Tuesday 28 June 2011

Jalan-jalan ke Kalumpang

Tarikh perjalanan : 18 Jun 2011


Dah lama plan nak ke Kalumpang, yang terletak di Tanjung Malim sahaja. Tak jauh pun dari rumah saya jika exit dari Kota Damansara. Dalam 40 minit boleh sampai, tetapi haritu saya konvoi 4 kereta ke sana. Pergi kawasan perkelahan sebegini lagi syiok beramai-ramai.

Dari rumah, kami berhenti sebentar di R&R Sungai Buloh untuk menikmati sarapan pagi. Saya cuma minum sahaja, kerana target saya untuk makan heavy di Yik Mun Kopitiam, Tanjung Malim.

Kopitiam ini telah lama saya dekati, sejak saya bekerja di Bangsar lagi. Bersebelahan sahaja dengan UPSI, dulu saya sering ulang-alik ke sini untuk menghantar tender. Yik Mun terkenal dengan paunya. Paunya sangat lembut, ada pelbagai inti yang boleh dipilih. Saya memilih inti daging dan ayam. Inti kacang merah pun sedap juga. Sekarang diorang dah jual pau segera untuk dibawa balik, saya pernah cuba beli sekali haritu, menarik jugak boleh buat breakfast kat rumah.

pau daging, yummy !

Banyak jugak menu yang boleh dicuba disini, tetapi haritu saya cuba beef kue teow, dan ternyata pilihan saya tidak salah. Sedappp. Lain kali boleh cuba lagi.


kueteow beef soup, lazat !

Dah siap makan, kami terus ke resort, tak susah pun ke sana bila ada map ditangan yang diprint dari internet je, signboard masuk pun banyak. Dah namanya pun kawasan air terjun, maka dah tentu resort berada dihujung jalan. Parking kereta tepi jalan je, mula-mula tu kami parking jauh tapi petang sikit orang pun ada yang dah check out maka ada lah ruang untuk parking berdekatan dengan pintu masuk resort.

Kami sewa 2 unit chalet Kelicap yang boleh memuatkan 6 orang bagi sebuah chalet. Satu chalet harganya RM160, termasuk breakfast untuk 5 orang. Tambahan breakfast berharga RM6.50 seorang. Chalet 2 tinggkat ni nampak kecik je dari luar, terletak di atas bukit maka kena lah jalan tonggek sikit. Tingkat bawah tu ada 2 katil single, kat atas dia letak 3 biji tilam single. Ok la, datang bukan untuk tidur pun sekadar nak mandi sungai dan merehatkan minda.

kelicap cap cap, view dari bawah

Dah siap berehat, kami terus ke sungai lah. Wowwww.... airnya sangat sejuk, tambah pula bila dapat port yang cantekkk maka tersangatlah best bila berendam. Sampai tak ingat nak naik lah. Best sangat.

air terjun yang bersih dan nyamannnn

Malam tu, kami ambil BBQ dinner siap-siap dengan resort. Bayar dalam RM28 seorang, okla makanan yang dia sediakan. Dia bagi pilihan samada nak makan dichalet atau makan dicafe. Kami pilih makan dicafe sebab senang dah tersedia meja makan semua. Lagipun kat chalet tu banyak semut lah, kawasan hutan memang lah macam tu.

nasi goreng, ayam bakar, ikan bakar, sosej, jagung bakar

Macam biasa, bila kami berkumpul memang lah tak tidur malam. Pukul 3 baru masing-masing punch in untuk tidur. Purrr... Sejuk jugak, maklumlah tidur sebelah air terjun je.

Esoknya, lepas breakfast masing-masing tak sabar nak berendam lagi. Wooowww lagi sekali sebab airnya sejuuuukkkk amat. Kami check out jam 12, dan terus ke Yik Mun lagi sekali sebab nak makan pau lagi. Semua puas hati dengan tempat ni, ada masa kami plan nak datang lagi.

No comments: