Saturday 30 April 2011

Luxembourg-Lauterbrunnen, Swiss Alps

Hari ke-4 kami meneruskan perjalanan ke Luxembourg, bandar lama yang mempunyai view yang sangat cantik. Terkenal dengan gelaran 'Europe's most beautiful balcony', Luxembourg juga merupakan negara terkecil di Eropah. Sekejap saja kami disini kerana perjalanan perlu diteruskan ke Lauterbrunnen.

Luxembourg

Saya memang tak sabar untuk ke Swiss kerana ianya bakal menjadi pengalaman pertama bagi saya bermain dengan salji. Perjalanan memakan masa 10 jam, dan kami tiba di campsite pada lewat petang.

Cabin yang tersedia tidak dilengkapi dengan tandas, dan sama seperti di campsite Amsterdam, syiling diperlukan untuk mandi.


Keesokan harinya, dari campsite kami berjalan menuju ke stesen keretapi Lauterbrunnen untuk menaiki kereta kabel ke Jungfraujoch. Kereta kabel pertama berhenti di Kleine Scheidegg, dan kami perlu mengambil kereta kabel seterusnya untuk mendaki ke puncak Jungfrau.

Kami agak teruja bila tiba di Kleine Scheidegg memandangkan salji mula menurun disitu. Sempatlah rasa hujan salji halus yang jatuh ke winter coat kami. Hehe.. jakun sikit disini.



Sampai di puncak Jungfrau, masing-masing semuanya kepeningan kerana tekanan udara. Satu pengalaman yang menarik dan lucu bila dikenang balik. Mount Jungfrau merupakan puncak tertinggi di Europe, dan adalah sesuatu yang membanggakan bila saya telahpun sampai ke sini.

Kami turun ke Kleine Scheidegg balik untuk bermain dengan salji sebelum meneruskan perjalanan turun ke Lauterbrunnen. Sempat beli the famous Victorinox knife dan sedikit souvenir lain.

jom main ski

Ketika ini saya mula rasa tak sedap badan. Terkejut bermain dengan salji agaknya. Dan saya tidur sepanjang malam tersebut. Cuaca di campsite tidaklah sesejuk di Brussels walaupun kami berada dikaki gunung bersalji pada malam itu.

Thursday 28 April 2011

Amsterdam-Brussels

Hari ke-3 kami bergerak dari Amsterdam dan terus menuju ke Mini Europe. Malangnyaaaaa bila Mini Europe ini ditutup untuk maintenance pulok... Aduila, dah la Mini Europe ni saya dah looking forward nak pergi. Argghh, bukan rezeki kami semua.

Atomium, Brussels

Maka bergambarlah kami dengan Atomium sahaja disitu sebelum bergerak ke bandar Brussels untuk solat zohor. Halangan masuk ke Mini Europe diganti dengan menikmati pemandangan indah bangunan dan persekitaran sekitar masjid. Sangat cantik, ditambah dengan cuaca yang sangat nyaman.


Seterusnya kami dibawa ke Grand Place, Brussels. Bangunan disini tersangat cantik, seperti tidak percaya apa yang pernah ditonton dikaca televisyen kita terpampar jelas di depan mata kami.
=
Grand Place yang penuh dengan pelancong

Dilorong berdekatan, terletaknya patung Mannekin-pis. Patung budak lelaki yang kencing berdiri ini memang famous, saya ingatkan ianya besar rupa-rupanya kecil sahaja dan lokasinya cuma disimpang lorong sahaja.


Dilorong tersebut juga, saya sempat mencuba hot chocolate Godiva yang diperbuat daripada chocolate bar digaul dengan air panas. Sedap sangat.

Dan makan juga waffle sedap gilos yang mana rasanya tidak sama dengan mana-mana waffle yang pernah saya makan dinegara kita.

Jom makan waffle

Di sini kami borong chocolate di samping souvenir, selebihnya kami banyak bergambar di Grand Place sahaja.



Kami terus berangkat ke campsite yang terletak dipinggir Brussels. Cuaca disitu tersangat sejuk, gigil dan gigil. Serious gigil, tetapi pengalaman itu sangat menyeronokkan. Tambah pula cabin yang kami duduki adalah cabin yang paling selesa berbanding dengan cabin-cabin yang lain.

Tuesday 26 April 2011

Perjalanan bermula, London-Amsterdam


Europe Tour sudah bermula ! Kami mengambil pakej Highlights of Europe yang memakan masa 9 hari perjalanan ke 5 buah negara.

Dari hotel, kami mengambil teksi ke Park Lane yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Saya sudah pun teruja bila melihat kelibat 'orang kita' yang turut berada dikawasan berkenaan. Tambah teruja bila melihat bas yang bakal kami naiki tiba tepat pada waktunya.


Dari London, bas membawa kami terus ke Eurotunnel untuk merentas Selat Inggeris dengan keretapi yang membawa bas kami terus ke Calais, France. Bukan boleh tengok pun pemandangan dalam tunnel ini, tapi saya sempat juga turun dari bas untuk ambil feel berada dalam tunnel tersebut. 

Sampai di Calais, perjalanan diteruskan ke kilang coklat di Belgium. Belgium memang terkenal dengan cokelatnya, dan kesempatan berada dikilang jangan disia-siakan. Makanlah tester yang tersedia sepuas-puasnya, dan belilah beberapa keping cokelat sebagai kenangan.


Perjalanan diteruskan ke camping site kami yang terletak di Amsterdam. Malam pertama kami tidur disitu. Cabin yang tersedia memuatkan 8 orang dengan 4 katil double decker. Malangnya tandas berada diluar cabin dan terpaksa berjalan sikit. Saya tak kisah sangat dengan hal ini, lagipun inikan budget travel. Cuaca ketika itu masih sejuk, jadi boleh jimat duit untuk mandi. Oh ya, untuk mandi perlu masukkan syiling dan air hanya keluar untuk beberapa minit bergantung kepada berapa nilai syiling yang dimasukkan. Seronok dengan pengalaman ini. 

Esoknya, kami dibawa ke kilang membuat keju dan clog, kasut orang Belanda yang famous itu. Ada sedikit demonstrasi pembuatan keju dan clog, dan jangan lupa tester keju yang terdiri dari pelbagai jenis rasa itu.


Dari situ kami dibawa ke Volendam, bandar nelayan yang terletak ditepi pantai. Seronok berada disitu, kerana boleh makan makanan laut yang pelbagai jenis dan juga dapat mengambil photo dengan pakaian tradisi orang Belanda. Banyak kedai souvenir di Volendam, dan masa yang diperuntukkan saya rasakan amat limited. Arggh, sangat tak puas berada di Volendam.


Kami meneruskan perjalanan ke bandar Amsterdam. Kami memilih untuk menaiki cruise, kerana ianya boleh menjimatkan masa melihat bandar Amsterdam dengan menyusuri sungainya. Bandar Amsterdam tidaklah besar mana dan ianya memang terkenal dengan Red Light District, satu perkampungan 18sx.. hehehe.



Saya sempat makan fries yang khabarnya terkenal berada di Amsterdam ni - Manneken Pis. Walaupun rasanya tak ada la lain atau sedap melampau, tetapi paling kurang kena la cuba. Nasib baik ambil portion kecil, itu pun masih boleh dikongsi dengan adik2 yang lain.



Petang tu, kami pulang ke campsite yang sama di Amsterdam. Ralat kerana tidak jalan-jalan sendiri dibandar Amsterdam, paling tidakpun saya boleh explore bandar itu dengan lebih luas lagi. Rugi... rugi..

Saturday 23 April 2011

Jalan-jalan Kota London



Tarikh Perjalanan : 9 Mar - 23 Mar 2011

LCCT-Stansted mengambil masa 13 jam perjalanan. Direct flight. Lenguh kaki. Berapa kali ke toilet. 2 kali meal disediakan dengan tempahan awal. Tidur bangun takyah cerita lah. Kadang tu tak lelap pun. Bukan terlebih excited, tetapi mungkin kerana dah memang cukup tidur.

Trip ini tidaklah lama dirancang. Mulanya ingat nak pergi Januari, tetapi musim winter yang masih berlangsung membuatkan kami menukar plan untuk pergi bulan March saja. Akhir winter, nak masuk spring. Tapi cuaca boleh tahan sejuknya. Siap kena bawak winter coat juga, dan memakai baju 2-3 lapis termasuk longjohn. Saya memang tak tahan sejuk.

Kami pergi berenam, bersama boss, 2 adik beradiknya dan seorang rakannya. Tujuan asal memanglah untuk tour Europe. Sebelum tour Europe bermula, kami jalan2 di kota London 2 hari dan selepas balik dari tour Europe ada sehari lagi untuk jalan2.

Sebelum pergi, kami banyak berbincang jugak pasal trip ni. Nak jalan jauh, kena plan jugak. Saya memilih Kelana Convoy sebagai travel agen untuk Europe trip ini. Orang kata murah. Saya check internet, memang murah. Banyak jugak saya berurusan dengan mereka melalui email, dan beberapa kali melalui telefon. Tapi kena sabar sikit, mereka lambat reply email.


Pengangkutan

Saya memilih AAsia sebagai pengangkutan rasmi, pastinya kerana tambangnya murah. Dengan RM2,300 saya dapat membeli tiket pergi-balik LCCT-Stansted London. Penerbangan lain mana nak dapat harga ni. Ini pun setelah saya masukkan meal, dan luggage 15kg pergi balik. Tapi luggage terpaksa saya upgrade untuk hala balik sahaja, menjadikan 30kg seorang dan bayaran tambahan sebanyak RM110 dikenakan. Lebih baik upgrade, daripada terpaksa membayar £40 sekilogram tambahan.

Memandangkan trip ke London adalah pertama kali bagi semua orang, dan kami malas nak fikir untuk jalan2 sendiri saja diLondon, maka kami memutuskan untuk ambil pakej tour London beserta hotel dan airport transfer dengan KC sahaja. Kalau jalan berdua, saya rasa tak ada masalah untuk ambil bas direct ke London. Tambang bas lagi murah, dalam £9 sehala kalau book awal melalui internet.

Imigresen & Airport

Kami bertolak dari LCCT dan tiba diStansted pada jam 3.30pm. Sampai sana, urusan imigresen tidaklah susah mana. Tunjuk saja semua tiket pergi balik, booking hotel, booking europe tour kepada pihak imigresen. Pasti lepas dengan 2-3 soalan biasa yang akan ditanya. Jawab dengan relax. Bukan kita buat salah pun.

Kami disambut oleh Mr Sam sebagai tourist guide kami diLondon. Awalnya, mati2 saya ingatkan Mr Sam ini mat saleh, rupa2nya orang melayu kita jugak. Cheh. Samdol betul. Tapi saya sukakan Sam ni, sebab dia peramah, pandai bukak cerita dan tahu banyak info yang boleh dikongsi bersama.

ketibaan dif-dif terhormat dari Malaysia ke Stansted, London

Tempat2 Lawatan

1. Luton

Dari Stansted, kami singgah ke bandar Luton untuk hantar ibubapa Mr Sam ke rumahnya yang turut berada dalam mpv kami. Dapatlah jalan2 sekitar bandar Luton, sebelum terus check-in ke hotel kami di Paddington.

2. Westfield Shopping Complex



Sempat shopping disini pada hari kedua diLondon. Nasib baik Msia mempunyai shopping complex seperti The Curve, Pavillion dan seumpamanya maka takde lah kita rasa jakun bila masuk Westfield ni. Seronok sebab banyak kedai boleh didapati disini, dan kebanyakan semuanya branded dan boleh didapati di Msia.

3. Harrolds



Dah sampai London, jangan lupa singgah Harrolds. bukan untuk shopping pun, saja nak jejakkan kaki. Paling kurang, orang tanya pergi Harrolds ? pergiiiii.... walaupun beli fridge magnet seketul kan. Kau ado ? Tanya dia balik.. haha

4. Oxford Street

Merupakan kawasan syurga membeli-belah dikota London. Terlampau banyak kedai disini, dan memang kami lebih bertumpu di Mark & Spencer, Primark dan souvenir shop yang berdekatan. Barang2 yang dijual memang murah. Satu prinsip kami bila shopping dinegara orang, jangan convert to RM. Baru lah senang jiwa nak shopping. Eh, tapi kalau convert pun masih murah kalau nak dibandingkan dengan apa yang dijual dinegara kita. Waktu operasi kedai2 disini tak sama macam negara kita. Pukul 6pm mereka dah tutup kedai, maka siapa nak shopping kena cepat2 kejar masa diorang. Arrghh saya rindukan Oxford Street nih.

5. Madamme Tussauds



Seronok dapat masuk Madamme Tussauds, sebelum ini hanya tengok gambar orang saja sekarang baru tau yang patung2 artis tu tak ada lah banyak mana pun. Jangan lupa untuk masuk ke Chamber of Horror, sama seperti masuk ke rumah hantu. Dan juga jangan lupa masuk ke 4D theater, 4D dia sangat best !

Tiket masuk kami beli online pada harga £18 seorang untuk entrance selepas jam 2pm, harga biasa ialah £25 seorang untuk entrance sebelumnya. Masuk lepas 2pm pun dah mencukupi, bukan ada apa pun nak berlama2 dengan patung tak bernyawa tu. Errkk pasti ke tak bernyawa di waktu malam ?

6. Buckingham Palace


Pada hari ketiga kami terus ke Buckingham Palace untuk tengok changing guards, tapi tak dapat tengok pun sebab manusia punyalah ramai. Suatu kemestian bila datang ke London untuk sampai Buckingham Palace, walaupun tak nampak proses changing guard tapi kena datang untuk rasa kemeriahan bersama tourist dari negara lain.

7. Trafalgar Square


Dah sampai London jangan lupa ke Trafalgar Square. Hajat dihati nak kejar2 merpati tetapi merpati pun hanya ada 2-3 ekor apa nak dikejarnya. Mungkin mereka dah berpindah ke tempat lain atau banyak dah ditangkap untuk dipanggang. Makan panas2 mungkin sedap. Errk.

8. London Cruise
view kota london dari cruise

Jangan lupa untuk naik London Cruise pada harga £11 seorang, kerana dengan London Cruise kita dapat melihat bandar London dalam masa yang singkat dan pantas. Apatah lagi bila pergi beberapa hari saja, maka masa perlu dijimatkan disini. Dari cruise kita akan dapat tengok London Bridge, Tower Bridge, Big Ben, Parliament of London dan bangunan2 lain. Port untuk naik London Cruise ni bersebelahan dengan Eye of London saja, maka boleh la jalan2 sekitarnya sambil tengok orang buat art show disepanjang jalan. Kami tak naik Eye of London, tak cukup masa pun nak buat semua tu. Tapi sempat masuk ke panggung 3D yang ada berdekatan, tak best mana pun.

9. Stonehenge



Bila balik dari Europe Tour, ada lagi sehari free sebelum kami pulang ke Msia. Jadi kami ambil kesempatan untuk jalan2 ke Stonehenge. Sekali lagi kami upah kawan Mr Sam untuk jalan2 sehari ni. Senang, naik satu mpv dia dan bayar sebanyak £60 seorang terus dia akan bawakan kami ke Stonehenge, Oxford, Bicester Village dan airport transfer untuk balik Msia.

Tak ada apa sangat di Stonehenge ni kecuali himpunan batu2 yang terkenal satu dunia. Tetapi rugi kalau tak pergi, sebab ianya tersenarai sebagai salah satu dari 7 wonders of the world. Jalan2, ambil gambar dan cuaca sangat sejuk disitu. Sambil tu boleh tengok view himpunan biri2 dan vavis diladang berdekatan. Oink, oink.

10. Oxford University


Alang2 melalui bandar Oxford, kami singgah kejap untuk ambil gambar disini sambil pusing2 bandarnya. Menariknya tentang bandar Oxford, ada universiti yang terkenal satu dunia, bandar lama yang mempunyai bangunan cantik dan ada dictionary terkenal dari sini. Hahaha.

11. Bicester Village



Merupakan kawasan kedai outlet yang terkenal diLondon. Siapa yang suka shopping, jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Ralph Lauren, Prada, Jimmy Choo, Gucci, Michael Korrs.... namakan saja jenamanya, disinilah tempatnya. Barang2 dah tentu murah berbanding dikedai lain, dah nama pun outlet kan. Boronglah kasut Timberland, Clarks dan barangan jenama Accessories kerana disini tiada harga jika nak dibandingkan dinegara kita. Best weiiihhh !

12. Bayswater

Memandangkan kami menginap dihotel area Bayswater, jalan2 disekitar Bayswater tidak kurang hebatnya. Souvenir shop yang murah boleh didapati disini. Sangat murah berbanding dengan tempat lain. Disini juga senang nak cari kedai makanan halal, dan ada satu shopping complex Whiteleys disini. Ada kedai perfume, Mark & Spencer, GAP dan lain2 disini. Best, tapi kenapa la tutup awal.

Hotel di London

Tak perlu lah nak berangan hotel di London sama seperti hotel2 di Msia. Hotel kat sana kecik yang amat. Muat2 tidur saja. Tangga pun sempit, dan kebanyakannya tiada kemudahan lif. Tapi ok lah, siap ada breakfast boleh lah makan roti hari2 pun tak jemu.

Pada hari kami sampai, kami menginap di Glendale Hyde Park Hotel, Paddington. Hotel yang telah ditempah oleh pihak Kelana Convoy oleh kami. Sangat sempit, dapat pulak tingkat atas sekali. Maka kena angkut beg naik ke atas dengan tiada kemudahan lif. Nasib baik badan fit. Ceceh. Hotel milik pak arab ni ok lah, kita datang pun untuk tidur saja kan.


2 malam yang terakhir, saya book Berjaya Eden Park Hotel yang terletak di Bayswater. Selesa compare to Glendale tu. Ada lif, tapi lif muat 2 orang je. Sangat sempit ok lift itu. Biliknya selesa, dan kalau ada rezeki saya ke London pasti saya book hotel ini saja kerana lokasinya juga sangat strategik.

Makan-makan di London

Nasib baik saya suka makan roti dengan butter dan jam, jadi soal sarapan tiada masalah bagi saya. Sarapan disediakan oleh hotel dah memadai bagi saya, malah kami siap makan diperkarangan luar hotel lagi. Saja nak feel walaupun kena pakai winter coat. Bila lagi nak rasa.


Di Oxford Street, kami singgah makan kebab direstoren dengan harga £10 sepinggan, memang sedap dan sangat banyak portionnya.

Tak susah nak makan di London ni, banyak sangat kedai kebab halal dan fish & chip pun murah2 pada harga £3.95 saja. Fish & chip memang besar portionnya, tak akan habis walaupun kita cuma beli small portion.


Kedai2 makanan Msia teramatlah berlambaknya di kota London. Selain di Malaysian Hall, kami sempat ke kedai Bonda (bangunan MARA London), kedai Makan di Nottinghill dan satu kedai melayu apa entah lupa namanya. Berdekatan dengan hotel kami di Paddington juga ada satu kedai melayu nama Tok Din, tapi tak sempat nak makan kat situ.

Eh, kata jalan2 kat London kenapa masih cari masakan melayu ? Haihh... tu lah, susah bila berjalan dengan akak2 tekak melayu yang nak makan nasi jugak hari2 nih. Terpaksalah kami follow ikut seleranya. Janganlah terlalu cerewet bab makanan nih, susahkan orang saja bila nak jalan2. Dah jalan negara orang, apa kata kita makan lah masakan sana pulak. Asalkan halal, apa salahnya mencuba sesuatu yang baru.


Oklah... nanti saya sambung cerita pasal Europe Tour pulak. Cerita untuk dikongsi bersama, mana tau boleh dijadikan panduan kepada mereka2 yang juga akan ke sana nanti. Siapa nak pergi tu, ehem... nak kirim boleh ? Hehehe...