Saturday 23 April 2011

Jalan-jalan Kota London



Tarikh Perjalanan : 9 Mar - 23 Mar 2011

LCCT-Stansted mengambil masa 13 jam perjalanan. Direct flight. Lenguh kaki. Berapa kali ke toilet. 2 kali meal disediakan dengan tempahan awal. Tidur bangun takyah cerita lah. Kadang tu tak lelap pun. Bukan terlebih excited, tetapi mungkin kerana dah memang cukup tidur.

Trip ini tidaklah lama dirancang. Mulanya ingat nak pergi Januari, tetapi musim winter yang masih berlangsung membuatkan kami menukar plan untuk pergi bulan March saja. Akhir winter, nak masuk spring. Tapi cuaca boleh tahan sejuknya. Siap kena bawak winter coat juga, dan memakai baju 2-3 lapis termasuk longjohn. Saya memang tak tahan sejuk.

Kami pergi berenam, bersama boss, 2 adik beradiknya dan seorang rakannya. Tujuan asal memanglah untuk tour Europe. Sebelum tour Europe bermula, kami jalan2 di kota London 2 hari dan selepas balik dari tour Europe ada sehari lagi untuk jalan2.

Sebelum pergi, kami banyak berbincang jugak pasal trip ni. Nak jalan jauh, kena plan jugak. Saya memilih Kelana Convoy sebagai travel agen untuk Europe trip ini. Orang kata murah. Saya check internet, memang murah. Banyak jugak saya berurusan dengan mereka melalui email, dan beberapa kali melalui telefon. Tapi kena sabar sikit, mereka lambat reply email.


Pengangkutan

Saya memilih AAsia sebagai pengangkutan rasmi, pastinya kerana tambangnya murah. Dengan RM2,300 saya dapat membeli tiket pergi-balik LCCT-Stansted London. Penerbangan lain mana nak dapat harga ni. Ini pun setelah saya masukkan meal, dan luggage 15kg pergi balik. Tapi luggage terpaksa saya upgrade untuk hala balik sahaja, menjadikan 30kg seorang dan bayaran tambahan sebanyak RM110 dikenakan. Lebih baik upgrade, daripada terpaksa membayar £40 sekilogram tambahan.

Memandangkan trip ke London adalah pertama kali bagi semua orang, dan kami malas nak fikir untuk jalan2 sendiri saja diLondon, maka kami memutuskan untuk ambil pakej tour London beserta hotel dan airport transfer dengan KC sahaja. Kalau jalan berdua, saya rasa tak ada masalah untuk ambil bas direct ke London. Tambang bas lagi murah, dalam £9 sehala kalau book awal melalui internet.

Imigresen & Airport

Kami bertolak dari LCCT dan tiba diStansted pada jam 3.30pm. Sampai sana, urusan imigresen tidaklah susah mana. Tunjuk saja semua tiket pergi balik, booking hotel, booking europe tour kepada pihak imigresen. Pasti lepas dengan 2-3 soalan biasa yang akan ditanya. Jawab dengan relax. Bukan kita buat salah pun.

Kami disambut oleh Mr Sam sebagai tourist guide kami diLondon. Awalnya, mati2 saya ingatkan Mr Sam ini mat saleh, rupa2nya orang melayu kita jugak. Cheh. Samdol betul. Tapi saya sukakan Sam ni, sebab dia peramah, pandai bukak cerita dan tahu banyak info yang boleh dikongsi bersama.

ketibaan dif-dif terhormat dari Malaysia ke Stansted, London

Tempat2 Lawatan

1. Luton

Dari Stansted, kami singgah ke bandar Luton untuk hantar ibubapa Mr Sam ke rumahnya yang turut berada dalam mpv kami. Dapatlah jalan2 sekitar bandar Luton, sebelum terus check-in ke hotel kami di Paddington.

2. Westfield Shopping Complex



Sempat shopping disini pada hari kedua diLondon. Nasib baik Msia mempunyai shopping complex seperti The Curve, Pavillion dan seumpamanya maka takde lah kita rasa jakun bila masuk Westfield ni. Seronok sebab banyak kedai boleh didapati disini, dan kebanyakan semuanya branded dan boleh didapati di Msia.

3. Harrolds



Dah sampai London, jangan lupa singgah Harrolds. bukan untuk shopping pun, saja nak jejakkan kaki. Paling kurang, orang tanya pergi Harrolds ? pergiiiii.... walaupun beli fridge magnet seketul kan. Kau ado ? Tanya dia balik.. haha

4. Oxford Street

Merupakan kawasan syurga membeli-belah dikota London. Terlampau banyak kedai disini, dan memang kami lebih bertumpu di Mark & Spencer, Primark dan souvenir shop yang berdekatan. Barang2 yang dijual memang murah. Satu prinsip kami bila shopping dinegara orang, jangan convert to RM. Baru lah senang jiwa nak shopping. Eh, tapi kalau convert pun masih murah kalau nak dibandingkan dengan apa yang dijual dinegara kita. Waktu operasi kedai2 disini tak sama macam negara kita. Pukul 6pm mereka dah tutup kedai, maka siapa nak shopping kena cepat2 kejar masa diorang. Arrghh saya rindukan Oxford Street nih.

5. Madamme Tussauds



Seronok dapat masuk Madamme Tussauds, sebelum ini hanya tengok gambar orang saja sekarang baru tau yang patung2 artis tu tak ada lah banyak mana pun. Jangan lupa untuk masuk ke Chamber of Horror, sama seperti masuk ke rumah hantu. Dan juga jangan lupa masuk ke 4D theater, 4D dia sangat best !

Tiket masuk kami beli online pada harga £18 seorang untuk entrance selepas jam 2pm, harga biasa ialah £25 seorang untuk entrance sebelumnya. Masuk lepas 2pm pun dah mencukupi, bukan ada apa pun nak berlama2 dengan patung tak bernyawa tu. Errkk pasti ke tak bernyawa di waktu malam ?

6. Buckingham Palace


Pada hari ketiga kami terus ke Buckingham Palace untuk tengok changing guards, tapi tak dapat tengok pun sebab manusia punyalah ramai. Suatu kemestian bila datang ke London untuk sampai Buckingham Palace, walaupun tak nampak proses changing guard tapi kena datang untuk rasa kemeriahan bersama tourist dari negara lain.

7. Trafalgar Square


Dah sampai London jangan lupa ke Trafalgar Square. Hajat dihati nak kejar2 merpati tetapi merpati pun hanya ada 2-3 ekor apa nak dikejarnya. Mungkin mereka dah berpindah ke tempat lain atau banyak dah ditangkap untuk dipanggang. Makan panas2 mungkin sedap. Errk.

8. London Cruise
view kota london dari cruise

Jangan lupa untuk naik London Cruise pada harga £11 seorang, kerana dengan London Cruise kita dapat melihat bandar London dalam masa yang singkat dan pantas. Apatah lagi bila pergi beberapa hari saja, maka masa perlu dijimatkan disini. Dari cruise kita akan dapat tengok London Bridge, Tower Bridge, Big Ben, Parliament of London dan bangunan2 lain. Port untuk naik London Cruise ni bersebelahan dengan Eye of London saja, maka boleh la jalan2 sekitarnya sambil tengok orang buat art show disepanjang jalan. Kami tak naik Eye of London, tak cukup masa pun nak buat semua tu. Tapi sempat masuk ke panggung 3D yang ada berdekatan, tak best mana pun.

9. Stonehenge



Bila balik dari Europe Tour, ada lagi sehari free sebelum kami pulang ke Msia. Jadi kami ambil kesempatan untuk jalan2 ke Stonehenge. Sekali lagi kami upah kawan Mr Sam untuk jalan2 sehari ni. Senang, naik satu mpv dia dan bayar sebanyak £60 seorang terus dia akan bawakan kami ke Stonehenge, Oxford, Bicester Village dan airport transfer untuk balik Msia.

Tak ada apa sangat di Stonehenge ni kecuali himpunan batu2 yang terkenal satu dunia. Tetapi rugi kalau tak pergi, sebab ianya tersenarai sebagai salah satu dari 7 wonders of the world. Jalan2, ambil gambar dan cuaca sangat sejuk disitu. Sambil tu boleh tengok view himpunan biri2 dan vavis diladang berdekatan. Oink, oink.

10. Oxford University


Alang2 melalui bandar Oxford, kami singgah kejap untuk ambil gambar disini sambil pusing2 bandarnya. Menariknya tentang bandar Oxford, ada universiti yang terkenal satu dunia, bandar lama yang mempunyai bangunan cantik dan ada dictionary terkenal dari sini. Hahaha.

11. Bicester Village



Merupakan kawasan kedai outlet yang terkenal diLondon. Siapa yang suka shopping, jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Ralph Lauren, Prada, Jimmy Choo, Gucci, Michael Korrs.... namakan saja jenamanya, disinilah tempatnya. Barang2 dah tentu murah berbanding dikedai lain, dah nama pun outlet kan. Boronglah kasut Timberland, Clarks dan barangan jenama Accessories kerana disini tiada harga jika nak dibandingkan dinegara kita. Best weiiihhh !

12. Bayswater

Memandangkan kami menginap dihotel area Bayswater, jalan2 disekitar Bayswater tidak kurang hebatnya. Souvenir shop yang murah boleh didapati disini. Sangat murah berbanding dengan tempat lain. Disini juga senang nak cari kedai makanan halal, dan ada satu shopping complex Whiteleys disini. Ada kedai perfume, Mark & Spencer, GAP dan lain2 disini. Best, tapi kenapa la tutup awal.

Hotel di London

Tak perlu lah nak berangan hotel di London sama seperti hotel2 di Msia. Hotel kat sana kecik yang amat. Muat2 tidur saja. Tangga pun sempit, dan kebanyakannya tiada kemudahan lif. Tapi ok lah, siap ada breakfast boleh lah makan roti hari2 pun tak jemu.

Pada hari kami sampai, kami menginap di Glendale Hyde Park Hotel, Paddington. Hotel yang telah ditempah oleh pihak Kelana Convoy oleh kami. Sangat sempit, dapat pulak tingkat atas sekali. Maka kena angkut beg naik ke atas dengan tiada kemudahan lif. Nasib baik badan fit. Ceceh. Hotel milik pak arab ni ok lah, kita datang pun untuk tidur saja kan.


2 malam yang terakhir, saya book Berjaya Eden Park Hotel yang terletak di Bayswater. Selesa compare to Glendale tu. Ada lif, tapi lif muat 2 orang je. Sangat sempit ok lift itu. Biliknya selesa, dan kalau ada rezeki saya ke London pasti saya book hotel ini saja kerana lokasinya juga sangat strategik.

Makan-makan di London

Nasib baik saya suka makan roti dengan butter dan jam, jadi soal sarapan tiada masalah bagi saya. Sarapan disediakan oleh hotel dah memadai bagi saya, malah kami siap makan diperkarangan luar hotel lagi. Saja nak feel walaupun kena pakai winter coat. Bila lagi nak rasa.


Di Oxford Street, kami singgah makan kebab direstoren dengan harga £10 sepinggan, memang sedap dan sangat banyak portionnya.

Tak susah nak makan di London ni, banyak sangat kedai kebab halal dan fish & chip pun murah2 pada harga £3.95 saja. Fish & chip memang besar portionnya, tak akan habis walaupun kita cuma beli small portion.


Kedai2 makanan Msia teramatlah berlambaknya di kota London. Selain di Malaysian Hall, kami sempat ke kedai Bonda (bangunan MARA London), kedai Makan di Nottinghill dan satu kedai melayu apa entah lupa namanya. Berdekatan dengan hotel kami di Paddington juga ada satu kedai melayu nama Tok Din, tapi tak sempat nak makan kat situ.

Eh, kata jalan2 kat London kenapa masih cari masakan melayu ? Haihh... tu lah, susah bila berjalan dengan akak2 tekak melayu yang nak makan nasi jugak hari2 nih. Terpaksalah kami follow ikut seleranya. Janganlah terlalu cerewet bab makanan nih, susahkan orang saja bila nak jalan2. Dah jalan negara orang, apa kata kita makan lah masakan sana pulak. Asalkan halal, apa salahnya mencuba sesuatu yang baru.


Oklah... nanti saya sambung cerita pasal Europe Tour pulak. Cerita untuk dikongsi bersama, mana tau boleh dijadikan panduan kepada mereka2 yang juga akan ke sana nanti. Siapa nak pergi tu, ehem... nak kirim boleh ? Hehehe...

17 comments:

Diana Ismail said...

very good info. Berapa hari duduk kat itinerary gie sana yer? how musch u spend total?

shoeque said...

Hi Diana. Sorry lambat reply. Kami ke Europe 14 hari, di London cuma 4 hari saja. Sangat2 tak cukup 4 hari tu, spend dlm 10k in total utk tour Europe

munis said...

Salam. T kasih for the info. Sangat manafaat kepada yang nak berjalan ke kota London... what to expect and to look for...maklumlah ke negeri orang. I m looking for a reasonable hotel for a family of 5.

irdhi_hayati said...

Salam,mcm mananak hubungi en sam tu yer.. Tq

shoeque said...

Salam irdhi_hayati

dukacita dimaklumkan en sam dah pulang ke msia for good. kena cari driver lain nmpaknya....

Anonymous said...

Salam. Minta izin tuan blog. Sy ade sediakan bilik sewa.lokasi di central london,zone 2. Boleh ke blog sy utk maklumat lnjut
londonbudgetrentroom.blogspot.co.uk

AmniRodzi said...

Salam, boleh saya tahu berapa rate per night utk Glendale Hyde Park Hotel, Panddington dan Berjaya Eden Park Hotel?

shoeque said...

Salam AmniRodzi

Harga bilik mungkin dah berubah sbb saya pergi tahun 2010.
Saya tempah bilik di Berjaya Eden melalui website mereka, atau boleh juga cuba website Agoda atau Booking.com untuk perbandingan harga.

anafiz said...

Salam.

boleh tak nak tanya. Saya bercadang nak ikut trip kelana ni tahun depan. kalau saya booking tiket balik ke malaysia on the same day tour dgn kelana ni berakhir di london ok x? maksudnya estimate time sampai london 6 pm then sy nak balik flight mlmnya jam 10 pm, adakah terkejar2 masa atau ada kekangan lain ke?

shoeque said...

Salam Anafiz

Dalam trip saya yg lalu ada 3-4 org yg yg terus blk Msia mlm tu tapi saya tak sure pukul brp flight mereka. 4 jam ada baki masa, sejam perlu diperuntukkan utk perjlnn ke airport. Kelam kabut sikit kot, nk check in luggage lagi, nak settle kat immigration lg. Kalau ada flight mlm tu pukul 12am rasanya ok sikit, tak kecoh2 sangat,

Try email KC tanya pendapat mereka juga, dan sekiranya mereka kata ok, minta tolong mereka turunkan kat hentian bus / train masa otw balik ke London.

anafiz said...

Oh tqvm awak. Tp MAS cuma ada flight jam 10 malam dan 12 tgh hari.Trying so hard to save my annual leave.Hihihi

mickey said...
This comment has been removed by the author.
Time Traveller said...

Menarik sungguh semua tempat kat sana.. especially stoneage tu.. teringin nak sampai kat sana :D

Salam Kenal :D

http://timetravelafif.blogspot.com/

Renaldi said...

Nyari tempat hunian apartemen strategis dan nyaman di pusat kota jakarta? Coba yuk lihat-lihat di Green Pramuka City Hunian Strategis dan Nyaman di Pusat Kota, baca ulasan reviewnya di http://renseo.blogspot.com/2016/06/Green-Pramuka-City-Hunian-Strategis-dan-Nyaman-di-Pusat-Kota.html.

Noormie said...

Tak boleh nak masuk dan baca blog. Just untuk yg di invite shj.

Unknown said...

Ade x no. Driver yg bawak ke stonehenge tu

zaelianwar seo said...



jual viagra
viagra asli
obat kuat viagra
viagra jakarta
obat kuat jakarta
pil biru
toko viagra
viagra usa
viagra original
obat viagra
obat kuat viagra
viagra asli
viagra
viagra asli
jual viagra
jual obat kuat viagra asli