Thursday 12 April 2012

Jalan-jalan ke Seoul, Korea - Day 2

16 March 2012

Bangun pagi tu, terus mandi.. wuhhuuu mandi dengan suhu 2 darjah celcius diluar adalah sangat menyeronokkan. Breakfast pagi ni, makan roti 2 keping dengan nescafe panas segelas. Cukup lah tu alas perut sampai tengahari. Kita kan nak jalan, bukan nak makan.

Seperti yang dijanjikan, tour guide kami datang tepat pada masanya. Berkenalan sebentar dengan pemilik blog Budget Travel Guide South Korea yang telah saya ikuti beberapa bulan yang lalu sebagai persiapan ke Korea, dan siap bagi payment untuk hari pertama tour dengannya, maka kami memulakan perjalanan. Mula-mula beli T-money dulu, T-money ni macam kad Touch & Go lah, beli kat mini-mart yang bersepah2 sekitar guesthouse, dan boleh refill kat subway.


Mula-mula melihat peta subway Seoul, memang memeningkan kepala. Study perlahan2, yang penting kita tahu line warna apa yang nak dinaiki, exit mana yang perlu keluar, gerenti selamat sampai ke destinasi. Subway di Seoul memang bertingkat2, memerlukan tenaga dan stamina yang kuat untuk turun naik tangga yang tak disediakan escalator. Kaki kena kuat, semangat mesti membara. Gituuu. Yang penting, nak jalan2 di Seoul ni, pastikan kasut yang dipakai bersesuaian. Biar selesa gitu, kerana memang banyak menapak dari menaiki kenderaan.

mula2 camni, pastu camtu.. nganga...

tengok, berapa layer subway mereka ada. kita ?

senang je ni.. kuikuikui....

Tour day 1 saya plan ke Nami Island dulu, memandangkan hari tersebut ialah hari Jumaat. Kalau ditangguhkan ke day 2 atau day 3, dah jatuh pada hari minggu dan dikhuatiri ramai pelancong kat Nami Island nanti. Tour guide kata no problem. Jom ke Nami Island.

Dari Myeongdong Station kami ke Cheongnyangni Station untuk menaiki train ITX - non-stop train ke Gapyeong Station. Memandangkan train lambat lagi, maka kami round sekitar Lotte Shopping Complex yang mana bangunannya bersebelahan dengan Cheongnyangni Station. Banyak kedai2 dalam Lotte ni, boleh la nak ronda2 atau lepak di coffee shop sambil main free wi-fi. Argh. Menariknya tentang Seoul, senang betul nak dapat free wi-fi, tak perlu login id bagai macam kat tempat kita.

dalam station

ITX train yang bergerak pantas tanpa henti

Train dah tiba, jom naik dan duduk ikut nombor tiket ya. Tiket ITX train berharga KRW5,700 dan perjalanan ke Gapyeong Station memakan masa selama lebih kurang 45 minit. Sempat tido kalau nak. Sampai di Gapyeong, mak aih... angin sejuk menerpa, kena lah menari hip-hop disitu untuk panaskan badan. Keluar dari station, terus ambil teksi KRW3,000 sehala terus dibawa ke perkarangan entrance ferry ke Nami Island.

Gapyeong Station

Kat luar tu ada gerai makanan, wah... sedapnya, maklumlah sejuk2 camni cepat lapar. Makan yang boleh makan saja lah. Yang yakin halal. Tiket feri dan entrance ke Nami dah dibeli pada harga KRW8,000, feri sampai terus berlari2 naik takut terlepas.

makanan, yeay !

Akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke Nami Island. Alahhh, lokasi drama Winter Sonata tuuuu. Semua yang datang Seoul pun akan melawat ke sini, dah tentu saya tak akan melepaskan peluang ini walaupun saya ni bukan lah peminat drama Korea pun. Hehe. Janji dah sampai, kannnn ?

Cantik tempat ni, kalau datang winter atau autumn mungkin lagi cantik. Lama juga kami menghabiskan masa disini, sampai perut lapar minta diisi. Sayangnya kedai makanan halal yang biasa rakyat Msia makan tu ditutup untuk renovation. Maka kami kena keluar dari pulau itu, makan dipekan seberang. Pergh, makan time lapar memang nyamannnn.

ku ingin terbang lagi jauh....

my first kimchi in korea

Dah siap makan, kami terus ambil teksi ke Gapyeong Station, dan ITX train ke Cheongnyangni Station dan terus ke Myeongdong Station. Sempat jalan2 sekitar Myeongdong dalam hujan renyai. Cepat2 balik ke guesthouse, tukar baju dan rehat dan makan megi lagi hehe... perut dah lapar balik, apa nak buat kannn. Dah siap makan, keluar lagi sekali ke Myeongdong Market. Banyak pilihan kedai dan gerai2 disini, kami jalan2 saja meninjau kawasan. Gitu kan.

Sejuk sangat malam tu, cepat2 balik bilik.... kaki pun dah penat, jom tido.

3 comments:

Ijahans said...

tok biley ko brapo batey pokok hok duk susun berjujuk di nami island tuh?

shoeque said...

banyok bedooh, x mampu wei nk count

Unknown said...

Maaf saya nak tanya : Nak pergi ke Nami Island dari Myeongdong Stat.

Dari Myeongdong > Cheongnyangni > Gapyeong Station > Taxi ke Ferri Nami Island.

Soalan: Adakah train dari Myeongdong ke Gapyeong train non stop ke?
Adakah kena tukar train diCheongnyangni?