Harini agak santai aktiviti kami. Pagi-pagi terus dibawa oleh guide ke Namdaemun Market untuk heavy breakfast disana. Kami try nasi, ikan bakar dan lauk ikan yang macam asam pedas gitu. Kelas kan Korea ada asam pedas. Lain sikitlah, tapi rasanya not bad. Boleh try. More info pasal makanan tu boleh ke Blog Zarina.
afu bersama asam pedas korea |
bandar Yeouido yang tenang |
MBC |
caramel machiato |
Dongdaemun |
bukak sampai jam 4 pagi |
19 March 2012
Harini guide kami cuti, dan saya meminta anak saudara saya untuk datang ke Myeongdong bagi menemani kami ke Lotte World harini. Sebelum tu kita ke Namdaemun lagi, memandangkan Kak Rozi nak cari accessories disana. Sejuknya laaa hai. Sempat la breakfast kebab di Namdaemun. Sedap jugak. Bagi hangat badan.
Kami terus ke Dongdaemun Market, ronda-ronda survey kain sutera. Bagi saya takde lah menarik sangat pun designnya. Mungkin saya kurang minat. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Di Dongdaemun, jangan lupa untuk lunch ikan bakar di salah satu lorong disitu. Uihhh. Sepanjang jalan tu meriah betul kedai ikan bakarnya. Anak saudara saya kata, kedai yang dia bawa tu paling sedap dan ramai orang M'sia suka makan disitu. Memang sedap punnn...
terbaek ! |
Dah siap makan kami terus ke Lotte World. Bawa anak remaja ni kena la ikut kehendaknya. Kalau ikutkan saya, tak pergi pun tak apa. Saya berpisah dengan anak saudara saya di Lotte World memandangkan dia ada kelas belah petang.
Ada 2 taman tema di Korea ni, Lotte World dan Everland. Kami memilih Lotte World sebab lokasinya lebih dekat dan senang nak pergi. Ada indoor dan outdoor park. Berada di outdoor park rasa macam daging dihiris-hiris sebab angin amat sejuk disitu. Masuk indoor baru la tahan sikit. Games yang ada boleh la, macam Genting jugak lah. Orang kata Everland lagi best, oklah next time kita ke Everland ya... Bila tak tau.
indoor |
Kami tunggu parade baru lah keluar dari Lotte World. Makan burger sotong di Lotteria dengan ubikayu goreng sebagai dinner untuk hari tu. Malam terus balik tido je lah. Kepenatan sangat.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment