.

Kalau ada masa, datang waktu sunset. View dia, subhanallah, memang stunning.



4. Pizzeria Restorante 
Tak silap saya, Victoria ada cakap kalau nak try pizza yang restorannya dijadikan sebagai tempat shooting drama ke apa ntah, pergi lah try kat kedai pizza **** (sorry dah lupa namanya). Agak famous katanya kedai ni. Masa jalan-jalan haritu, cari lah kedai pizza ni. Biasa je kedai dia, kat celah-celah lorong dengan baju bergantungan dalam kedai sebagai deco. Kami order pizza tomato & cheese, itu je yang boleh makan, tapi sedapnyaaaaaa........ huihhh, kalah pizza yang ada ayam daging semua tu. Sebenarnya mana-mana pizza kat Italy memang tak boleh lawan, diorang memang tak kedekut cheese, tu yang lemak dan sedap sangat. Siapa-siapa ke Italy, sila cuba pizza diorang kat kedai yang berbeza, memang boleh kecur air liur bila teringat balik kat Msia.

no photo sebenarnya, gambar curi haha. ada nampak sesuatu ?

tengok tarikan cheese tu


Nota : Jadual hari pertama saya ialah pusing-pusing Florence sahaja



5. Leaning Tower of Pisa
Sebenarnya Leaning Tower of Pisa ni bukan terletak di Florence. Dari Florence kena naik bas atau train untuk sampai, tapi bila saya baca review, ianya memerlukan jalan kaki yang agak jauh, kakak-kakak yang ikut semua pancit, saya fikir alternatif lain iaitu sewa guide dengan MPV dan berhenti sebentar di Pisa dalam perjalanan ke Cinque Terre. Sebenarnya naik bas / train lagi best, boleh jalan-jalan kat pekan sebelum sampai ke destinasi. Untuk info berkenaan bas / train boleh ke blog INI. (Hi Stella, I'm sharing your blog link for my friends in Malaysia to check on the day trip from Florence to Pisa. Hope you don't mind. Thanks.)


lompatan pisa


6. Cinque Terre
Sebelum ke Italy, terfikir kenapa Iza (kawan Fizah) mencadangkan untuk pergi ke Cinque Terre. Apa benda Cinque Terre (CT) ni ? Iza kata, pergi lah untuk menikmati pemandangan tepi pantai dengan deretan rumah-rumah berwarna-warni di lereng bukit. Bila di Google, ternyata cantik tempatnya dan hati dah teruja untuk ke sana.

Cinque dalam Italy bermaksud lima (5), Terre pula ialah kampung dan kelima-lima kampung yang dimaksudkan itu terdiri dari Monterosso, Vernazza, Corniglia, Manarola dan Riomaggiore. Biasanya mat saleh datang sini untuk hiking sambil menikmati pemandangan yang cantik di tepi teluk. Tapi kami tak ada lah pergi untuk hiking, sekadar untuk sampai dan tengok sendiri keindahannya saja.




Sumber Wikipedia
The Cinque Terre (Italian pronunciation: [ˌtʃinkwe ˈtɛrːe]) is a rugged portion of coast on the Italian Riviera. It is in the Liguria region of Italy, to the west of the city of La Spezia. "The Five Lands" is composed of five villages: Monterosso al MareVernazzaCornigliaManarola, and Riomaggiore. The coastline, the five villages, and the surrounding hillsides are all part of the Cinque Terre National Park and is a UNESCO World Heritage Site.
Over the centuries, people have carefully built terraces on the rugged, steep landscape right up to the cliffs that overlook the sea. Part of its charm is the lack of visible corporate development. Paths, trains and boats connect the villages, and cars cannot reach them from the outside. The Cinque Terre area is a very popular tourist destination.
The villages of the Cinque Terre were severely affected by torrential rains which caused floods and mudslides on October 25, 2011. Nine people were confirmed killed by the floods, and damage to the villages, particularly Vernazza and Monterosso al Mare, was extensive.[1]



Bagaimana untuk sampai ke Cinque Terre ?
Kalau tengok map, CT agak jauh dari Florence. Bila saya Google, kita boleh gunakan train untuk sampai ke CT. Ikutkan saya, best juga adventure macam Iza tapi fikirkan kakak-kakak yang lain, saya terus cari guide dan MPV untuk bawa kami terus ke CT. Perjalanan memakan masa selama 2 jam dengan MPV dan melalui highway.




Agak lama saya browse pasal CT ni, untuk cari guide yang sesuai dan berpatutan. Last saya pilih khidmat Umberto, dengan bayaran €780 untuk khidmat driver + MPV + tour guide di CT. Ternyata perkhidmatan yang disediakan oleh Umberto memuaskan.

Kami tiba di Manarola dan dibawa berjalan sampai sambil diceritakan tentang sejarah perkampungan tersebut. Seterusnya ke Vernazza menaiki train dan ke Monterosso untuk makan tengahari.

Layan gambar :-








Nota : Jadual hari kedua saya ialah ke Pisa dan Cinque Terre dengan menggunakan khidmat guide & MPV.


7. Hard Rock Cafe Florence
Biasa di HRC ni kalau yang suka tengok live band tu boleh la layan. Tapi saya ke HRC sebab nak beli Tshirt je, ada la sikit-sikit collection. Dah siap memilih t-shirt HRC selai dua tu, boleh la lepak kat luar HRC sambil dengar music free dari restoran berhampiran. Memang best. Free pulak tu. Kalau lepak siang hari, ada juga artis yang main gitar sambil nyanyi kat situ. Sekitar HRC juga ada banyak kedai yang boleh shopping atau cuci mata.






Nota : Jadual hari ketiga saya ialah pusing-pusing sekitar Florence lagi untuk shopping



Bersambung ke Venice pula nanti..........