Thursday 7 June 2012

Jalan-jalan ke Golden Palm Tree Resort

Pertama kali saya sampai ke Bagan Lalang, Golden Palm Tree Resort masih dalam pembinaan. Dalam hati, macam best je tempat ni. Setiap kali pulang menaiki pesawat kegemaran, AA, ada kalanya akan ternampak keindahan resort ini dari atas awan. Memang kelihatan seperti pokok palma dari atas sana.

gambar dari internet, kalau saya berjaya ambil gambar sebegini maka saya seorang yang teramat terer

Wow sangat best ! Teringin nak cuba menginap disini untuk merasai keindahan hidup ala-ala OKB. Walaupunnnnn..... Beberapa kali masuk website GPT untuk check rate, fuhhhh...... boleh tahan.... Apalagi, jom klik website Agoda pula untuk tempahan yang lebih jimat.

Saya telah memilih Travellers Palm Villa - yang termurah di internet sekali dengan breakfast. Check-in di GPT adalah pada pukul 3pm, agak lambat dengan kadar harga sebegitu. Email request untuk check-in awal telah dihantar, tapi katanya subject to availability. Argh. Macam-macam mereka ni.

Sampai di sana, kereta perlu parking di tempat yang telah disediakan. Siap kunci semua, boleh naik van yang disediakan untuk ke lobby. Nak check-in beratur punya lah lama. Dah check-in, kena tunggu pula sebab bilik tak tersedia lagi. Lebih kurang setengah jam baru siap. Macam nak hangin jugak lah.

Bila dah dapat kunci, terus naik buggy untuk ke villa. Tiba terfikir, kenapa la jauh sangat villa ni. Lain macam je rasanya. Sampai di villa, terkejut juga bila di dapati villa yang diberikan adalah Canary Palm Villa. Wei, villa ni harga seribu satu malam. Biar betul. Fuhhh.

Terus call reception untuk kepastian dan disahkan kami menerima free upgrade memandangkan Travellers Villa tiada kekosongan. WAHHHHHH !!! Ngangaaa....

Apalagi.......... kita ENJOY je lahhhh........ WEEEEEEEEE..... Terbaek lah GPT kerana pertama kali saya ke sini terus dapat free room upgrade. Jom enjoy gambar.

2 double bed

yeay ada bathtub


living room, nama akan terpapar di tv bila on

balcony tempat melepak

next door




Untuk makan, ada pilihan makan kat restoren berhampiran hotel, makan seafood camtu. Tapi untuk hari tersebut, kami memilih untuk dinner BBQ dari GPT ditepi pantai. Fefeling dinner di Jimbaran, Bali.

Makanan biasa-biasa je, dessert kena berebut ambil cepat-cepat sebab kalau rasa nak ambil dessert lambat-lambat lepas siap main course, maka makan kek sponge saja lah ye. Hurm, harap dessert ni refill lah ya pihak hotel. Kata 5 bintang. Service juga kurang memuaskan bila pinggan kami diangkat dengan cepat dan meja nak diberikan kepada orang lain, padahal baru pinggan pertama kami habis makan. Wei, kata buffet dah tentu lah 4-5 kali pinggan bertukar. Minta pisau baru, katanya tak ada. Abestu camna la nak makan steak kan. Dengan sudu ? Haihh. Pelik-pelik....

view GPT dari tempat BBQ dinner

view pagi




Overall, GPT memang best lah untuk relax secara mewah walaupun sengkek la jugoks. Tak apa lah, janji boleh rasa kan ? Jom ke GPT.

No comments: