Monday 26 December 2011

Trip to Yogya - Day 2

Hari ke-2 di Yogya memang dinanti-nantikan oleh saya kerana yang pasti saya mau ke Candi Borobudur. Tiada makna kalau pertama kali sampai ke Yogya tanpa ke Borobudur yang tersenarai sebagai World Heritage Site oleh Unesco.

Sarapan disediakan oleh pihak hotel, yang mana menunya ada beberapa saja dan dipilih mengikut citarasa sendiri. Okla untuk mengalas perut dan memulakan perjalanan. Jam 8 pagi, kami dijemput oleh Pak Tri dan terus ke Borobudur saja.

Sampai di kawasan parking, terus kami diserbu oleh sekumpulan penjaja. Topi lah, kipas lah, key chain lah, payung lah, dan macam-macam lagi sampai tak terlayan dibuatnya. Tiba-tiba rasa seperti artis diburu peminat. Gituu.

Terus kami membeli tiket masuk, Rp138k untuk International Visitor. Dapatlah air mineral, minum kopi panas dulu kat dalam bilik berhawa dingin tu. Kemudian dipakai kain batik sebagai mandatory sebelum masuk ke kawasan candi. Untuk apa, tak pasti. Dapat la rasa macam pakai samping dihari raya gitu.

Jangan lupa untuk upah tour guide sekali, bayaran sebanyak Rp78k untuk group kecil tidak lebih dari 10 orang tak silap. Tanpa tour guide, kita sekadar melihat batu saja tanpa mengetahui sejarah sebenar. Walaupun abang ipar saya cikgu sejarah, tapi dia lagi seronok bila dapat mengetahui sejarah candi dengan lebih dekat.


Puas hati saya dapat ke Candi Borobudur. Bergambar sakan. Berpanas terik. Menaiki tangga yang tinggi untuk sampai ke nirwana. Berpeluh sampai basah baju. Tak mengapa. Seronoknya tak terkata.

Keluar dari candi, diserbu lagi peminat-peminat. Kalau betul-betul nak beli, tawar sebaik mungkin dan beli bila nak naik kereta. Baru lah tak diserbu oleh penjaja yang lain lagi.

Seterusnya, kami singgah ke Candi Mendut yang terletak berdekatan dengan Borobudur saja. Tak masuk pun, sekadar bergambar dari luar. Disini ada juga jualan, dan harga souvenir didapati lagi murah berbanding di candi Borobudur.



Destinasi seterusnya ialah Gunung Merapi. Tapi sebelum tu, berhenti sebentar untuk membeli buah salak yang sangat manis rasanya pada harga Rp5k sekilo. Murah tu. Dan juga berhenti makan tengahari di Boyong Resto, restoran atas air. Kami pilih pakej 5 untuk makan seramai 5 orang (tapi 4 orang je yang makan) pada harga Rp200k. Berbaloi sangat, ikan gurame gorengnya sangat terbaek !


Dah siap solat, kami terus ke Merapi. Bayaran masuk Rp3k saja dan parking tak ingat berapa. Sepanjang perjalanan naik, kami dapat menyaksikan rumah yang ranap dimusnah oleh bencana gunung berapi pada tahun lepas. Macam-macam perasaan timbul ketika melihat rumah yang ranap tu, menurut Pak Tri penduduk disitu enggan berpindah dan kita dapat lihat mereka membina balik rumah-rumah mereka ditanah yang sama. Nasib tidak menyebelahi kami kerana pemandangan Gunung Merapi ditutup oleh awan yang tebal. Seketika nampak, selebihnya tertutup oleh awan. Tak apa lah, yang penting dah sampai.



Seterusnya kami ke Umah Dome ataupun dikenali dengan nama rumah Teletubbies. Digelar Teletubbies kerana rumahnya berbentuk seperti igloo yang juga macam rumah siri animasi Teletubbies. Rumah ini dibina oleh Unesco bagi mangsa-mangsa gunung berapi, gratis kata salah seorang penduduk disana. Ada 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur, dan loteng untuk ruang istirehat. Tapi tandasnya berada diluar, dikongsi dengan beberapa buah rumah lain. Merasa juga masuk, kebetulan pemiliknya pernah bekerja dinegara kita.



Aktiviti terakhir untuk hari kedua, dah tentunya menonton teater Ramayana di Prambanan. Sambil2 tu  bergambar di kawasan sekitar, memandangkan waktu menonton lambat lagi. Harga tiket teater Rp75k seorang, kebiasaannya ditayangkan secara outdoor atau open air dengan berlatar belakangkan kuil Prambanan. Tapi memandangkan musim hujan, maka tayangan dipindah ke indoor yang lebih tertutup. Syok juga menonton teater Ramayana ni, tambah pula saya memang suka tengok teater kan.




Hari kedua, sangat memuaskan hati kami semua. Balik hotel, memang tak fikir apa dah. Tidur saja mengumpul tenaga baru untuk aktiviti hari ketiga iaitu jalan-jalan di Solo.

2 comments:

uncle gedek said...

nanti upload gambar cewek solo, eh...?

hehe

seamat tahon baru!

shoeque said...

baiklah uncle gedek ! heheh..

thanks for dropping by :)