Saturday 10 December 2011

Trip to Yogya - Day 1

Alhamdulillah selamat pergi dan balik untuk trip ke Yogyakarta selama 5 hari 4 malam. Tiket yang dibeli sejak bulan Julai tahun ini melalui website Air Asia bernilai RM416 pergi balik seorang, termasuk makan, pick a seat, travel insurance dan juga luggage 20kg hala balik.

Penerbangan kami dijadualkan pada jam 7 pagi, maka kami bertolak dari KD pada jam 4.30 pagi menaiki teksi limo. Tiada beg untuk di check in, semuanya pakai backpack saja. Jimat kos dan juga jimat masa bila sampai di airport nanti.



Masa penerbangan dari KL-Yogya ialah selama 2 jam 30 minit, namun masa perlu dilewatkan sejam dari Malaysia. Kami selamat sampai pada jam 8.30am (waktu Indonesia). Lapangan terbang Adi Sucipto taklah besar mana, dan masa untuk berurusan dengan Imigresen juga tak lah terlalu lama. Satu pesanan saya, sekiranya ingin terbang ke luar negara sila lah bawa sebatang pen bersama untuk memudahkan urusan mengisi landing/departure card. Jadi tidaklah kita menyusahkan orang lain bila mana perlu meminjam pen pula.

Sampai di sana, kami disambut oleh Pak Tri yang telah kami booking semasa di Malaysia lagi. Terus kami dibawa ke hotel untuk check-in, mandi dan rehat. Kami dapat check-in awal (jam 10am) kerana biliknya kosong tambahan pula saya telah pun memaklumkan untuk check-in awal melalui email saya kepada mereka. Saya memilih Hotel 1001 Malam berdasarkan lokasi yang dekat dengan Malioboro, saya lihat melalui google map saja. Nasib baik tekaan saya sangat tepat, 5 minit saja berjalan kaki dari hotel akan sampai ke Malioboro. Terletak di International Village Gang II, Jalan Sosrowijayan Wetan, lokasinya juga berdekatan dengan kedai dobi (Rp5000/kg), kedai makan, kedai runcit dan kedai reflexology.  Booking dengan Agoda, saya dapat rate RM96/night.

ada aircond, air panas, tapi tiada tv

Siap mandi dan rehat, maklumlah kami bangun jam 3 pagi hari tu, terus kami keluar makan tengahari. Pak Tri membawa kami mencuba Nasi Gudeg, makanan tradisi dari Yogya yang perlu dicuba. Gudeg ialah nangka muda yang dimasak beberapa lama bersama gula merah dan santan, ditambah dengan rempah-rempahnya tersendiri. Gudeg dimakan dengan ayam goreng, telur pindang, tauhu dan tempe. Satu kelainan yang perlu dicuba. Tak cuba tak tahu.

gudeg komplit Rp26k, makan kongsi berdua sebab portion banyak

Dah kenyang, kami terus ke Pasar Beringharjo yang banyak menjual pakaian batik. Pak Tri memaklumkan pasar ini ditutup pada jam 4 petang, masa kami masih banyak maka hampir keseluruhan pasar kami jelajahi. Saya tak beli apa-apa pun, sekadar window shopping saja.



Seterusnya kami ke Taman Sari atau Water Castle. Nasib baik belum tutup. Ada kolam mandi yang dibina untuk sultan. Cantik seni binaannya. Entrance fee tak silap dalam Rp3000, ye kot.. tak pasti sebab abang ipar bayar. Hehe...

sangat cantik peninggalan ini

Kami ingat nak ke Pantai Parangtritis selepas tu. Dalam perjalanan, Pak Tri singgah di Manding iaitu satu kawasan perusahaan kulit. Banyak kasut, baju, selipar kulit boleh didapati disini. Hari hujan. Nampaknya tiada rezeki untuk tengok sunset. Pak Tri bawa kami ke Pantai Depok untuk makan malam. Caranya, beli bahan mentah dulu seperti ikan, sotong, ketam dan kemudian diupah masak pula. Murah tau. Bahan mentah Rp90k, upah masak siap air kelapa buah Rp68k. Dalam RM50 in total makan seafood untuk 5 orang. Fuhhh.

pantai Depok berpasir hitam

Saya memang berkeinginan untuk rasa jagung bakar di Pantai Parangtritis, tetapi perut dah teramat full maka kami terus pulang ke hotel saja. Siap mandi dan rehat, saya keluar ke Malioboro kejap untuk lihat keseronokan di sana. Sangat happening ok. Banyak sekali jualan baju dan souvenir. Sepanjang jalan gitu. Hala balik ke hotel, sempat singgah buat reflexology yang terletak berdekatan saja dengan hotel. Rp25k atau RM9 untuk setengah jam siap dengan air lagi, mana nak dapat wehh kat Msia. Dah pekena urutan baru lah sedap nak tidur...

No comments: