Thursday 12 April 2012

Jalan-jalan ke Seoul, Korea - Day 1

Perancangan ke Korea tidak memakan masa yang lama. 3 bulan saja. 3 bulan mana ada lama. Pejam celik, pejam celik dah 3 bulan. Tiket Air Asia dari LCCT-Incheon-LCCT dibeli terus pada Januari dengan harga RM1,067.50 return/pax siap dengan meal, luggage, pick-a-seat, dan tidak ketinggalan Air Asia Insure Return. Murah kan ? Malah jumlah keseluruhan perjalanan saya kali ini lebih kurang RM3,000 termasuk flight ticket, tour, makan, dan hotel. Saya cuma berbelanja RM500 untuk souvenir sikit2 sahaja. Berbelanja perlu lah dengan bijak, baru lah boleh banyak tempat kita jalan2. Hehe..


15 March 2012 - Day 1

Seperti biasa, saya memulakan perjalan dari rumah di Kota Damansara dengan menaiki teksi terus ke LCCT. Sampai di LCCT, terus check-in bag dan alas perut sikit di Taste of Asia sebelum masuk ke boarding room. Perjalan ke Korea kali ini ditemani oleh Kak Rozie dan anak bujangnya disamping teman travel setia saya, Cik Fizah.

Tanpa delay, kami berlepas pada jam 2.35pm pada hari Khamis, 15/3/2012. Perjalanan ke Seoul memakan masa selama 6 jam. Sekejap sajaaa... Cehhh, esksyen kan... Maklumlah tahun lepas ke London pun 13 jam boleh tahan.

Kami selamat mendarat di Incheon pada jam 9.55pm (waktu tempatan). Beza waktu Msia-Korea hanya sejam ke belakang sahaja. Canggih juga airport Incheon ni, siap naik keretapi laju ke terminal macam kat KLIA tu. Tak dapat la kat LCCT yang kena menapak bawah panas matahari atau ribut hujan. Kui kui kui. Dah siap ambil luggage masing2, dan melepasi imigresen dengan selambanya, kami terus menuju ke dewan ketibaan.

muka hepi baru sampai

Seperti yang dijanjikan antara email saya dengan pihak Namsan Guesthouse, kami disambut oleh pakcik teksi airport yang memegang sekeping kertas dengan nama saya. Keluar dari terminal.... brrrrrr.... sejuknyaa.... wuuuhuuuuu... best ! Cepat2 masuk teksi limo yang berupa van dengan tempat isi luggage yang besar. Diam je pakcik ni, terus bawa kami ke Namsan Guesthouse 3 untuk check-in. Perjalanan dari airport ke guesthouse memakan masa selama sejam.

Sangat sejuk bila keluar dari van, masuk guesthouse pada tengah malam itu. Peramah juga mamat k-pop yang jaga malam tu, english dia pun fluent saja. Settle bayar sewa bilik untuk 5 malam. Wuhuuu kami dapat bilik tingkat 1 - ground floor. Tapi kalau dapat tingkat 4 pun tak apa, sebab guesthouse ni ada lift. Tengok bilik, okay... seperti yang dibaca dan dijangka, biliknya memang kecik. Ngam2 2 orang, toiletnya pun ngam2 duduk je.. wakaka... Tak kesah lah, janji ada tempat tidur selepas penat jalan2 meronda Seoul kannnnn....


Dah siap semua, macam dah terlebih tidur rasanya dan perut pun terasa lapar. Round tengok bilik makannya, pergh.. sejuk gila okay. Masak megi tengah malam, lazat sangat makan dengan serunding yang dibawa. Siap makan, pakai jaket terus keluar dari guesthouse. Konon nak ronda2 dikawasan berdekatan. Dekat sangat guesthouse kami dengan stesyen subway Myeongdong. Guesthouse ni memang saya recommend untuk siapa2 yang nak datang ke Seoul. Kejap sangat kami berada diluar, bukan apa sebab kedai pun semua macam dah tutup. Tengok jam, pukul 1 pagi. Kihkih. Apadaaa. Yang ada, mamat mabuk jalan huyong-hayang. Nasib baik tak usik kitorang.

Ok, jomlah balik bilik. Tido dalam kesejukan.. Brr...... Tak sabar tunggu esok untuk jalan2.

view from rooftop

sangat dekat dengan Namsan Tower yo !

3 comments:

Asha Shira Mat Zaki said...

salam...bestnye pegi korea..akak pg jln2 san guna map ke @ atau mcm ne?teringgin nak g sendr..tp xtau takut..huhu..blh ajar ckit x??:)

shoeque said...

salam. korea sgt best, boleh je pergi jalan2 sendiri dgn syarat tau berbahasa korea lah sebab susah juga nak order makanan dan bertanya jalan dgn org2 kat sana. mereka x fasih inggeris.

Unknown said...

nice blog..jom singgah blog saya..