Sunday 22 April 2012

Jalan-jalan ke Seoul, Korea - Day 4 & 5

18 March 2012

Harini agak santai aktiviti kami. Pagi-pagi terus dibawa oleh guide ke Namdaemun Market untuk heavy breakfast disana. Kami try nasi, ikan bakar dan lauk ikan yang macam asam pedas gitu. Kelas kan Korea ada asam pedas. Lain sikitlah, tapi rasanya not bad. Boleh try. More info pasal makanan tu boleh ke Blog Zarina.

afu bersama asam pedas korea
Siap makan dan shopping sikit-sikit kat Namdaemun, kami bergerak ke Yeouido menaiki subway untuk berjalan-jalan sekitar kawasan tu. Tak ada apa pun disana, melainkan terletaknya stesyen MBC dan KBS. Siapa-siapa yang minat drama Korea, k-pop ke memang nak sangatlah datang sini. Saya tak minat langsung, tapi layankan aja lah sebab anak Kak Rozi nak datang sini.

bandar Yeouido yang tenang

MBC
Cuaca haritu berangin gitu. Kami banyak berjalan, tengok bandar dia. Sangat cool bila bandar tu tak berapa ramai orang. Mungkin sebab hari Ahad, orang tak kerja. Penat berjalan, kami rehat di Cafe Benne. Nak rasa coffee nya. Ok, not bad. Korea ni banyak benar coffee shop. Sebagai peminat kopi, saya suka ! Siapa-siapa yang datang jalan, boleh la try mana-mana coffee shop untuk rasai perbezaan rasa coffee antara satu sama lain. Takyah la masuk Starbucks saja, cuba yang lain pula.

caramel machiato
Dari sini kami terus ke Dongdaemun Market. Ada satu kedai pakaian yang dibuka sampai jam 4 pagi, tetapi pilihan pakaian tidaklah menepati citarasa saya. Tak k-pop lah saya ni. Jangan lupa untuk try makan sotong kering kat jambatan berhampiran dengan Pyounghwa Clothing Market, sedap juga sotong pakcik tu !

Dongdaemun

bukak sampai jam 4 pagi
Kami pulang ke Myeongdong, dinner disalah sebuah kedai makanan segera (menurut guide kami). Dapat la makan sushi, nasi dengan sotong, mee apa ntah. Tapi semuanya sedap dan murah.


19 March 2012

Harini guide kami cuti, dan saya meminta anak saudara saya untuk datang ke Myeongdong bagi menemani kami ke Lotte World harini. Sebelum tu kita ke Namdaemun lagi, memandangkan Kak Rozi nak cari accessories disana. Sejuknya laaa hai. Sempat la breakfast kebab di Namdaemun. Sedap jugak. Bagi hangat badan.

Kami terus ke Dongdaemun Market, ronda-ronda survey kain sutera. Bagi saya takde lah menarik sangat pun designnya. Mungkin saya kurang minat. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Di Dongdaemun, jangan lupa untuk lunch ikan bakar di salah satu lorong disitu. Uihhh. Sepanjang jalan tu meriah betul kedai ikan bakarnya. Anak saudara saya kata, kedai yang dia bawa tu paling sedap dan ramai orang M'sia suka makan disitu. Memang sedap punnn...

terbaek !

Dah siap makan kami terus ke Lotte World. Bawa anak remaja ni kena la ikut kehendaknya. Kalau ikutkan saya, tak pergi pun tak apa. Saya berpisah dengan anak saudara saya di Lotte World memandangkan dia ada kelas belah petang.


Ada 2 taman tema di Korea ni, Lotte World dan Everland. Kami memilih Lotte World sebab lokasinya lebih dekat dan senang nak pergi. Ada indoor dan outdoor park. Berada di outdoor park rasa macam daging dihiris-hiris sebab angin amat sejuk disitu. Masuk indoor baru la tahan sikit. Games yang ada boleh la, macam Genting jugak lah. Orang kata Everland lagi best, oklah next time kita ke Everland ya... Bila tak tau.

indoor

Kami tunggu parade baru lah keluar dari Lotte World. Makan burger sotong di Lotteria dengan ubikayu goreng sebagai dinner untuk hari tu. Malam terus balik tido je lah. Kepenatan sangat.

Bersambung...

No comments: