Monday 28 November 2011

Puss in Boots

Berkesempatan juga saya ke panggung untuk menonton filem yang dinanti-nantikan, Puss in Boots. Maklumlah sibuk sikit kebelakangan ni. Siap tengok 3D okay, baru puas hati. Mahal sikit tak apa, janji puas mata yang menonton.



Walaupun filem ini merupakan filem animasi, namun bagi peminat yang sukakan kucing (macam saya) pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton gelagat si comel ini selepas wataknya diperkenalkan dalam filem Shrek.

Puss in Boots memperkenalkan watak utama lain seperti Kitty Softpaws dan Humpty Dumpty yang menceriakan lagi filem animasi ini dengan lawak-lawak tersendiri.

Filem ini ringan, sangat sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan dewasa. Saya amat tertarik dengan filem ini kerana ianya seolah membawa saya kembali ke alam kanak-kanak dengan adanya watak-watak kartun dizaman kecil seperti Humpty Dumpty, Jack & Jill, Jack & the Beanstalk, dan juga The Goose that laid the golden egg.

Kalau diselitkan sedikit watak Shrek mungkin menarik juga, sebagai tambahan di dalam adegan flash back Puss semasa pengembaraan beliau.

Jom ke panggung.

No comments: