Thursday, 16 February 2012

Tomyam Pedas

Nak rasa pedas menyegat ? Jom pekena kueteow tomyam di Hot & Spicy Giant Kota Damansara.

Kedai ala kopitiam ni tak banyak menunya, tapi tomyam pedasnya memang menyengat. Diminum dengan 3 layer tea pula, fuhhh...

Senang je lokasi kedainya, berdepan dgn kedai pakaian sukan, berdekatan dgn Wendy's. Pekerjanya pun ramah-tamah.

Tapi kenapa ya... dah tak menyegat sekarang ni ? Dulu kalau makan petang, malam mesti ke tandas. Kalini ok je. Atau perutku sudah kalis pedas ? Jom cuba !

Wednesday, 15 February 2012

Sedang membaca

Banyak input perlu dicari. Lagi sebulan ke sana. Pening pun ada. Maklumlah banyak yg perlu difikirkan sekarang. Kerja, family, personal tu basic. Malas nak bercerita segalanya di blog. Orang lain pun punya masalah juga. Harap dipermudahkan segalanya. Amin.

Sebelum trip ini, ada lagi 1 trip ke pulau. Weeee. Dapat free incentive. Weeee. Alhamdulillah berkat achieve sales target. Pasti di update dgn gambarajah. Weeee.

Friday, 27 January 2012

Waffle @ Waffle World, One Utama

Second time ke sini, semalam teringin waffle. Kebetulan dah ada kat OU, maka singgah makan sini.

Dah nama kedai pun Waffle World, maka pilihan waffle tentulah banyak. Sebenarnya pilihan saya banana caramel tapi pisang takde stok katanya. Maka saya ambil blueberry waffle siap dgn aiskrim. Yummeahh !!

Waffle disini tak seperti waffle a-and-double u, waffle disini tak muak. Kalau kat a-and-double u saya rasa sedikit muak kalau nak habiskan portion tu.

Apapun, tak setanding waffle diBelgium. Wahaha. Maaf, masih teringat walaupun setahun sudah berlalu. Nak ke sana lagi, tapi AA dah stop flight ke London & Paris. Nak naik flight lain, mau berjanggut la kumpul duit.

Takpe lah, kalau rindu waffle Belgium saya akan ke Waffle World lagi !

Wednesday, 18 January 2012

Kopi & Lasagna @ The Baker Moments, Sunway Giza

Hurm.. Lama betul tak update blog. Cerita pasal Yogja pun dah basi. Busy sikit kebelakangan ni nak mengadap laptop, upload gambar.. Macam tak sempat je.

Jom kita ngopi dulu yuk di The Baker Moments Sunway Giza. Pilihan sandwich mereka not bad at all. Boleh juga cuba sup asparagus sebagai appetizer. Nyamannn. Lasagna mereka tidak hot mana, tapi oklah untuk makan plus lepak disini.

Yang penting, lokasi berdekatan saja dengan rumahku. Yeay !

Monday, 26 December 2011

Trip to Yogya - Day 2

Hari ke-2 di Yogya memang dinanti-nantikan oleh saya kerana yang pasti saya mau ke Candi Borobudur. Tiada makna kalau pertama kali sampai ke Yogya tanpa ke Borobudur yang tersenarai sebagai World Heritage Site oleh Unesco.

Sarapan disediakan oleh pihak hotel, yang mana menunya ada beberapa saja dan dipilih mengikut citarasa sendiri. Okla untuk mengalas perut dan memulakan perjalanan. Jam 8 pagi, kami dijemput oleh Pak Tri dan terus ke Borobudur saja.

Sampai di kawasan parking, terus kami diserbu oleh sekumpulan penjaja. Topi lah, kipas lah, key chain lah, payung lah, dan macam-macam lagi sampai tak terlayan dibuatnya. Tiba-tiba rasa seperti artis diburu peminat. Gituu.

Terus kami membeli tiket masuk, Rp138k untuk International Visitor. Dapatlah air mineral, minum kopi panas dulu kat dalam bilik berhawa dingin tu. Kemudian dipakai kain batik sebagai mandatory sebelum masuk ke kawasan candi. Untuk apa, tak pasti. Dapat la rasa macam pakai samping dihari raya gitu.

Jangan lupa untuk upah tour guide sekali, bayaran sebanyak Rp78k untuk group kecil tidak lebih dari 10 orang tak silap. Tanpa tour guide, kita sekadar melihat batu saja tanpa mengetahui sejarah sebenar. Walaupun abang ipar saya cikgu sejarah, tapi dia lagi seronok bila dapat mengetahui sejarah candi dengan lebih dekat.


Puas hati saya dapat ke Candi Borobudur. Bergambar sakan. Berpanas terik. Menaiki tangga yang tinggi untuk sampai ke nirwana. Berpeluh sampai basah baju. Tak mengapa. Seronoknya tak terkata.

Keluar dari candi, diserbu lagi peminat-peminat. Kalau betul-betul nak beli, tawar sebaik mungkin dan beli bila nak naik kereta. Baru lah tak diserbu oleh penjaja yang lain lagi.

Seterusnya, kami singgah ke Candi Mendut yang terletak berdekatan dengan Borobudur saja. Tak masuk pun, sekadar bergambar dari luar. Disini ada juga jualan, dan harga souvenir didapati lagi murah berbanding di candi Borobudur.



Destinasi seterusnya ialah Gunung Merapi. Tapi sebelum tu, berhenti sebentar untuk membeli buah salak yang sangat manis rasanya pada harga Rp5k sekilo. Murah tu. Dan juga berhenti makan tengahari di Boyong Resto, restoran atas air. Kami pilih pakej 5 untuk makan seramai 5 orang (tapi 4 orang je yang makan) pada harga Rp200k. Berbaloi sangat, ikan gurame gorengnya sangat terbaek !


Dah siap solat, kami terus ke Merapi. Bayaran masuk Rp3k saja dan parking tak ingat berapa. Sepanjang perjalanan naik, kami dapat menyaksikan rumah yang ranap dimusnah oleh bencana gunung berapi pada tahun lepas. Macam-macam perasaan timbul ketika melihat rumah yang ranap tu, menurut Pak Tri penduduk disitu enggan berpindah dan kita dapat lihat mereka membina balik rumah-rumah mereka ditanah yang sama. Nasib tidak menyebelahi kami kerana pemandangan Gunung Merapi ditutup oleh awan yang tebal. Seketika nampak, selebihnya tertutup oleh awan. Tak apa lah, yang penting dah sampai.



Seterusnya kami ke Umah Dome ataupun dikenali dengan nama rumah Teletubbies. Digelar Teletubbies kerana rumahnya berbentuk seperti igloo yang juga macam rumah siri animasi Teletubbies. Rumah ini dibina oleh Unesco bagi mangsa-mangsa gunung berapi, gratis kata salah seorang penduduk disana. Ada 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur, dan loteng untuk ruang istirehat. Tapi tandasnya berada diluar, dikongsi dengan beberapa buah rumah lain. Merasa juga masuk, kebetulan pemiliknya pernah bekerja dinegara kita.



Aktiviti terakhir untuk hari kedua, dah tentunya menonton teater Ramayana di Prambanan. Sambil2 tu  bergambar di kawasan sekitar, memandangkan waktu menonton lambat lagi. Harga tiket teater Rp75k seorang, kebiasaannya ditayangkan secara outdoor atau open air dengan berlatar belakangkan kuil Prambanan. Tapi memandangkan musim hujan, maka tayangan dipindah ke indoor yang lebih tertutup. Syok juga menonton teater Ramayana ni, tambah pula saya memang suka tengok teater kan.




Hari kedua, sangat memuaskan hati kami semua. Balik hotel, memang tak fikir apa dah. Tidur saja mengumpul tenaga baru untuk aktiviti hari ketiga iaitu jalan-jalan di Solo.

Friday, 16 December 2011

Mencari yang terbaik

Rehat kejap dari Trip to Yogya, jom baca majalah ini dan cari panduan bersama.

Saturday, 10 December 2011

Ombak Rindu

Saya dah tengok ! Komen saya, dah tentu olahan dalam buku lebih detail tetapi filem ini berjaya juga membuatkan saya mengalirkan air mata tapi takde la sampai basah tisu. Dah lama rasanya tak menonton filem cinta melayu sebegini, asyik dengan filem hantu, komedi tak pun filem gangster saja, dah tentu rasa terbuai dengan watak-watak dalam filem ini.

Rasanya tak perlu review lebih-lebih, ramai sangat yang dah review pasal filem ni kat blog lah, fesbuk lah, twitter lah, dan lain-lain medium perantaraan lagi. Yang penting.....

Jom tonton !