Wednesday 18 April 2012

Jalan-jalan ke Seoul, Korea - Day 3

Bersambung kembali.......

17 March 2012

Hari ketiga kami disana jatuh pada hari Sabtu. Anak saudara saya yang sedang study di Sungkyunkwan University awal-awal pagi dah sampai ke guesthouse kami. Nak ikott jalan katanya. 

Kami breakfast dikedai berhampiran dengan guesthouse sebelum meneruskan perjalanan ke Namdaemun Market. Kedai2 kat situ banyak yang dah bukak. Rambang mata tengok barangan disitu, especially baju-baju yang tergantung disitu. Tujuan kami ke situ ialah untuk ke kedai brooch yang katanya murah dan banyak pilihan. Saya beli beberapa keping untuk customer saja, selebihnya tunggu Kak Rozie memilih brooch dan accessories lain.

Namdaemun Market

pelbagai brooch

Lama juga disitu, keluar dari Namdaemun Market kami terus tunggu bas untuk ke Gyeongbokgung Palace. Mencabar juga lah nak ke Gyeongbokgung nih, sebab mulanya kami tunggu bas lepas tu bas berhenti agak jauh dari palace tu. Ikutkan kena jalan kaki lah, memang boleh sampai tetapi memandangkan Kak Rozie dah kepenatan kami ambil teksi terus berhenti di depan palace. Senang gitu.

Sebenarnya banyak palace yang boleh dilawati di Seoul ni, tetapi kami memilih satu saja lah. Kalau datang sebulan mungkin boleh melawat 3-4 palace lain. Bayaran masuk ke Gyeongbokgung Palace ialah KRW3,000. Cantik tempatnya, boleh ambil gambar dengan guard istana malah boleh tengok changing guard pada waktu-waktu tertentu. 

kelakar tengok janggutnya

keunikan senibina

Gyeongbokgung Palace





Dah siap jalan-jalan di Gyeongbokgung Palace, kami menapak ke Insadong. Jauh la jugak berjalan, sampai kaki pun dah lenguh-lenguh. Kalau tak sejuk ok je, ni dengan tiupan angin lagi.... Brrrrr.... Gigil okay !

Sampai di Insadong, fuuuhhhhh.... punyalah ramai manusia. Ye lah, Insadong ni kan salah satu tourist attraction. Hari Sabtu pulak tu... Ada pulak gerai yang pandai cakap melayu sepatah dua kata. Ok lah, dah nak attract tourist kan, kena la mereka belajar bahasa sikit.

Insadong yang ramai pengunjung
Kami terus langsung lunch di Insadong, dikedai makan yang terletak di salah satu lorong yang ada disitu. Nasib baik lah ada 2 orang ni yang fasih dengan bahasa Korea, maka senang lah nak order makanan bagai. 

jalan-jalan cari makan

Siap makan, jalan-jalan jap kat area Insadong tu, dan meneruskan perjalanan ke Korea Tourism Organization. Sebelum tu boleh merentasi Cheonggyecheon Stream, hati berbunga masa lalu area ni sebab memang nakkkk sangat tengok Cheoggyecheon Stream dengan mata sendiri. Alhamdulillah tercapai... 

Cyeonggyecheon Stream yo !

Sampai di KTO, ada ruang solat disitu dan toilet yang sangat bersih. Okay, bukan di KTO saja toilet bersih, di shopping area pun bersih ya. Tak ada tisu-tisu yang bertaburan, hampas-hampas yang tertinggal walaupun mereka tidak menggunakan air dalam proses menyuci. 

Di KTO ni boleh la kalau nak pakai baju Korea secara percuma, tengok gambar artis-artis k-pop, baca info pasal Seoul dan juga boleh minta pakcik Korea disitu menulis nama dalam bahasa Korea. Semuanya percuma okay ! Wuuuhuuuu.....

pakcik ni nampak garang, tapi ok je orangnya

Dah selesai berehat di KTO, kami meneruskan jalan-jalan di Cheonggyecheon Stream. Tiba-tiba rasa seperti diawangan gitu, bila dapat berjalan di tempat idaman. Tipu lah tu.

Seronoknya kalau stream sebegini ada di KL. Airnya bersih dan tidak berbau, sepanjang jalannya pun bersih, tak ada mat pitt bergelimpangan dibawah jambatan, pendek kata sangat nyaman lah tempat tu. Haihh, bila laaaaa kerajaan kita nak bersihkan sungai dan bila laaaaaa rakyat kita nak ada kesedaran dalam menjaga kebersihan.... 

main lompat-lompat jom !

bersama 2 orang tour guide kami
Kami terus balik ke Myeongdong, kaki pun teramaaattttlah penatnya. Phew, lega sebab banyak juga tempat kami cover untuk hari ni. Malam tu, lepas rehat sekejap saya dan Fizah berlari jap ke area Dongdaemun Market. Saja jalan-jalan nak cuba naik subway sendiri. Senang je, asalkan ikut route yang setepatnya. Khabarnya Dongdaemun ni ada kedai yang dibuka sehingga jam 4 pagi, ingat nak juga cuba tengok tapi kebanyakannya kedai pakaian saja. Agak kurang menepati citarasa, tambahan pula setakat pakaian.... beli je la kat negara sendiri.

Balik bilik, terus tido je lah........

No comments: