Tuesday 26 July 2011

Makan-makan di Chili's

Salah satu favorite kedai untuk makanan western saya ialah di Chili's, banyak pilihan steak dan tak kurang juga dengan pilihan makanan lain.

Seperti biasa, pilihan outlet Chili's saya masih di OU. Kali ini saya hanya memilih makanan ringan saja seperti nachos dan tortilla sebagai makan petang, nak makan steak macam heavy sangat untuk hari tu. 

Pilihan saya pada petang itu ialah Grande Nachos


Piled high with seasoned beef, cheese, sour cream and pico de galle. Apa-apa je lah, janji hasilnya sebegini....


Wallaweii... Sedapya nachos ni... Macam kudapan saja, boleh makan berempat sambil borak-borak. 

Selain itu, saya juga memesan Quesadillas


Marinated chicken with grilled onions and Jack cheese in tortillas. Served with sour creme and house-made pico de gallo.


Memangkan saya cuma datang berdua, kami cuma menghabiskan nachos saja. Tortillas ni mengenyangkan pula, saya cuma makan sekeping saja dan selebihnya mintak bungkus. Jimat kos makan malam. Weee.....

Saya teringin nak cuba burger di Chilis, ramai yang mengatakan burgernya sedap. Selama ini makan steak saja disini, lain kali datang boleh la order makanan lain pula. 

Makan-makan di Fish & Co


Jom makan Fish & Chips pulak, kali ini saya cuba di Fish & Co, One Utama. Yeayyy, saya suka ke OU kerana disini banyak pilihan makanan dan shopping pun layannnn.

Beberapa kali ke OU, hanya intai dari luar kedai saja. Kebetulan minggu lalu, tak tahu nak makan kat mana maka saya pun singgah ke sini. Banyak pilihan perasa, dalam gambar nampaklah berbeza tapi bila pesanan sampai, kenapa samaaaaa je ?


Ada juga pilihan pasta, pasta dia boleh tahan rasanya. Next time boleh cuba carbonara spaghetti pulak.


Pilihan saya untuk kali ini, New York Fish & Chips ! Dengan harapan dan doa, semoga satu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke NY pulak. Weeeehhoooo.


Harganya tidak mahal sangat, dengan RM13.90 kita boleh share dengan teman. Tiba-tiba teringat fish & chips di London, sangat besar portionnya sampai menolak ke tepi. Arggh. Saya selalu flash back kenangan ke Europe kan. Maaf, terlalu indah untuk tidak saya kenangkan. Sabar je lah kalau saya selalu bercerita balik ya. Hehe.

Okay..... tak perlu risau ya untuk makan disini !

Monday 25 July 2011

Menyejukkan diri di Haagen-Dazs


Ramai yang lebih memperkatakan tentang aiskrim BR berbanding Haagen-Dazs. Bagi saya, saya lebih suka keenakan aiskrim HD berbanding BR. BR lebih kepada aiskrim kanak-kanak. Macam Mat Kool vs Cornetto.

Ada beberapa outlet Haagen-Dasz diKL ni seperti di Midvalley, KLCC, Bangsar Village, Lot 10 dan Solaris Mont Kiara. Saya biasa ke Haagen-Dasz OU memandangkan lokasinya berdekatan dengan rumah saja. Tapi kali ini saya nak cuba di Bangsar Village pula.


Outlet yang berada di BV ini sangat sesuai untuk dating. Gitu... Dengan suasana yang nyaman, dengan mat saleh yang melintas kedai, terasa seperti makan ais krim di Grand Place, Brussels saja. Wow...

Antara pilihan saya pada hari itu chocolate ice-cream with brownies, yummy !

brownie celebration by haagen-dasz

Ini pula Paradise apa ya, lupa pula. Setiap tingkat tu ada 3 scoop of ice-cream dengan flavor yang berbeza. Sedap. Sedap. Sedap.


Tapi silapppp... sepatutnya saya order satu persatu, memandangkan kita makan di Malaysia dan bukannya Brussels, aiskrim ni akan cepat cair walaupun suasana dalam shopping mall pada hari itu nyaman saja. Terpaksalah makan cepat-cepat supaya ianya tak cair.

Aiskrim - sangat sedap, tetapi tak boleh dimakan selalu. Awas ya dengan kalorinya. Jumpa lagi lepas raya ya cik HD !

Thursday 7 July 2011

Makan-makan di Kin No Uma

Nama Restoren : Kin No Uma
Lokasi : Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan

Beberapa bulan lepas, saya dapat panggilan telefon dari POTGH - health club dia, menawarkan voucher penginapan di salah satu hotel mereka dengan syarat kena la dengar talk dari marketing department dia dulu. Okla, saya pergi sebab masa tu takde kerja sangat dan saja nak dapat voucher penginapan tu kan. Hahaha.

Dah siap dengar talk, dan saya memang taknak join pun health club dia, semangat mesti kuat.. hehe.. maka dapatlah voucher dan saya memilih untuk stay di Kajang Country Height Resort, enjoy free stay bersama rakan-rakan.

Disamping tu juga, dapat voucher 50% off untuk makan di Kin No Uma. Maksimum 2 orang, maka saya pergi berdua lah dan bayar untuk seorang sahaja. Dalam bil dia tulis harga seorang RM110++, tetapi sebab diskaun dapatlah RM55++ seorang. Err.. Tapi ada juga saya browse kat internet, kadang-kala tempat ni bagi promotion seorang caj RM55++, normal rate RM75++ camtu.

Tak kisah la. Lagipun dah lama tak pekena makanan Jepun nih, dan memang menjadi favourite saya juga lah. First attempt, dah tentu saya attack bahagian sushi dan oyster. Wow... rugi tu kalau tak makan oyster, mahal nak beli kat luar. Dah alang-alang buffet, mari la kita makan raw oyster dituang dengan kicap dan diperah dengan hirisan lemon. Kalau tak suka memang boleh muntah, tapi saya memang layan oyster ni. Salmon mentah pun merupakan favourite saya, tapi tak boleh makan banyak sebab makanan raw ni kalau layan banyak sangat rasa hanyir kat mulut.

ada berani ?

Next, kita attack soup dia. Fuhhh... ada 3 jenis sup dihidangkan, japanese soup yang memang sedap rasanya ditambah pula dengan seaweed dan hirisan tauhu (ke?), memang layan habisss... Berbeza makan kat kedai biasa.

cicah dengan bread & butter, wow !

Kemudian kita attack bahagian ikan pula, jangan lupa ambil unagi. Vrooomm vrooommm, memang terangkat makan unagi disini. Fresh ikannya, dicicah dengan sos pulak... wuhuuuuu....



Selain dari makanan-makanan di atas, ada juga dihidangkan nasi. Sesiapa nak makan nasi, boleh la makan dengan unagi, tempura dan lain-lain menu. Banyak juga, dan memang puas !

Akhir sekali jangan lupa untuk makan dessert, kek kat sini memang sedap ! Tapi sebab dah kenyang, makan sikit je keknya. Aiskrim dia pun sedap, ada green tea ice-cream, mint, yam dan lain-lain. Sedappppp....






kek sangat sedap

Tak puas pulak rasanya makan kat sini, next time nak pergi lagi, mau makan unagi banyak-banyak kat sini. Wowwww !!!

Makan-makan di Alexis

Nama Kedai : Alexis Bistro
Lokasi : The Garden, Midvalley


Pertama kali saya ke sini bila dibelanja oleh supplier saya. Masa tu saya order Asian Food, Beef Kuewteow Soup. Okay, saya suka menu ini sebab ada daging. Orang kata nasi lemak kat sini sedap, tetapi macam tak feel lah makan nasi lemak kat tempat macam ni. Nasi lemak sedap makan kat warong. Baru feel.

Kali kedua, saya pergi bersama Fizah. Hajat sebenar nak makan kek, dan Pavlova sudah bermain dalam minda sejak dari rumah lagi.

Saya order Spaghetti Aglio Olio, sedap jugak rasanya tetapi udang yang dimasak bersama spaghetti tu agak gatal lah bagi saya. Saya bukan selalu allergy kepada seafood, kadang-kala saja. Tengok juga pada cara masakannya. Takpe, kalau gatal kita makan ubat lepas tu. Hehe. Harga sepinggan RM40, kami share saja. Mahal woooo. Lagipun portion dia banyak, nak makan petang memang amat sesuai.


Untuk minuman saya order Hot Coffee, memang dah addicted to coffee saya ni. Kopi dia memang kaw, pekat dan memang sedap bagi peminat kopi macam saya. Letak 2 ketul gula tu dah cukup manis bagi saya.


Dan untuk desert, kami order Pavlova. Sepotong RM15, share pun dah cukup sebab manis dan creamy. Kalau makan sorang, gerenti muak dan gula dalam darah mesti meningkat naik kalau kita check. Wuhuuu. Pertama kali saya makan Pavlova ni, kawan saya recommend untuk cuba Pavlova disini. Next, saya nak cuba Pavlova di Empire Subang pula, katanya kat sana berharga RM8 sepotong. Separuh harga tu.... tak tahu lah mana lebih sedap, kita tengok siapa yang kenaaaa....


Apapun, kami enjoy minum petang disini. Dengan suasana yang nyaman, dengan layanan yang mesra dan cekap dari pelayan, memang tempat ni sesuai untuk datang lepak hilangkan tension ataupun untuk discussion dengan client. Hopefully dapat datang lagi ke sini, Pavlova dia memang mengancam !