Wednesday, 23 October 2013

Jalan-jalan ke Rome, 29 Mei - 2 Jun 2013

Airport Transfer

Kami tiba di Fiumicino - Leonardo Da Vinci Airport pada jam 2005. Memandangkan kami sampai malam, dan tak nak kecoh-kecoh, maka saya telah pun menempah airport transfer menerusi hotel yang akan menginap. Mercedes Vito MPV 7 seater datang menyambut ketibaan kami dengan bayaran €175 per MPV. Okay sangat mahal kalau kita convert, dan seperti sesetengah orang kata, bukan budget traveller kalau naik kereta....... tapi memandangkan semua dah setuju dan tak nak susah angkut beg naik bas, saya okayyy saja.




Sebenarnya ada option untuk naik bas dari airport ke Rome, sangat murah, dalam €4 seorang/sehala. Boleh Google - bus from rome airport to city centre , dan pilih syarikat bas mana yang menawarkan harga yang berpatutan.


Hotel

Melalui Booking.com, saya telah menempah Hotel A Casa De Panalope pada harga €168.57 seorang untuk penginapan selama 3 malam dengan breakfast percuma selama 3 hari. Memandangkan kami bertujuh, maka saya ambil 2 bilik untuk 2 pax, 1 bilik untuk 3 pax.

Banyak hotel telah saya review, dan saya memilih hotel ini kerana lokasinya sangat dekat dengan Termini Station yang juga berdekatan dengan kedai makanan halal. Lokasi hotel ini terletak dalam satu bangunan 5 tingkat yang turut mempunyai penduduk tetap di situ. Maka, pengunjung hotel kena menjaga suasana di dalam bangunan supaya tidak bising. Orang Rome ni agak sombong, diorang akan marah je kalau kita bising atau berdiri ramai2 di lobby bawah.




Staff hotel sangat peramah, malah sebelum sampai lagi saya kerap berkomunikasi melalui email dan google chat dengan Mamun dan Jewel, 2 orang pekerja Bangla yang sangat friendly. Breakfast disediakan di sebuah restoren kecil di blok sebelah, ok lah dapat croissant dan kopi setiap hari sebelum jalan2.


Pengangkutan

Mujur hotel kami terletak berdekatan dengan Termini Station, dalam 10 minit jalan kaki. Termini Station ni macam KL Sentral lah kat negara kita, ada Metro (LRT), train inter-city, stesen bas untuk pengangkutan dalam bandar dan mempunyai kedai2 yang boleh kami cuci mata sebelum nak jalan2.


Dalam Roma Termini

Stesen bas di luar Roma Termini


Apa yang menarik di Rome

1. City Sightseeing with Hop On Hop Off
Saya pilih untuk naik Hop On Hop Off pada hari pertama di Rome, supaya kami boleh dapat gambaran tentang bandaraya Rome, dan juga sedikit gambaran untuk lokasi yang bakal kami kunjungi seterusnya. Harga tiket bas ialah €20, valid untuk sehari perjalanan. Stesen pertama terletak di luar Termini Station sahaja, yeay, tak perlu jalan jauh2.

Make sure buat 1 pusingan dulu sampai balik semula ke Termini, dan pilih lah stesen mana yang nak kita turun untuk lawatan seterusnya.




2. Colosseum 
Tempat pertama yang saya ingin lawati di Rome ialah Colosseum. Tak sampai Italy namanya kalau tak singgah Colosseum. Ambil gambar sampai pitam, luar dalam, atas bawah semua kena pergi tau. Susah oi nak sampai ke Italy lagi.
Colosseum dari luar


Colosseum dari dalam

Sumber Wikipedia
The Colosseum or Coliseum, also known as the Flavian Amphitheatre (Latin: Amphitheatrum Flavium; Italian: Anfiteatro Flavio or Colosseo) is an elliptical amphitheatre in the centre of the city of Rome, Italy. Built of concrete and stone,[1] it was the largest amphitheatre of the Roman Empire, and is considered one of the greatest works of Roman architecture and engineering. It is the largest amphitheatre in the world.

Pastikan tiket telah dibeli secara online dan siap diprint dari negara kita lagi. Saya menggunakan website Omniticket Network untuk skip the line. Memang sangat berbaloi, sebab tak perlu beratur untuk beli tiket, dan ada 1 laluan khas untuk mereka yang telah beli dan print tiket siap2. Harga tiket masuk ialah €14/pax. Saya beli tiket masuk saja, tanpa guide sebab saya rasakan tak perlu kot guide kat Colosseum nih. Kami ada baca sikit2 berkenaan Colosseum, dan masa jalan2 kat dalam tu himpit2 lah guide yang sedang memberikan peneragan kepada group mereka, ada info baru boleh dipelajari secara percuma. Yeay.

Kat luar Colosseum boleh beli souvenir seperti fridge magnet, tapi bila balik ke hotel ada kedai souvenir pakcik Korea yang jual lagi murah dari yang dibeli di Colosseum. Huarghhh. Tapi hanya di Colosseum saja ada kedai jaket dengan tulisan Italia yang saya beli sangat murah, €5 saja, tempat lain jual €10. Batu pemberat ukiran Colosseum juga murah, €1 saja.

Pemandangan dari atas Colosseum

Nota : Jadual hari pertama saya ialah naik bas Hop on Hop Off , Colosseum dan kawasan sekitar Colosseum (Palatine Hill dan Roman Forum), dan juga ke Hard Rock Cafe Rome. Untuk ke HRC yang terletak di Via Veneto, saya naik bas Hop on Hopp Off tadi dan berhenti di Barberini. Kena jalan kaki sikit lah, tapi boleh jumpa sambil menikmati view sekeliling. Dan saya cuba naik Metro dari Barberini untuk balik ke Termini, sebab esok kami akan ke Vatican menggunakan Metro.

3. Vatican City
Sebelum buat itinerary, Kak GG yang ikut dalam group kami siap tanya ustaz, boleh ke kami nak melawat Vatican City. Ustaz kata, boleh kalau sekadar untuk lawatan sahaja.

Vatican City


Sumber Wikipedia
Vatican City is an ecclesiastical[1] or sacerdotal-monarchical[2] state, ruled by the Bishop of Rome—the Pope. The highest state functionaries are all Catholic clergymen of various national origins. It is the sovereign territory of the Holy See (Latin: Sancta Sedes) and the location of the Pope's residence, referred to as the Apostolic Palace. The Popes have generally resided in the area that in 1929 became Vatican City since the return fromAvignon in 1377, but have also at times resided in the Quirinal Palace in Rome and elsewhere.


Sekali lagi saya menyarankan sesiapa nak masuk Vatican Museum, sila lah beli tiket online dulu sebab kalau tak beli online, mau makan berjam nak beratur saja. Boleh ke website tickitaly.com untuk lebih lanjut. Harga tiket ialah €20, merangkumi entrance ke Sistine Chapel (The Sistine Chapel (Latin: Sacellum Sixtinum; Italian: Cappella Sistina) is a large and renowned chapel of the Apostolic Palace, the official residence of the Pope in the Vatican City.~ Wikipedia)

Tiket yg print online ditukar kepada tiket macamni

Barisan panjang nak masuk VC bagi mereka yg tidak membeli online ticket


  
Tangga ni cun


4. Masjid Al Huda
Masjid Al Huda adalah satu-satunya masjid yang boleh di dapati di Rome dan merupakan masjid yang terbesar di Europe. Rugi lah kalau tak pergi, lagipun sebelumnya dah melawat Vatican City, rasa macam berdosa pulak asyik tengok patung-patung dan siap masuk gereja bagai. Heehee...


Masjid Al Huda



Cari Malaysia !

Untuk sampai ke sini, kena naik train yang agak sedih sebab lokasinya terletak di luar bandar sikit. Untuk direction yang lebih jelas, saya hanya berpandukan kepada blog INI. Terima kasih kepada si penulis blog, kami berjaya sampai ke masjid Al Huda dan solat jamak disitu. Hati-hati di dalam train, memandangkan lokasinya bukan di dalam bandar, ramai yang kata banyak pick pocket dalam train. Alhamdulillah kami tak kena apa-apa.






Nota : Jadual hari kedua saya ialah jalan2 di Vatican City dan Masjid al-Huda Rome. Perjalanan menggunakan Metro dan train. 


4. Piazza Navona dan Fountain of Four Rivers
Piazza Navona adalah salah satu dataran yang terkenal di Rome kerana dikelilingi oleh bangunan lama yang sangat cantik. Ada 2 fountain boleh di dapati kat sana, salah satunya ialah Fountain of Four Rivers. Dinamakan sedemikian adalah kerana khabarnya dahulu kala air dalam fountain tu datangnya dari empat sungai dari empat benua, iaitu dari Sungai Nil dari Afrika, Sungai Gangga dari Asia, Danube dari Europe dan Rio de la Plata dari Amerika.



Hujan pulak hari tu

Fountain of Four Rivers

Boleh tengok lukisan


Jalan untuk mencari tempat ini agak mengelirukan pada mulanya, kerana lorong-lorongnya seakan sama. Jangan lupa untuk cuba makan spaghetti tomato atau seafood di salah satu restoran yang terletak di celah-celah lorong menuju ke Piazza Navona kerana rasanya teramatlah asli dan sangat sedap.


Italian Salad. Yummy

Seafood Spaghetti. Jemput tengok


5. Pantheon
Pantheon adalah merupakan salah sebuah gereja lama di Rome. Hanya jalan kaki saja dari Pizza Navona, sebenarnya ikut je orang ramai yang berjalan kaki tu, mereka pun nak menghala ke sana juga. Betul. Dah sampai Pantheon, masuk je lah, lagipun tiada bayaran masuk dikenakan. Gereja masih aktif digunakan, boleh la tengok penganut-penganut agama Kristian sedang menjalankan aktiviti keagamaan mereka.


Pantheon



6. Trevi Fountain
Rome mempunyai terlampau banyak fountain, salah satu yang paling terkenal ialah Trevi Fountain. Sebelum sampai ke Rome, saya sangat teruja untuk ke Trevi Fountain. Dalam gambar nampak besar, eh memang besar pun. Ramainya pelancong tak payah cerita lah, orang kata kalau musim panas lagi ramai pelancong. Tapi jangan risau, macam mana ramai pun manusia, masih boleh nak shoot gambar sorang2 berdiri depan Trevi Fountain tu.

Trevi Fountain yg popular

Pelancong
Ada juga yang kata kalau baling syiling ke belakang dan masuk ke dalam fountain dengan menggunakan tangan kanan dan melalui bahu kiri akan membuatkan kita kembali semula ke Rome. Terpulang lah nak percaya atau tak, nak buat atau tak, tapi jangan tak tahu, sehari saja fountain tu dilimpahi dengan syiling berjumlah €3,000.

7. Spannish Steps dan Piazza d Spagna
Salah satu tarikan di Rome ialah Spannish Steps, hurmm... sebenarnya ia hanyalah 135 biji tangga menuju ke gereja je, tapi dah tempat ni termasuk sebagai salah satu tempat yang menarik di Rome, rugi pulak kalau tak sampai kan. Pelancong ramai yang amat di sini, tak tahu apa yang menarik tapi oklah boleh lepak kat tangga tu.

Spannish Steps

Spannish Steps mengingatkan saya kepada gereja St Paul di Macau, yang mempunyai 66 biji tangga untuk didaki. Menariknya di St Paul, ialah kita sampai kat atas dulu melalui jalan belakang, kira macam mengelat lah sikit. Spannish Steps pula kena daki tangga dari bawah untuk sampai kat atas bagi menikmati pemandangan.

Belum musim panas lagi dah ramai
Piazza d Spagna pula terletak di kaki Spanish Steps, ianya salah satu dataran yang famous di Rome. Ada la seketul fountain kat bawah tu yang berbentuk sampan. So bila dah sampai Spannish Steps, bermakna kita dah sampai ke Piazza d Spagna juga.


Nota : Jadual hari ketiga ialah menaiki bas dan jalan kaki ke Piazza Navona, Fountain of Four Rivers, Pantheon, Trevi Fountain dan Spannish Steps.




Secara keseluruhan, saya agak berpuashati dengan kesemua tempat-tempat yang telah kami kunjungi. Walau kaki agak penat kerana kena jalan sepanjang masa, tapi seronok sebab sambil jalan boleh berhenti untuk menikmati gelato dan masuk ke souvenir shop juga. Dah nama pun melancong, tak kan nak duduk je kan.

Rome wasn't build in a day, cukup lah 3 hari kami berada di Rome, harga hotel pun agak mahal maka kami akan ke destinasi seterusnya iaitu Florence.

HRC Rome rembat t-shirt selai

Tuesday, 1 October 2013

Jalan-jalan Italy 29 Mei - 11 Jun 2013

Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan Allah swt, sampai juga saya ke Italy pada Mei yang lalu. Sebenarnya tak terlintas pun nak ke Italy. Plan asal mahu repeat Beijing je. Itupun sebab frust bila visa untuk menunaikan umrah tak lepas sebab kami tiada mahram dan masih di bawah umur 45 tahun. Ok, muda lagi tak kak ton ?

Lepas discuss sana sini, akhirnya bumi Italy kami pilih untuk destinasi pada tahun ini. Tengok pakej-pakej kat sana-sini, arrghh... mahal nya. Ada yang offer 9D7N pada harga RM9K. Ini belum masuk duit shopping lagi. Akhirnya saya ambil keputusan untuk buat itinerary sendiri. Puas google blog sana-sini, susah juga nak cari info. Kalau ada pun update, tak berapa detail perjalanan mereka. Harap-harap dengan entry saya kali ini dapat membantu mereka-mereka yang akan ke Italy nanti.

Penerbangan




Kami memilih Emirates Airline, tiket termurah yang boleh dibeli pada Matta Fair bulan 3 yang lalu. Saranan saya, kalau nak ke luar negara dengan penerbangan selain dari AA, datanglah ke Matta Fair. Serious berbaloi, tapi make sure tarikh perjalanan dah ada dalam kepala, jangan sampai sana baru tercangak-cangak nak pilih tarikh pula.

Harga tiket = RM2,910/pax return tiket dari KL ke Rome (transit Dubai 2 jam 30 min) dan Milan ke KL (transit Dubai 3 jam).

Menariknya tentang Emirates, makanan memang confirm halal dan sedap pula tu. Memang kena dengan selera saya lah. Dari KL - Dubai memakan masa selama 7 jam, dan Dubai - Rome pula 6 jam 10 minit. Milan ke Dubai pula 6 jam, Dubai ke KL 7 jam.


Untuk penerbangan jarak jauh, saya rasa lebih selesa jika transit dulu. Dapat 2-3 jam ok lah untuk rehat dan stretching sikit. Merasa jugak lah solat di Dubai Airport, makan-makan di cafe dan shopping fridge magnet untuk diri sendiri.


Itinerary 

source : www.wordtravels.com

Berpandukan bacaan blog, google search dan itinerary dari travel agent, saya dan Fiza berjaya menghasilkan itinerary sendiri untuk perjalanan selama 11 hari ke Italy yang meliputi 4 negeri iaitu Rome (3 hari), Florence (3 hari), Venice (2 hari), dan Milan (3 hari). Terima kasih juga kepada Iza, yang sudi menceritakan pengalamannya di Italy pada tahun 2010 dan juga berkongsi itinerary. Fuhhhh... sangat mencabar tau, sebab 3 bulan je ada masa (dengan kerja2 ofis yang banyak perlu settle) untuk cari semua info termasuk buat booking hotel dan train, termasuk buat buku scrap tentang Italy.

Itinerary ringkas saya akan ceritakan dalam post yang berikutnya.


Budget

source : flagpedia.net

Secara ringkas berikut saya senaraikan budget kami seorang :-
Flight                                       RM2,910.00
Airport Transfer                                211.18
Hotel                                              1,840.00
Bus to Seravalle                                 162.00
Train                                                  405.00
Subway/Metro                                     81.00
Entrance Fee                                      191.70
Cinque Terre Tour Guide                    458.46
B,L,D (Estimated 10 Euro per dine)    931.50
(sebenarnya B,L,D ni tak sebanyak ni pun...)

Total = RM7,191.22 (without shopping)
So kalau sesiapa tu memang shopaholic, kena bawa lebih lah sebab handbag kat sana memang gila2... Kalau peminat branded handbags seperti Prada, Fendi dan lain2 memang kena bawa € yang sangat banyak. Kalau sekadar nak jalan-jalan kenal negara orang plus shopping souvenir sikit2 untuk diri sendiri dan family, bawak RM10k pun dah lebih dari cukup sebenarnya.


Penginapan

Kesemua tempahan penginapan saya gunakan online booking saja. Saya menggunakan Booking.com untuk booking hotel di Rome dan Milan dan Airbnb.com untuk booking apartment di Florence dan Venice. Memang sangat membantu, tapi perlu kaji betul2 untuk mendapatkan lokasi dan review yang cantik dari pengunjung sebelumnya. Untuk review hotel saya juga sering check kat Tripadvisor.com.my . Memang kena rajin sikit lah, lagipun yang pergi bersama saya ialah 4 orang kakak2. Takut pula mereka komplen tempat tak selesa nanti.

Apartment kami di Venice
Masa nak buat booking tu, kena tengok juga caj city tax per nite samada dah termasuk dalam harga hotel atau kena bayar asing. Biasa per pax dalam €2/night. Kalau kena bayar asing, maka siap2kanlah duit tu takut terpakai pula nanti.

Peringatan untuk payment : pastikan pembayaran telah atau belum dibuat untuk hotel2 sebelum anda sampai keItaly. Melalui Booking.com, biasanya pembayaran adalah direct kepada hotel di sana. Maka sediakanlah wang secukupnya untuk pembayaran hotel apabila check-in atau check-out nanti. Agoda dan Airbnb biasanya pembayaran dicaj terus ke kad kredit anda.



Train Inter-city & Metro

Untuk menyenangkan, semua tiket train inter-city dari Rome-Florence, Florence-Venice dan Venice-Milan saya dah siap2 beli online. Senang saja, terus ke website Trenitalia dan boleh pilih tarikh mengikut itinerary yang telah siap2 kita aturkan. Print siap2 tiket di Msia, sampai masa perjalanan nanti cuma tunjukkan saja printed ticket kepada train master. Tak perlu nak verify lagi printed ticket tu melainkan tiket tu kita beli dikaunter atau mesin. Kalau nak confirm, boleh bertanya kepada kaunter tiket Trenitalia yang ada di stesen keretapi tu. Mereka sangat membantu.

Trenitalia memang boleh dipuji

Seat pun selesa walau Economy Class je

Seriously Trenitalia sangat selesa, dan sangat convenient untuk pelancong semua. Juga sangat menepati masa. Cuma kita sebagai pelancong sebaiknya berhati2 dengan luggage yang kita letak kat tempat simpanan dalam train sepanjang perjalanan. Mana lah tau takut ada yang terambil atau memang saja2 nak ambil ke. Haritu kami ikat luggage tu supaya tidak terpisah dengan lock basikal yang dibeli dari sini. Lebih baik kita beringat sebelum terkena.

mesin ni sangat convenient

Untuk tiket Metro, kami beli tiket pada mesin yang disediakan di stesen je sebab kalau beli 3 day pass atau seumpama, ikut pengiraan kami macam tak berbaloi. Senang saja, pergi kat mesin, pilih bahasa dan ikut langkah seterusnya. Awasi diri semasa di stesen Metro Milan, kat sana ramai gypsy berdiri sebelah mesin tiket dan kononnya nak ajar kita macamana nak guna. Kalau dilayan, sure kena caj kat diorang lah. So baik buat sendiri dan buat2 tak tahu je kalau mereka nak ajar cara menggunakan mesin. Bukan kita tak pandai membaca, betul tak ?


Tiket Masuk

Untuk lebih mudah dan cepat, semua pembelian untuk masuk ke tempat lawatan telah saya beli siap2 dari Msia lagi. Beli, bayar dan print tiket siap2 memang sangat mudah terutama untuk entrance di Colosseum dan Vatican City. Kalau kat sana baru cadang nak beli, memang merasa lah beratur panjang. Mau separuh hari juga rugi masa dibuatnya. Maka, saya nasihatkan untuk semua tiket entrance sila lah beli siap2 dari Msia lagi.

Banyak sebenarnya website agen dengan tawaran harga yang berbeza yang boleh kita beli tiket secara online, tapi berikut adalah antara link yang membantu saya dalam pembelian tiket tempohari :-
Collosseum Skip the Line Entrance Ticket
Vatican City Skip the Line Ticket
Hop on - Hop off Bus



Keselamatan

Antara keempat2 negeri, saya merasakan Florence dan Venice paling selamat untuk jalan2 waktu malam. Selamba je saya dan Fizah ulang alik ke sana sini. Rome dan Milan ramai orang, jadi kena berhati2 sepanjang masa. Sebaiknya di kesemua tempat pun perlu berhati2, terutama passport dan euro dalam poket.

Hati2 juga disetiap stesen Metro dan semasa nak masuk ke dalam Metro. Di Milan, kami hampir kena rompak dengan sekumpulan budak2 perempuan yang nampak kiut2 tapi sebenarnya pencuri. Ada pulak dibukaknya backpack saya, mujur saya boleh dengar zip dibuka dan terus saya menjerit atas muka diorang tapi diorang buat tak tahu je dan terus blah macam tak ada apa2 yang berlaku.


Makanan dan Minuman

Sebenarnya tak susah nak makan kat Italy ni melainkan mintak nasi lauk gulai masak lemak tempoyak dan sambal kicap pedas. Pizza with tomato and cheese adalah makanan ruji saya kat sana. Dengan harga €3 sepotong besar, dan cukup mengenyangkan untuk lunch atau dinner. Ada satu kedai tu jual sebiji pizza regular pada harga €4, sangat berbaloi2. Kedai makanan halal (kedai pak arab jual kebab dan nasi arab) sebenarnya banyak di Italy. Contohnya di Rome, bersusun kedai halal berhampiran Termini Station. Begitu juga di Milan. Cuma di Venice saja kedai halal agak sukar di dapati, dan memandangkan kami menginap di apartment maka amat mudah untuk kami masak saja di Venice. Beli pasta, beli tomato dalam tin with mushroom, wallah...... spaghetti tomato jadinya.

daging halal hanya boleh didapati di kedai pak arab

makan salad

seafood spaghetti

pizza tomato & cheese

Sesekali nak cuba makan di restoren apa salahnya, tapi awasi budget kalau nak makan di restoren Italianos ni. Ada service charge berlainan akan dikenakan. Kalau makan kat luar, ada caj lain berbanding makan di dalam kedai. Tips untuk waiter pun lain pula. Jangan lupa untuk mencuba spaghetti aglio olio originally from Italy, sangat sedap okay !

Jangan lupa untuk mencuba ice cream atau gelato di setiap gerai jualan gelato di Italy. Banyak kedai gelato kat sana dengan pelbagai perisa, dengan rasa yang enak dan sangat berbeza. Standard harga setiap gelato ialah €3 - €4, bergantung kepada lokasi kedai dan saiz gelato. Untungnya makan gelato ni, ianya mengenyangkan, maka boleh skip lunch. Yeay.

yummeh !

ada merata-rata kedai gelato ni


Kesimpulan

Secara keseluruhan, Italy memang sangat best untuk dikunjungi. Hasil senibinanya sangat mengagumkan, sebagai contoh Roman Colleseum memang telah membuatkan rahang saya terbuka luas apabila sampai di sana. Berjam-jam masa dihabiskan di sana, namun terasa seperti tak puas dengan apa yang terpapar di depan mata. Hasil lukisan Michael Angelo di Vatican City sangat menakjubkan, 3D pada dinding Sistine Chapel memang terbaik sehinggakan saya rasakan lukisan langsir seakan betul dan sangat timbul.

Ada rezeki untuk kembali ke Italy saya pasti akan memilih kota cinta Venice kerana berada di Venice membuatkan saya seakan berada di dunia lain, yang seakan dirasakan bagaikan berada di dalam mimpi walaupun hakikatnya ianya sebenarnya realiti.


Friday, 5 July 2013

Makan-makan di Serai, Empire Subang

Selalu datang ke Empire Subang nampak ramai je orang yg makan kat situ. Semalam berkesempatan makan kat situ, cik Fizah belanja adik-adiknya maka saya pun tumpang menyelit.

Tekak teringin nak makan nasi kerabu. Tanpa banyak soal, terus pick nasi kerabu dari menu. Nasi kerabu termahal pernah saya makan berharga RM22 sepinggan. Komersial sangat. Tapi makan dgn sudu garfu tak best lah. Takde feel nak gaul ulaman semua tu. Saya orang kampung, apa nak buat kan. Tapi layan jugak lah dgn sudu garfu, dah makan kat kedai mahal kan nanti nampak sangat kampungnya pulok. Huh.

Apa rasa ? Bagi saya biasa2 saja, bukan tahap emmmm sedap. Ayam macam terlebih bakar kat luar, isi tawar sikit. Nasi kurang biru. Tumis atau kuah kurang sengatnya. Macam ada yg kureng lah. Mungkin kurang budu.

Tapi burger yg adik Sifah order not bad. Sedap jugak lah siap bagi dgn fries. Ikan salmon yg Azman order pun ok. Spaghetti aglio olio Kimah so-so aja. Menu nasi set apa ntah lupa namanya yg Fizah order macam kureng padahal kedai nama Serai kena lah specialty kepada masakan melayu. Tak tau lah menu lain sebab belum cuba.

Air teh serai sangat sedap dan refreshing, boleh order lagi next time. Teringin pavlova seketul, kami share berlima. Not bad walau sedikit manis, bagi yg tak suka makan manis lah.

Kalau nak santai bersama keluarga kat area Subang, Serai boleh masuk dlm option. Maybe next time saya mau try ikan stim dia pulak, nampak ramai yg order. Mungkin specialty Serai. Mungkin.

Selamat mencuba !

Wednesday, 3 July 2013

Kebab Wangsa Maju

Ada satu gerai kebab kat Wangsa Maju yg menepati citarasa saya. Lokasi, Seksyen 2 Wangsa Maju berhampiran dgn Alpha Condo. Siapa yg biasa beratur kat burger bakar yg famous tu boleh la try kebab yg terletak di hujung sana pulak.

Mamat Arab pembuatnya. Mungkin lah. Tak pasti boleh tanya penjual tu. Kebab ayam saja tapinya. Kalau ada kebab kambing sure lagi mengembek.

Pilihan kebab, samada mau makan dgn roti pita bersaiz kecik atau besar ataupun boleh ratah ayam kebab tu saja. Sedap juga dimakan dgn nasi lemak kecik (RM 1.50) yg dijual kat gerai depan tu. Jangan lupa minta sos dan mayonis lebih, memang sedap.

Harga : kebab kecik RM 3, kebab ayam tanpa roti RM 6.

Selamat mencuba !

Wednesday, 26 June 2013

Aloha

Tiba-tiba dapat email orang komen kat entry Jalan-jalan Kota London. Err... ku ada blog ? Teng teng teng... ibarat orang dah hilang ingatan jadinya. Sesungguhnya ingatan ini masih ada, cuma saya terrrrramatlah bizi nak mengupdate apa jua cerita.

Selepas HK haritu, entry pun masih tergantung dan saya memutuskan untuk tidak menyambung entry HK lagi. Saya akan kembali menulis, insyaAllah dengan keizinanNya memberikan sedikit masa untuk saya bercerita. Tentang pengalaman perjalanan saya yang terkini.

Ehem. Baru balik dari Italy uols. Dan kalau rajin, saya akan update jalan-jalan ke Medan, jalan-jalan ke LEGOLAND, dan jalan-jalan ke Mabul. Mak aih, banyak rupanya saya berjalan tapi tetap menyepi dari blog sendiri kan. Huh.

Okay, nanti saya sambung ya

Tuesday, 20 November 2012

Hong Kong Trip - Day 2

Bestnya tentang Maple Guest House ni, dia sediakan pantry dengan air panas untuk kita masak megi dalam cawan atau bubur nasi segera. Itu je lah breakfast kami hari2. Bawa sambal ikan bilis, hari pertama lagi dah habis sebab meratah ikan bilis je kerjanya. Sedap oi makan meratah di Hong Kong.

Hari kedua, kami jalan2 lagi sekitar Avenue of Stars dan Clock Tower sebelum naik ferry untuk ke seberang. Kejap je nak ke seberang tu, kami sampai awal sangat maka kena lah tunggu bas pertama untuk ke Victoria Peak. Masa menunggu boleh la diisi dengan posing dikawasan sekitarnya.




Oh ya, tiket2 Peak Tram, Madame Tussauds, Ngong Ping, Disneyland dan Ocean Park kami beli dari guest house saja. Senang sangat, so tak payah la nak beratur kalau dah beli melalui agen.

Bila Peak Tram shuttle bus (No 15C) sampai, terus naik untuk ke Garden Road Peak Tram Lower Terminus-Ride. Sampai2, tram baru je sampai, dan tanpa menunggu lama, kami terus naik ke atas.


Sampai di atas, kami terus menuju ke Madame Tussauds. Walaupun tak sebesar MT London, tapi okaylah untuk bergambar dengan patung artis2 pojaan hatimuu.



Apa yang ada di Victoria Peak ni ?

Victoria Peak (Chinese: å¤ªå¹³å±±, or previously- 扯旗山) is a mountain in Hong Kong. It is also known as Mount Austin, and locally as The Peak. The mountain is located in the western half of Hong Kong Island. With an altitude of 552 m (1,811 ft), it is the highest mountain on the island proper, but not in the entirety of Hong Kong, an honour which belongs to Tai Mo Shan.The actual summit of Victoria Peak is occupied by a radio telecommunications facility and is closed to the public. However, the surrounding area of public parks and high-value residential land is the area that is normally meant by the name The Peak. It is a major tourist attractionwhich offers views over Central, Victoria Harbour, and the surrounding islands.
Source : Wikipedia
Kesimpulannya, kita boleh tengok pemandangan bandar HK yang cantik dari atas gunung. Itupun kalau hari tak hujan dan berkabus lah.

separa kabus haritu
Kat atas tu juga jangan lupa stop ngopi di Pacific Coffee, feel lain tau minum kopi panas kat tempat tinggi nih. Boleh juga singgah di Hard Rock shop, dan beberapa kedai souvenir. Harga souvenir tak mahal mana pun berbanding Ladies Market. Kalau tak nak susah2 tawar-menawar, beli saja di sini.
Dah siap jalan2 di sini, kami terus turun ke bawah untuk ke MRT terdekat. Hajat dihati nak makan dim sum halal dan nasi goreng cina di Masjid Ammar. Jenuh juga nak mencarinya, tapi ini lah keseronokan bila jalan2 sendiri sebab kita boleh jumpa tempat yang pelbagai. Sempat juga kami melalui satu taman, jalan2 mencari tempat sampai kaki dah rasa macam nak tercabut dibuatnya. Apapun, semuanya sangat seronok.
Nak senang, bila nampak je orang Indonesia, jangan segan2 untuk bertanya kat mana terletaknya masjid. InsyaAllah mereka akan membantu, apatah lagi kita kan serumpun dan seagama. Sampai2 je, terus order makanan sebab perut dah terlampau lapar.

Jauh datang ke HK nak cari dim sum halal
Siap semuanya, kami teruskan destinasi ke Nan Lian Garden. Sangat cantekk okay taman dalam bandar ni. Mesti pergi kalau dah sampai HK. Sangat tenang dan nyaman juga, sampai rasa nak tidur pun ada disitu.

Nan Lian Garden
Lotus Garden
Kami balik ke guest house untuk berehat dan dinner sebelum keluar semula ke Avenue of Stars untuk menyaksikan Symphony of Lights. Agak tak faham, adakah setiap malam ramai pengunjung ke AoS ni, kalau tourist ramai okaylah, ni local pun ramai juga. Jangan terlepas ya, shownya bermula tepat jam 8pm.
Nasib baik lokasi AoS dekat saja dengan guest house, maka cepatlah kami pulang untuk berehat dan recharge.

Tuesday, 2 October 2012

Hong Kong Trip - Day 1

Tarikh perjalanan : 9 - 13 Jun 2012
Dah lama sebenarnya trip ni, kebizian melanda tak sempat nak update lepas balik trip. Kalau ditangguh ada jugak trip terbaru tak dapat diceritakan. Hehe. Berangan lagi tuh nak jalan-jalan lagi.

Okay, trip ke HK haritu saya pergi beramai-ramai. 10 orang gitu. Planning, itinerary semuanya bukan saya yang aturkan. Kawan saya Cik Ija yang bertungkus-lumus cari itinerary, planning dan sebagainya. Syabas untuknya sebab semua yang dirancang berjalan dengan lancar.

Memandangkan kami seramai 10 orang, flight terpecah kepada 2 sebenarnya sebab masa booking AA haritu tak lepas untuk 10 orang dalam flight yang sama. 6 orang berlepas jam 7.10am, termasuk saya, dan lagi 4 orang tu berlepas jam 12pm.

Team pertama tiba di HK International Airport dalam pukul 11am, dah settle dengan imigresen, terus kami cari kedai telefon untuk beli sim card. First time deal dengan orang HK, saya rasakan mereka agak rude dalam urusniaga, nak cepat saja. Mungkin style mereka sebegitu, tak mengapa lah.

Kami terus beli Octopus Card - macam T&G kita lah, yang akan digunakan untuk bas, MRT, beli barang dll.

 

Siap urusan semua, terus ke terminal bas yang terletak di Hall B. Sampai sini, bas dah siap menunggu. Sangat cepat dan mudah untuk mencari bas A21 ke Tsim Tsa Tsui.



 


Destinasi kami ialah untuk check-in ke Maple Leaf Guest House yang terletak di dalam Chung King Mansion (14th bus stop at Nathan Road). Not bad lah guest house ni, bersih lah juga walaupun sedikit sempit. Sempit2 pun, muat lagi 10 orang berhimpun untuk makan megi. Hehe...

Walaupun Chung King Mansion ni agak crowded dengan orang2 Middle East, tapi lokasinya sangat strategik untuk jalan2. Seberang Sogo ikut jalan bawah tanah boleh terus ke Avenue of Stars, Clock Tower dan Stesyen Feri cuma sebelah Avenue of Stars je, MRT Station pun cuma lintas jalan saja, dan tempat shopping pun sekeliling tu saja. Berbaloilah tinggal disini walaupun agak crowded dan lifnya yang kecil. Janji senang nak jalan2.


Siap letak beg semua, kami terus jalan-jalan ke Avenue of Stars dan kawasan2 sekitarnya seperti Clock Tower, TST Star Ferry Tier, 1881 Heritage sebelum lepak di Starbucks sementara menunggu Team B untuk sampai ke guest house.





Hong Kong














Avenue of Stars
Clock Tower

Tercari-cari mana tongkang ?
1881 Heritage




Bila Team B sampai, semuanya legaaaa dan kepenatan. Kami dinner ringkas saja malam tu, rehat kejap sebelum ambil MRT ke Mong Kok (Exit E2) untuk ke Ladies Market. Ladies Market ni macam Petaling Street je, banyak jualan baju, kena pandai bargain dengan penjual baru lah boleh murah. Kalau tak pandai bargain, silap2 mahal daripada jualan di kedai souvenir yang sah2 tak perlu tawar-menawar lagi. Nak datang sini kena sebelum 11.30pm sebab diorang tutup kedai awal.
 
Kami terus balik ke bilik untuk berehat, esok nak jalan jauh lagi.
 
chop kaki itu wajibbbb