Monday 26 December 2011

Trip to Yogya - Day 2

Hari ke-2 di Yogya memang dinanti-nantikan oleh saya kerana yang pasti saya mau ke Candi Borobudur. Tiada makna kalau pertama kali sampai ke Yogya tanpa ke Borobudur yang tersenarai sebagai World Heritage Site oleh Unesco.

Sarapan disediakan oleh pihak hotel, yang mana menunya ada beberapa saja dan dipilih mengikut citarasa sendiri. Okla untuk mengalas perut dan memulakan perjalanan. Jam 8 pagi, kami dijemput oleh Pak Tri dan terus ke Borobudur saja.

Sampai di kawasan parking, terus kami diserbu oleh sekumpulan penjaja. Topi lah, kipas lah, key chain lah, payung lah, dan macam-macam lagi sampai tak terlayan dibuatnya. Tiba-tiba rasa seperti artis diburu peminat. Gituu.

Terus kami membeli tiket masuk, Rp138k untuk International Visitor. Dapatlah air mineral, minum kopi panas dulu kat dalam bilik berhawa dingin tu. Kemudian dipakai kain batik sebagai mandatory sebelum masuk ke kawasan candi. Untuk apa, tak pasti. Dapat la rasa macam pakai samping dihari raya gitu.

Jangan lupa untuk upah tour guide sekali, bayaran sebanyak Rp78k untuk group kecil tidak lebih dari 10 orang tak silap. Tanpa tour guide, kita sekadar melihat batu saja tanpa mengetahui sejarah sebenar. Walaupun abang ipar saya cikgu sejarah, tapi dia lagi seronok bila dapat mengetahui sejarah candi dengan lebih dekat.


Puas hati saya dapat ke Candi Borobudur. Bergambar sakan. Berpanas terik. Menaiki tangga yang tinggi untuk sampai ke nirwana. Berpeluh sampai basah baju. Tak mengapa. Seronoknya tak terkata.

Keluar dari candi, diserbu lagi peminat-peminat. Kalau betul-betul nak beli, tawar sebaik mungkin dan beli bila nak naik kereta. Baru lah tak diserbu oleh penjaja yang lain lagi.

Seterusnya, kami singgah ke Candi Mendut yang terletak berdekatan dengan Borobudur saja. Tak masuk pun, sekadar bergambar dari luar. Disini ada juga jualan, dan harga souvenir didapati lagi murah berbanding di candi Borobudur.



Destinasi seterusnya ialah Gunung Merapi. Tapi sebelum tu, berhenti sebentar untuk membeli buah salak yang sangat manis rasanya pada harga Rp5k sekilo. Murah tu. Dan juga berhenti makan tengahari di Boyong Resto, restoran atas air. Kami pilih pakej 5 untuk makan seramai 5 orang (tapi 4 orang je yang makan) pada harga Rp200k. Berbaloi sangat, ikan gurame gorengnya sangat terbaek !


Dah siap solat, kami terus ke Merapi. Bayaran masuk Rp3k saja dan parking tak ingat berapa. Sepanjang perjalanan naik, kami dapat menyaksikan rumah yang ranap dimusnah oleh bencana gunung berapi pada tahun lepas. Macam-macam perasaan timbul ketika melihat rumah yang ranap tu, menurut Pak Tri penduduk disitu enggan berpindah dan kita dapat lihat mereka membina balik rumah-rumah mereka ditanah yang sama. Nasib tidak menyebelahi kami kerana pemandangan Gunung Merapi ditutup oleh awan yang tebal. Seketika nampak, selebihnya tertutup oleh awan. Tak apa lah, yang penting dah sampai.



Seterusnya kami ke Umah Dome ataupun dikenali dengan nama rumah Teletubbies. Digelar Teletubbies kerana rumahnya berbentuk seperti igloo yang juga macam rumah siri animasi Teletubbies. Rumah ini dibina oleh Unesco bagi mangsa-mangsa gunung berapi, gratis kata salah seorang penduduk disana. Ada 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur, dan loteng untuk ruang istirehat. Tapi tandasnya berada diluar, dikongsi dengan beberapa buah rumah lain. Merasa juga masuk, kebetulan pemiliknya pernah bekerja dinegara kita.



Aktiviti terakhir untuk hari kedua, dah tentunya menonton teater Ramayana di Prambanan. Sambil2 tu  bergambar di kawasan sekitar, memandangkan waktu menonton lambat lagi. Harga tiket teater Rp75k seorang, kebiasaannya ditayangkan secara outdoor atau open air dengan berlatar belakangkan kuil Prambanan. Tapi memandangkan musim hujan, maka tayangan dipindah ke indoor yang lebih tertutup. Syok juga menonton teater Ramayana ni, tambah pula saya memang suka tengok teater kan.




Hari kedua, sangat memuaskan hati kami semua. Balik hotel, memang tak fikir apa dah. Tidur saja mengumpul tenaga baru untuk aktiviti hari ketiga iaitu jalan-jalan di Solo.

Friday 16 December 2011

Mencari yang terbaik

Rehat kejap dari Trip to Yogya, jom baca majalah ini dan cari panduan bersama.

Saturday 10 December 2011

Ombak Rindu

Saya dah tengok ! Komen saya, dah tentu olahan dalam buku lebih detail tetapi filem ini berjaya juga membuatkan saya mengalirkan air mata tapi takde la sampai basah tisu. Dah lama rasanya tak menonton filem cinta melayu sebegini, asyik dengan filem hantu, komedi tak pun filem gangster saja, dah tentu rasa terbuai dengan watak-watak dalam filem ini.

Rasanya tak perlu review lebih-lebih, ramai sangat yang dah review pasal filem ni kat blog lah, fesbuk lah, twitter lah, dan lain-lain medium perantaraan lagi. Yang penting.....

Jom tonton !


Trip to Yogya - Day 1

Alhamdulillah selamat pergi dan balik untuk trip ke Yogyakarta selama 5 hari 4 malam. Tiket yang dibeli sejak bulan Julai tahun ini melalui website Air Asia bernilai RM416 pergi balik seorang, termasuk makan, pick a seat, travel insurance dan juga luggage 20kg hala balik.

Penerbangan kami dijadualkan pada jam 7 pagi, maka kami bertolak dari KD pada jam 4.30 pagi menaiki teksi limo. Tiada beg untuk di check in, semuanya pakai backpack saja. Jimat kos dan juga jimat masa bila sampai di airport nanti.



Masa penerbangan dari KL-Yogya ialah selama 2 jam 30 minit, namun masa perlu dilewatkan sejam dari Malaysia. Kami selamat sampai pada jam 8.30am (waktu Indonesia). Lapangan terbang Adi Sucipto taklah besar mana, dan masa untuk berurusan dengan Imigresen juga tak lah terlalu lama. Satu pesanan saya, sekiranya ingin terbang ke luar negara sila lah bawa sebatang pen bersama untuk memudahkan urusan mengisi landing/departure card. Jadi tidaklah kita menyusahkan orang lain bila mana perlu meminjam pen pula.

Sampai di sana, kami disambut oleh Pak Tri yang telah kami booking semasa di Malaysia lagi. Terus kami dibawa ke hotel untuk check-in, mandi dan rehat. Kami dapat check-in awal (jam 10am) kerana biliknya kosong tambahan pula saya telah pun memaklumkan untuk check-in awal melalui email saya kepada mereka. Saya memilih Hotel 1001 Malam berdasarkan lokasi yang dekat dengan Malioboro, saya lihat melalui google map saja. Nasib baik tekaan saya sangat tepat, 5 minit saja berjalan kaki dari hotel akan sampai ke Malioboro. Terletak di International Village Gang II, Jalan Sosrowijayan Wetan, lokasinya juga berdekatan dengan kedai dobi (Rp5000/kg), kedai makan, kedai runcit dan kedai reflexology.  Booking dengan Agoda, saya dapat rate RM96/night.

ada aircond, air panas, tapi tiada tv

Siap mandi dan rehat, maklumlah kami bangun jam 3 pagi hari tu, terus kami keluar makan tengahari. Pak Tri membawa kami mencuba Nasi Gudeg, makanan tradisi dari Yogya yang perlu dicuba. Gudeg ialah nangka muda yang dimasak beberapa lama bersama gula merah dan santan, ditambah dengan rempah-rempahnya tersendiri. Gudeg dimakan dengan ayam goreng, telur pindang, tauhu dan tempe. Satu kelainan yang perlu dicuba. Tak cuba tak tahu.

gudeg komplit Rp26k, makan kongsi berdua sebab portion banyak

Dah kenyang, kami terus ke Pasar Beringharjo yang banyak menjual pakaian batik. Pak Tri memaklumkan pasar ini ditutup pada jam 4 petang, masa kami masih banyak maka hampir keseluruhan pasar kami jelajahi. Saya tak beli apa-apa pun, sekadar window shopping saja.



Seterusnya kami ke Taman Sari atau Water Castle. Nasib baik belum tutup. Ada kolam mandi yang dibina untuk sultan. Cantik seni binaannya. Entrance fee tak silap dalam Rp3000, ye kot.. tak pasti sebab abang ipar bayar. Hehe...

sangat cantik peninggalan ini

Kami ingat nak ke Pantai Parangtritis selepas tu. Dalam perjalanan, Pak Tri singgah di Manding iaitu satu kawasan perusahaan kulit. Banyak kasut, baju, selipar kulit boleh didapati disini. Hari hujan. Nampaknya tiada rezeki untuk tengok sunset. Pak Tri bawa kami ke Pantai Depok untuk makan malam. Caranya, beli bahan mentah dulu seperti ikan, sotong, ketam dan kemudian diupah masak pula. Murah tau. Bahan mentah Rp90k, upah masak siap air kelapa buah Rp68k. Dalam RM50 in total makan seafood untuk 5 orang. Fuhhh.

pantai Depok berpasir hitam

Saya memang berkeinginan untuk rasa jagung bakar di Pantai Parangtritis, tetapi perut dah teramat full maka kami terus pulang ke hotel saja. Siap mandi dan rehat, saya keluar ke Malioboro kejap untuk lihat keseronokan di sana. Sangat happening ok. Banyak sekali jualan baju dan souvenir. Sepanjang jalan gitu. Hala balik ke hotel, sempat singgah buat reflexology yang terletak berdekatan saja dengan hotel. Rp25k atau RM9 untuk setengah jam siap dengan air lagi, mana nak dapat wehh kat Msia. Dah pekena urutan baru lah sedap nak tidur...

Wednesday 30 November 2011

Trip ke Yogja

Hari ini saya akan bertolak ke Yogjakarta bersama kakak, abang ipar dan kawan saya cik Fizah. Tiket dah dibeli sejak bulan 5 lagi, kakak pun dah teruja untuk bercuti bersama saya.

Nanti saya akan update pasal trip kali ini. Lepas saya balik lah. Doakan semuanya selamat.

Monday 28 November 2011

Puss in Boots

Berkesempatan juga saya ke panggung untuk menonton filem yang dinanti-nantikan, Puss in Boots. Maklumlah sibuk sikit kebelakangan ni. Siap tengok 3D okay, baru puas hati. Mahal sikit tak apa, janji puas mata yang menonton.



Walaupun filem ini merupakan filem animasi, namun bagi peminat yang sukakan kucing (macam saya) pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton gelagat si comel ini selepas wataknya diperkenalkan dalam filem Shrek.

Puss in Boots memperkenalkan watak utama lain seperti Kitty Softpaws dan Humpty Dumpty yang menceriakan lagi filem animasi ini dengan lawak-lawak tersendiri.

Filem ini ringan, sangat sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan dewasa. Saya amat tertarik dengan filem ini kerana ianya seolah membawa saya kembali ke alam kanak-kanak dengan adanya watak-watak kartun dizaman kecil seperti Humpty Dumpty, Jack & Jill, Jack & the Beanstalk, dan juga The Goose that laid the golden egg.

Kalau diselitkan sedikit watak Shrek mungkin menarik juga, sebagai tambahan di dalam adegan flash back Puss semasa pengembaraan beliau.

Jom ke panggung.

Wednesday 23 November 2011

Jom kita rancang percutian 2012

Weeee... Dah lama tak update. Agak sibuk dengan tugasan. Minggu depan akan berangkat ke Yogya dengan kekanda tercinta. Weee... tak sabarnya.

Apa plan kita tahun depan ? Mari kita survey kalendar 2012 duluuuu...


Malaysian State & National Holidays 2012

Dates
Occasion
For
1 January
Sunday
New YearAll states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Saturday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
15 January
Sunday
Sultan of Kedah’s BirthdayKedah only
23 January
Monday
Chinese New YearNationwide
24 January
Tuesday
Chinese New Year (2nd Day)All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Wednesday
Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 February
Sunday
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
7 February
Tuesday
ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 March
Sunday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
30 March
Friday
Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
6 April
Friday
Good FridaySabah & Sarawak only
15 April
Sunday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Thursday
Sultan of Perak’s BirthdayPerak only
1 May
Tuesday
Labour DayNationwide
7May
Monday
Hari Hol PahangPahang only
17 May
Thursday
Wesak DayNationwide
17 May
Thursday
Raja Perlis’ BirthdayPerlis only
30- 31 May
Wed & Thu
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 – 2 June
Fri & Sat
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
2 June
Saturday
Malaysian King’s Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
17 June
Sunday
Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Saturday
Georgetown Heritage DayPenang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
7 July
Saturday
Penang Governor’s BirthdayPenang only
20 July
Friday
Sultan of Trengganu’s BirthdayTrengganu only
21 July
Saturday
Awal Ramadan
Start of Muslim fasting month (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Malacca only
6 August
Monday
Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
19 – 20 Aug
Sun & Mon
Hari Raya Puasa *Nationwide
31 August
Friday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
9 September
Sunday
Sarawak Governor’s BirthdaySarawak Only
16 September
Sunday
Malaysia Day &
Sabah Governor’s Birthday
Nationwide
Sabah
14 October
Saturday
Malacca Governor’s BirthdayMalacca only
24 October
Wednesday
Sultan of Pahang’s BirthdayPahang only
26 October
Friday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
27 October
Saturday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
11 November
Sunday
Deepavali or DiwaliNationwide, except for Sarawak
15 November
Thursday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
22 November
Thursday
Sultan of Johor’s BirthdayJohor only
11 December
Tuesday
Sultan of Selangor’s BirthdaySelangor only
25 December
Tuesday
ChristmasNationwide

CUTI SEKOLAH TAHUN 2012
Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 18.8.2012 – 26.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 10.11.2012 – 01.01.2013 (53 Hari)

Sunday 23 October 2011

Sehari di JB

Hanya sehari berada di JB membuatkan saya naik sekilo. Okaylah. Dah alang-alang sampai, dan tujuan pergi pun untuk menjamu selera kan. 

Untuk kalian semua, nah saya jamukan mata je laaaa....

Menu 1 : Kacang Pool Haji
Lokasi : Medan Selera Bomba Larkin
Khabarnya pernah masuk JJCM, ternyata memang sedapppppp. Ramai pengunjung, kami sampai jam 11 pagi kedai dan makanan masih banyak. 


Menu 2 : Mihun sup dan lontong - kat mana lagi nak cari lontong sedap, pastinya ada di JB lahh. Pasti sedap !
Lokasi : Medan Selera Bomba Larkin



Menu 3 : Mee Rebus Haji Wahid
Lokasi : Medan Selera Plaza Angsana
Datang Johor mesti la cari makanan Johor kan. Mee Rebus Haji Wahid adalah menu yang harus dicuba. Pasti sedappp.


Menu 4 : Rojak Asma
Lokasi : Medan Selera Plaza Angsana
Jangan lupa untuk mencuba Rojak Asma, pasti tidak mengecewakan. Ambik paru lebih sikit... ooohhh sedapnyaa...


Menu 5 : Sate
Lokasi : Medan Selera Kg Melayu Majidee
Susah nak jumpa sate terbaek kat KL sekarang ni, semuanya kecik dan kering saja satenya. Sate Kajang pun OUT ! Kat sini satenya sederhana besar, sedap dan tidak kering. I LOVE U SATE !


Menu 6 : ABC Special
Lokasi : Medan Selera Kg Melayu Majidee
A must try ! Sangat sedap sampai tak mau share okay. Satu mangkuk sorang gerenti boleh licin. RM3 jerr, very the merry okay !


Sekian dulu. Selamat menatap gambar-gambar ini. Jangan jilat skrin PC sudahhh....

Tuesday 18 October 2011

KFC Tom Yum Crunch

credit to KFC website


KFC will always be my all time favourite. Kalau rasa nak fast food, KFC lah. Kalau tak tau nak makan apa, KFC lah. Kalau rasa nak ayam, KFC lah. Kalau boring-boring, KFC lah. Pendek kata, KFC adalah pilihan saya untuk makanan fast food lah.

Mungkin dah seusia dengan KFC, maka KFC adalah makanan kegemaran saya. Logik ke alasan ni ?

Terbaru, KFC kembali lagi dengan perisa Tom Yum Crunch. Tapi kenapa bila saya makan kurang rasa Tom Yumnya tak seperti ketika diperkenalkan pada promosi yang lalu ?

Apapun, kulitnya memang crunchy okayyyy. Grrr... tiba-tiba rasa mau sambar lagi - buat kali ke-3 lah sejak promosi ini berlangsung. Phew.. Kaya uncle Sanders yer...

Sunday 16 October 2011

Makan-makan di Bumbu Desa

credit to Bumbu Desa website

Minggu lepas, tekak teringin nak makan nasi padang @ masakan Indonesia. Teringat kepada satu kedai makan di The Curve, Bumbu Desa. Apalagi, terus start enjin kereta dan meluncur ke sana.

Menggabungkan masakan Sunda dan Padang, ternyata pilihan untuk makan disini tersangatlah tepatnya. Tambahan pula perut tengah lapar, nak on kamera henfon pun macam malas.

Makanan tersusun rapi di rak, mulanya ingatkan mereka ada offer pakej buffet. Macam menarik, boleh la makan semua, kata nafsu. Tetapi, sepertimana kita makan di mana-mana restoren padang, pengunjung perlu memilih lauk-pauk pilihan mereka. Nak semua pun boleh, itupun kalau mampu bayar dan mampu makan.

Pilihan saya : gulai daun singkong (pucuk ubi - masakan sunda), terong bumbu desa pedas (sunda), pepes ayam (sunda), tempe goreng (sunda) dan paru masak apa ya lupa yang dimakan bersama nasi liwet (sunda) - jangan salah eja ! Wah rupanya saya memilih masakan sunda semuanya.

Ternyata, pilihan lauk-pauk tidak menghampakan. Nasi liwet tu memang sedap, macam nasi lemak lah kalau kat negara kita. Pepes ayam agak berbeza, ada rasa ulaman kerana ayamnya pun memang diperap dengan rempah ratus dan dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. Paru tu sedappppp... boleh ratah macam tu je. Gulai pucuk ubi, terong pedas, tempe goreng tu biasa lah rasanya. Masakan Indonesia memang sedap, ditambah dengan sekotak air Teh Botol kegemaran saya. Wowww... Tak mampu nak ulas lagi.

sekeping je gambar sempat snap

Kesemua harga makanan di atas RM50++, malah dengan lauk pauk yang banyak seolah boleh dikongsi untuk makan bertiga.

Friday 30 September 2011

Makan-makan di Italiannies



Jom makan pasta ! Dah tentu Italiannies merupakan salah satu pilihan terbaik. Saya berkesempatan ke Italiannies The Curve, Kota Damansara yang pastinya berdekatan dengan rumah saya sahaja.


Pilihan saya pada hari tersebut ialah 4 Cheese Pizza sebagai starter dan untuk main course saya memilih Fettuccine with mushrooms, turkey ham and peas.

Mula-mula mereka akan hidangkan roti kepada kita, roti yang sedap dimakan begitu saja. Lembut dan panas.



Kemudian tibalah starter yang saya order. 4 cheese pizza topped with Philadelphia cream, mozzarella, parmesan and gorgonzola cheese. Sangat sedap okay ! Lupakan soal d.i.e.t. kalau mau makan 4 cheese pizza ini.

phew !

tengok, cheese yang berjuraian ituu

Pasta sudah sampai. Hidangan yang boleh dikongsi (saya makan berdua pun masih ada lebihan), ini sedap tetapi bila suapan kelima agak memuakkan. Maklumlah pasta, creamy pulak tu. Tetapi bagi yang suka, memang sedap. Mungkin sebab saya dah kenyang dengan pizza sebelumnya. 

my pasta
 Cuma saya agak kecewa dengan jus mango pilihan saya, saya sangkakan jus dari buah yang asli tetapi sekadar jus dari kotak sahaja. Pada harga RM8 segelas, bagi saya jus kotak terlampau mahal.

mango juice

Apapun, di Italiannies pastinya seronok untuk kita sambut hari lahir bersama rakan-rakan atau keluarga. Portion pastanya boleh dikongsi, dengan pilihan menu yang berbeza pastinya saya akan datang lagi untuk mencuba menu yang lain pula.




Thursday 29 September 2011

The Secret Life of NORA

Mari menonton teater.......... Kepuasan menonton teater agak berbeza dari menonton filem atau drama. Sejak beberapa tahun lalu, saya ada mengikuti beberapa teater terutama ditayangkan di Istana Budaya. Sekali layan, terus rasa mau lagi. Paling tersemat disanubari dah tentu lah PGL. Terbaekkkk sekali !

Terkini, dari Tiara Jaquelina juga.... jom kita menonton teater The Secret Life of Nora


Tayangan dari 29 Sept - 16 Okt 2011. Tiket masih boleh dibeli online atau Istana Budaya. Saya sudah mendapatkannya, anda bila lagi ?


Monday 26 September 2011

Al-Hijab The Movie


Minggu lepas saya diberi kesempatan oleh rakan untuk menggantikan tempatnya menonton preview filem Al-Hijab arahan Pierre Andre. Preview berlangsung di Cathay Cineplex Damansara, dekat saja dengan rumah saya. Terima kasih kepada rakan yang berkenaan kerana memberikan seatnya kepada saya. Bukan saja dapat menonton free malah dapat rezeki makan juga, ada jamuan raya disediakan sebelum tayangan.

tiket pree

Filem seram ini lakonan sendiri Pierre Andre, Fathia, Maimon, Nor Albaniah dll. Filem ini mengisahkan tentang Rafael, seorang pelakon, yang tidak takutkan hantu. Apabila dia menerima tawaran berlakon filem seram sebagai watak utama, Rafael cuba mencari jalan bagaimana untuk menjiwai watak tersebut.


abang pierre berucap sikit

Dia mahu melihat hantu dengan matanya sendiri, merasai ketakutan itu sendiri. Bagaimana caranya ? Adakah dia berjaya ? Sila lah menonton sendiri dipawagam berhampiran. Secara keseluruhan, filem ni menghiburkan. Cuma di awal jalan cerita agak membosankan, tertunggu-tunggu jugak mana lah adegan seram akan muncul.

Sesiapa yang nak pergi menonton jangan lupa untuk bawa selimut sekali, walaupun banyak adegan suspen yang boleh dijangka tetapi rasanya tak sanggup nak membuatkan jantung ini tersentap beberapa kali.

World on Sale !

Air Asia datang lagi dengan promosi World on Sale ! Ohhh tidakkk. Sangat teruja saya dibuatnya. Teringin nak klik untuk buat booking. Ada beberapa lokasi yang memang dalam target saya. Perth, Seoul, Christchurch, London (repeat) atau Paris (repeat). Mengada kan nak repeat tempat-tempat tersebut. Yang pernah pergi pasti akan kata, tak puasss kannnn.

Adoii.... so tempting, tapi rasanya saya kena ketepikan dahulu promosi ini memangkan tahun depan dah ada plan lain. Jalan dekat-dekat saja tahun depan, planning for something else for 2012. Berdoa semoga akan ada promosi lain untuk tahun 2013 pula. Jauh lagi tu, insyaAllah panjang umur segalanya mungkin tercapai.

Untuk lebih lanjut, sila layari website Air Asia.


Booking Period:
26 September 2011 - 30 September 2011
Travel Period: 3 May 2012 - 27 October 2012



Fly from Kuala Lumpur International Airport (LCC Terminal), Kuala Lumpur to:
InternationalAll-in-fare from
Operated By AirAsia XEconomy seatsPremium seats
PerthRM 489.00RM 1329.00
Gold CoastRM 599.00RM 1969.00
MelbourneRM 639.00RM 1979.00
ChengduRM 339.00RM 849.00
Hangzhou (Shanghai)RM 379.00RM 939.00
TianjinRM 479.00RM 1049.00
ParisRM 809.00RM 2129.00
New DelhiRM 349.00RM 799.00
MumbaiRM 349.00RM 799.00
OsakaRM 399.00RM 1569.00
TokyoRM 419.00RM 1569.00
ChristchurchRM 589.00RM 2099.00
SeoulRM 279.00RM 1549.00
TaipeiRM 329.00RM 779.00
LondonRM 829.00RM 3429.00