Wednesday 23 October 2013

Jalan-jalan ke Rome, 29 Mei - 2 Jun 2013

Airport Transfer

Kami tiba di Fiumicino - Leonardo Da Vinci Airport pada jam 2005. Memandangkan kami sampai malam, dan tak nak kecoh-kecoh, maka saya telah pun menempah airport transfer menerusi hotel yang akan menginap. Mercedes Vito MPV 7 seater datang menyambut ketibaan kami dengan bayaran €175 per MPV. Okay sangat mahal kalau kita convert, dan seperti sesetengah orang kata, bukan budget traveller kalau naik kereta....... tapi memandangkan semua dah setuju dan tak nak susah angkut beg naik bas, saya okayyy saja.




Sebenarnya ada option untuk naik bas dari airport ke Rome, sangat murah, dalam €4 seorang/sehala. Boleh Google - bus from rome airport to city centre , dan pilih syarikat bas mana yang menawarkan harga yang berpatutan.


Hotel

Melalui Booking.com, saya telah menempah Hotel A Casa De Panalope pada harga €168.57 seorang untuk penginapan selama 3 malam dengan breakfast percuma selama 3 hari. Memandangkan kami bertujuh, maka saya ambil 2 bilik untuk 2 pax, 1 bilik untuk 3 pax.

Banyak hotel telah saya review, dan saya memilih hotel ini kerana lokasinya sangat dekat dengan Termini Station yang juga berdekatan dengan kedai makanan halal. Lokasi hotel ini terletak dalam satu bangunan 5 tingkat yang turut mempunyai penduduk tetap di situ. Maka, pengunjung hotel kena menjaga suasana di dalam bangunan supaya tidak bising. Orang Rome ni agak sombong, diorang akan marah je kalau kita bising atau berdiri ramai2 di lobby bawah.




Staff hotel sangat peramah, malah sebelum sampai lagi saya kerap berkomunikasi melalui email dan google chat dengan Mamun dan Jewel, 2 orang pekerja Bangla yang sangat friendly. Breakfast disediakan di sebuah restoren kecil di blok sebelah, ok lah dapat croissant dan kopi setiap hari sebelum jalan2.


Pengangkutan

Mujur hotel kami terletak berdekatan dengan Termini Station, dalam 10 minit jalan kaki. Termini Station ni macam KL Sentral lah kat negara kita, ada Metro (LRT), train inter-city, stesen bas untuk pengangkutan dalam bandar dan mempunyai kedai2 yang boleh kami cuci mata sebelum nak jalan2.


Dalam Roma Termini

Stesen bas di luar Roma Termini


Apa yang menarik di Rome

1. City Sightseeing with Hop On Hop Off
Saya pilih untuk naik Hop On Hop Off pada hari pertama di Rome, supaya kami boleh dapat gambaran tentang bandaraya Rome, dan juga sedikit gambaran untuk lokasi yang bakal kami kunjungi seterusnya. Harga tiket bas ialah €20, valid untuk sehari perjalanan. Stesen pertama terletak di luar Termini Station sahaja, yeay, tak perlu jalan jauh2.

Make sure buat 1 pusingan dulu sampai balik semula ke Termini, dan pilih lah stesen mana yang nak kita turun untuk lawatan seterusnya.




2. Colosseum 
Tempat pertama yang saya ingin lawati di Rome ialah Colosseum. Tak sampai Italy namanya kalau tak singgah Colosseum. Ambil gambar sampai pitam, luar dalam, atas bawah semua kena pergi tau. Susah oi nak sampai ke Italy lagi.
Colosseum dari luar


Colosseum dari dalam

Sumber Wikipedia
The Colosseum or Coliseum, also known as the Flavian Amphitheatre (Latin: Amphitheatrum Flavium; Italian: Anfiteatro Flavio or Colosseo) is an elliptical amphitheatre in the centre of the city of RomeItaly. Built of concrete and stone,[1] it was the largest amphitheatre of the Roman Empire, and is considered one of the greatest works of Roman architecture and engineering. It is the largest amphitheatre in the world.

Pastikan tiket telah dibeli secara online dan siap diprint dari negara kita lagi. Saya menggunakan website Omniticket Network untuk skip the line. Memang sangat berbaloi, sebab tak perlu beratur untuk beli tiket, dan ada 1 laluan khas untuk mereka yang telah beli dan print tiket siap2. Harga tiket masuk ialah €14/pax. Saya beli tiket masuk saja, tanpa guide sebab saya rasakan tak perlu kot guide kat Colosseum nih. Kami ada baca sikit2 berkenaan Colosseum, dan masa jalan2 kat dalam tu himpit2 lah guide yang sedang memberikan peneragan kepada group mereka, ada info baru boleh dipelajari secara percuma. Yeay.

Kat luar Colosseum boleh beli souvenir seperti fridge magnet, tapi bila balik ke hotel ada kedai souvenir pakcik Korea yang jual lagi murah dari yang dibeli di Colosseum. Huarghhh. Tapi hanya di Colosseum saja ada kedai jaket dengan tulisan Italia yang saya beli sangat murah, €5 saja, tempat lain jual €10. Batu pemberat ukiran Colosseum juga murah, €1 saja.

Pemandangan dari atas Colosseum

Nota : Jadual hari pertama saya ialah naik bas Hop on Hop Off , Colosseum dan kawasan sekitar Colosseum (Palatine Hill dan Roman Forum), dan juga ke Hard Rock Cafe Rome. Untuk ke HRC yang terletak di Via Veneto, saya naik bas Hop on Hopp Off tadi dan berhenti di Barberini. Kena jalan kaki sikit lah, tapi boleh jumpa sambil menikmati view sekeliling. Dan saya cuba naik Metro dari Barberini untuk balik ke Termini, sebab esok kami akan ke Vatican menggunakan Metro.

3. Vatican City
Sebelum buat itinerary, Kak GG yang ikut dalam group kami siap tanya ustaz, boleh ke kami nak melawat Vatican City. Ustaz kata, boleh kalau sekadar untuk lawatan sahaja.

Vatican City


Sumber Wikipedia
Vatican City is an ecclesiastical[1] or sacerdotal-monarchical[2] state, ruled by the Bishop of Rome—the Pope. The highest state functionaries are all Catholic clergymen of various national origins. It is the sovereign territory of the Holy See (LatinSancta Sedes) and the location of the Pope's residence, referred to as the Apostolic Palace. The Popes have generally resided in the area that in 1929 became Vatican City since the return fromAvignon in 1377, but have also at times resided in the Quirinal Palace in Rome and elsewhere.


Sekali lagi saya menyarankan sesiapa nak masuk Vatican Museum, sila lah beli tiket online dulu sebab kalau tak beli online, mau makan berjam nak beratur saja. Boleh ke website tickitaly.com untuk lebih lanjut. Harga tiket ialah €20, merangkumi entrance ke Sistine Chapel (The Sistine Chapel (LatinSacellum SixtinumItalianCappella Sistina) is a large and renowned chapel of the Apostolic Palace, the official residence of the Pope in the Vatican City.~ Wikipedia)

Tiket yg print online ditukar kepada tiket macamni

Barisan panjang nak masuk VC bagi mereka yg tidak membeli online ticket


  
Tangga ni cun


4. Masjid Al Huda
Masjid Al Huda adalah satu-satunya masjid yang boleh di dapati di Rome dan merupakan masjid yang terbesar di Europe. Rugi lah kalau tak pergi, lagipun sebelumnya dah melawat Vatican City, rasa macam berdosa pulak asyik tengok patung-patung dan siap masuk gereja bagai. Heehee...


Masjid Al Huda



Cari Malaysia !

Untuk sampai ke sini, kena naik train yang agak sedih sebab lokasinya terletak di luar bandar sikit. Untuk direction yang lebih jelas, saya hanya berpandukan kepada blog INI. Terima kasih kepada si penulis blog, kami berjaya sampai ke masjid Al Huda dan solat jamak disitu. Hati-hati di dalam train, memandangkan lokasinya bukan di dalam bandar, ramai yang kata banyak pick pocket dalam train. Alhamdulillah kami tak kena apa-apa.






Nota : Jadual hari kedua saya ialah jalan2 di Vatican City dan Masjid al-Huda Rome. Perjalanan menggunakan Metro dan train. 


4. Piazza Navona dan Fountain of Four Rivers
Piazza Navona adalah salah satu dataran yang terkenal di Rome kerana dikelilingi oleh bangunan lama yang sangat cantik. Ada 2 fountain boleh di dapati kat sana, salah satunya ialah Fountain of Four Rivers. Dinamakan sedemikian adalah kerana khabarnya dahulu kala air dalam fountain tu datangnya dari empat sungai dari empat benua, iaitu dari Sungai Nil dari Afrika, Sungai Gangga dari Asia, Danube dari Europe dan Rio de la Plata dari Amerika.



Hujan pulak hari tu

Fountain of Four Rivers

Boleh tengok lukisan


Jalan untuk mencari tempat ini agak mengelirukan pada mulanya, kerana lorong-lorongnya seakan sama. Jangan lupa untuk cuba makan spaghetti tomato atau seafood di salah satu restoran yang terletak di celah-celah lorong menuju ke Piazza Navona kerana rasanya teramatlah asli dan sangat sedap.


Italian Salad. Yummy

Seafood Spaghetti. Jemput tengok


5. Pantheon
Pantheon adalah merupakan salah sebuah gereja lama di Rome. Hanya jalan kaki saja dari Pizza Navona, sebenarnya ikut je orang ramai yang berjalan kaki tu, mereka pun nak menghala ke sana juga. Betul. Dah sampai Pantheon, masuk je lah, lagipun tiada bayaran masuk dikenakan. Gereja masih aktif digunakan, boleh la tengok penganut-penganut agama Kristian sedang menjalankan aktiviti keagamaan mereka.


Pantheon



6. Trevi Fountain
Rome mempunyai terlampau banyak fountain, salah satu yang paling terkenal ialah Trevi Fountain. Sebelum sampai ke Rome, saya sangat teruja untuk ke Trevi Fountain. Dalam gambar nampak besar, eh memang besar pun. Ramainya pelancong tak payah cerita lah, orang kata kalau musim panas lagi ramai pelancong. Tapi jangan risau, macam mana ramai pun manusia, masih boleh nak shoot gambar sorang2 berdiri depan Trevi Fountain tu.

Trevi Fountain yg popular

Pelancong
Ada juga yang kata kalau baling syiling ke belakang dan masuk ke dalam fountain dengan menggunakan tangan kanan dan melalui bahu kiri akan membuatkan kita kembali semula ke Rome. Terpulang lah nak percaya atau tak, nak buat atau tak, tapi jangan tak tahu, sehari saja fountain tu dilimpahi dengan syiling berjumlah €3,000.

7. Spannish Steps dan Piazza d Spagna
Salah satu tarikan di Rome ialah Spannish Steps, hurmm... sebenarnya ia hanyalah 135 biji tangga menuju ke gereja je, tapi dah tempat ni termasuk sebagai salah satu tempat yang menarik di Rome, rugi pulak kalau tak sampai kan. Pelancong ramai yang amat di sini, tak tahu apa yang menarik tapi oklah boleh lepak kat tangga tu.

Spannish Steps

Spannish Steps mengingatkan saya kepada gereja St Paul di Macau, yang mempunyai 66 biji tangga untuk didaki. Menariknya di St Paul, ialah kita sampai kat atas dulu melalui jalan belakang, kira macam mengelat lah sikit. Spannish Steps pula kena daki tangga dari bawah untuk sampai kat atas bagi menikmati pemandangan.

Belum musim panas lagi dah ramai
Piazza d Spagna pula terletak di kaki Spanish Steps, ianya salah satu dataran yang famous di Rome. Ada la seketul fountain kat bawah tu yang berbentuk sampan. So bila dah sampai Spannish Steps, bermakna kita dah sampai ke Piazza d Spagna juga.


Nota : Jadual hari ketiga ialah menaiki bas dan jalan kaki ke Piazza Navona, Fountain of Four Rivers, Pantheon, Trevi Fountain dan Spannish Steps.




Secara keseluruhan, saya agak berpuashati dengan kesemua tempat-tempat yang telah kami kunjungi. Walau kaki agak penat kerana kena jalan sepanjang masa, tapi seronok sebab sambil jalan boleh berhenti untuk menikmati gelato dan masuk ke souvenir shop juga. Dah nama pun melancong, tak kan nak duduk je kan.

Rome wasn't build in a day, cukup lah 3 hari kami berada di Rome, harga hotel pun agak mahal maka kami akan ke destinasi seterusnya iaitu Florence.

HRC Rome rembat t-shirt selai

5 comments:

syieda said...

salam,
nak tanya la...dari colosseum tu ke vatican city semua tu boleh sehari ke? pastu tiket ketapi ke vatican city tu nak beli kat mana yer?

Jari Manis said...

Salam,

Dah tahu cara dari airport ke City, pastu dah tahu nak nginap kat hotel mana..dari segi trnasport pun dinyatakan dgn jelas...lepas baca entry ni hati JM berkobar nak ke sana..yang pasti nk kumpul duit dari sekarang..nk jadikan blog ini sebagai rujukan :-)

shoeque said...

salam syieda
colosseum + vatican city macam tak sempat je sehari kalau nak enjoy view dll, agak rushing dlm sehari. vc baik pegi belah pagi, ramai org kat sana.

nk ke vc bergantung kpd lokasi syieda dari mana, saya haritu naik metro je senang, print siap2 map metro utk memudahkan nnti

shoeque said...

salam JM

harap dpt membantu hehe... sila2 kumpul duit, italy mmg best utk dilawati.. :)

elly sya said...

Assalamualaikum
Nilai €1 sama dengan berapa ringgit malaysia? just bertanya .. ^_^