Tuesday 28 June 2011

Jalan-jalan ke Kalumpang

Tarikh perjalanan : 18 Jun 2011


Dah lama plan nak ke Kalumpang, yang terletak di Tanjung Malim sahaja. Tak jauh pun dari rumah saya jika exit dari Kota Damansara. Dalam 40 minit boleh sampai, tetapi haritu saya konvoi 4 kereta ke sana. Pergi kawasan perkelahan sebegini lagi syiok beramai-ramai.

Dari rumah, kami berhenti sebentar di R&R Sungai Buloh untuk menikmati sarapan pagi. Saya cuma minum sahaja, kerana target saya untuk makan heavy di Yik Mun Kopitiam, Tanjung Malim.

Kopitiam ini telah lama saya dekati, sejak saya bekerja di Bangsar lagi. Bersebelahan sahaja dengan UPSI, dulu saya sering ulang-alik ke sini untuk menghantar tender. Yik Mun terkenal dengan paunya. Paunya sangat lembut, ada pelbagai inti yang boleh dipilih. Saya memilih inti daging dan ayam. Inti kacang merah pun sedap juga. Sekarang diorang dah jual pau segera untuk dibawa balik, saya pernah cuba beli sekali haritu, menarik jugak boleh buat breakfast kat rumah.

pau daging, yummy !

Banyak jugak menu yang boleh dicuba disini, tetapi haritu saya cuba beef kue teow, dan ternyata pilihan saya tidak salah. Sedappp. Lain kali boleh cuba lagi.


kueteow beef soup, lazat !

Dah siap makan, kami terus ke resort, tak susah pun ke sana bila ada map ditangan yang diprint dari internet je, signboard masuk pun banyak. Dah namanya pun kawasan air terjun, maka dah tentu resort berada dihujung jalan. Parking kereta tepi jalan je, mula-mula tu kami parking jauh tapi petang sikit orang pun ada yang dah check out maka ada lah ruang untuk parking berdekatan dengan pintu masuk resort.

Kami sewa 2 unit chalet Kelicap yang boleh memuatkan 6 orang bagi sebuah chalet. Satu chalet harganya RM160, termasuk breakfast untuk 5 orang. Tambahan breakfast berharga RM6.50 seorang. Chalet 2 tinggkat ni nampak kecik je dari luar, terletak di atas bukit maka kena lah jalan tonggek sikit. Tingkat bawah tu ada 2 katil single, kat atas dia letak 3 biji tilam single. Ok la, datang bukan untuk tidur pun sekadar nak mandi sungai dan merehatkan minda.

kelicap cap cap, view dari bawah

Dah siap berehat, kami terus ke sungai lah. Wowwww.... airnya sangat sejuk, tambah pula bila dapat port yang cantekkk maka tersangatlah best bila berendam. Sampai tak ingat nak naik lah. Best sangat.

air terjun yang bersih dan nyamannnn

Malam tu, kami ambil BBQ dinner siap-siap dengan resort. Bayar dalam RM28 seorang, okla makanan yang dia sediakan. Dia bagi pilihan samada nak makan dichalet atau makan dicafe. Kami pilih makan dicafe sebab senang dah tersedia meja makan semua. Lagipun kat chalet tu banyak semut lah, kawasan hutan memang lah macam tu.

nasi goreng, ayam bakar, ikan bakar, sosej, jagung bakar

Macam biasa, bila kami berkumpul memang lah tak tidur malam. Pukul 3 baru masing-masing punch in untuk tidur. Purrr... Sejuk jugak, maklumlah tidur sebelah air terjun je.

Esoknya, lepas breakfast masing-masing tak sabar nak berendam lagi. Wooowww lagi sekali sebab airnya sejuuuukkkk amat. Kami check out jam 12, dan terus ke Yik Mun lagi sekali sebab nak makan pau lagi. Semua puas hati dengan tempat ni, ada masa kami plan nak datang lagi.

Monday 6 June 2011

Cuti-cuti Bali

Tarikh perjalanan : 26 - 30 Mei 2011

Tiket AA ke Bali telah lama saya beli, sebelum plan untuk ke Europe lagi. Kalau bukan kerana promosi, mana mungkin tiket pergi balik ke Bali boleh bernilai RM200 seorang. Trip ke Bali saya pergi berdua sahaja.

Atas rekomendasi dari beberapa orang kawan yang pernah mengambil tour dari agen yang sama di Bali, saya terus membuat confirmation untuk mengambil tour yang ditawarkan oleh Pak Isme. Boleh search dia kat FB. Saya cuma perlu mencari hotel penginapan sahaja, dan saya memutuskan untuk menginap di Flora Hotel Kuta Bali menerusi website Agoda. Semua tu saya uruskan sebulan setengah sebelum tarikh perjalanan.


Penerbangan ke Bali memakan masa 3 jam sahaja, dan kami tiba di airport pada jam 9 malam. Ketibaan disambut oleh Pak Guntur, dan kami memutuskan untuk dihantar terus ke hotel. Sesudah check in, kami terus ke warong menjual bakso menikmati semangkuk bakso dan sebotol air teh botol. Hotel kami dekat saja dengan kedai-kedai souvenir, ingatkan lepas makan nak jalan-jalan tetapi semuanya dah tutup. Nak menghala ke Kuta tak pandai lagi. Maklumlah hari pertama. Balik bilik terus tidur saja lah.

Pakej tour kami meliputi lawatan ke tempat-tempat berikut

1. Barong Dance - bayaran masuk Rp80,000. Walaupun tak faham sangat, tetapi layan aja lah.


2. Pusat pembuatan dan penjualan batik - tengok2 saja
3. Pusat pembuatan barangan perak - tengok2 saja
4. Galeri lukisan - tour guide kami, Pak Guntur bagi tips kalau nak beli lukisan disini boleh tawar sehingga 50-70% bergantung kepada rezeki pembeli lah. Mulanya saya ingat tak nak beli lukisan pun, tetapi bila difikir balik macam rugi la pulak kalau tak beli sekeping. Singgah kali kedua, selepas berjaya tawar menawar saya terus beli satu lukisan dan berkesempatan bertemu dengan pelukis dan pemilik galeri, Pak Mardiana.


5. Tegallalang / rice terrace - berhenti untuk ambil gambar sahaja. Peniaga kat situ tak jemu2 suruh kita beli kat kedai diorang, tapi saya tak layan aja=
6. Kintamani - lunch sambil menikmati pemandangan gunung berapi yang masih aktif. Lunch kat sini agak mahal bagi saya, bayar view la tu...


7. Lawatan ke ladang kopi - boleh cuba 5 jenis kopi berlainan rasa, sedap memang sedap. Ada juga kopi luwak - kopi yang dihasilkan dari najis musang yang makan buah saja. Nanti boleh la tengok, najisnya tu penuh dengan biji kopi sebab ia makan kopi je. Najis tu pulak dibersihkan dan diproses sampai la dijadikan serbuk kopi. Mahal tau kopi luwak ni. Tak pulak saya membelinya. Kopi biasa tu beli la sebagai kenangan. Mahal jugak.

8. Nusadua beach - pantainya sangat cantik tapi sayang tak pergi ke water blower. Rugi sangat, ada member yang pergi ke Bali lepas kami ke sana berpeluang ke water blower ni. Cantik viewnya. Argh rugiii. Kena pergi  lagi agaknya.


9. Ke turtle island - bayaran ke sana dalam USD30 seorang, sampai sana kena bayar entrance lagi Rp5,000 (katanya donation tapi ada harga) Bayar je la, mengenang kepada penyu2 saja. Boleh la tengok beberapa ekor binatang yang dipelihara juga, bergambar kenangan ke. Dan yang penting boleh la minum air kelapa muda. Panas2 camtu layan aja la.
10. Kencana Wisnu Cultural Park - dapat melihat patung terbesar dan tertinggi di Bali. Cantik kawasan persekitarannya, ada patung garuda juga. Tapi panasnya cuaca kat sini...


11. Menyaksikan Kecak Dance dan Sunset di Uluwatu - nak masuk sini pun bayar Rp80k gitu la lebih kurang. Menuju ke tempat tarian kecak tu, banyak monyet2 liar berkeliaran. Saya diingatkan supaya membuka cermin mata memandangkan monyet2 itu akan mengambilnya. Ok, berjalan macam orang buta la saya sampai la ke pintu masuk kawasan persembahan tu baru lah tak ada monyet yang mengganggu.


12. Menikmati seafood dinner di Jimbaran - makan seafood ni jangan tamak, masa pilih bahan mentah jangan ambik banyak. Saya ambil seekor ikan untuk 2 orang makan, dan 2 ekor sotong untuk digoreng. Sotong goreng tu memang sedap. Haih, terliur.

13. Bedugul - lawatan ke temple. Bali ni penuh dengan temple je la, boleh la kita tengok kawasan keagamaan mereka. Cantik juga view disini, ditepi tasik saja.


14. Taman Ayun - juga temple
13. Tanah Lot - temple juga - tempat yang saya nak sangat pergi, akhirnya sampai jua. Nak masuk kena lalu kedai2 souvenir dulu, pastu jalan ke hujung baru lah jumpa. Kalau pergi dengan orang tua mau merungut mereka. Mana taknya, kena menapak jauh jugak. Panas pulak tu. Nasib baik saya dah fit. Wah, gitu. View sini sangat cantik, ambikla gambar sepuas2nya.


15. Lunch nasi padang - haih memang sedap dan murah sangat.

Keseluruhan trip kali ini sangat seronok, kerana Bali memang kaya dengan kebudayaannya dan keindahan senibina temple lamanya. Jangan lupa untuk membeli lukisan di Bali dan juga jaket kulit yang diperbuat dari kulit biri-biri yang lembut. Barangan lain, biasa-biasa saja dan saya tidak banyak shopping souvenir di sana pun. Baik saya habiskan duit dengan body massage dan urutan kaki. Memang nyamannnnn sekali.

Satu pengalaman yang cukup indah bagi saya di Bali.