Thursday 31 May 2012

Broga Hill

Ahad lepas, saya berkesempatan mendaki Bukit Broga bersama kawan-kawan yang lain. Dah lama tengok kawan-kawan FB post gambar mereka di puncak BB namun hati sering berkata, ehhh... boleh ke naik ni ? Maklumlah, stamina bukannya tinggi tambah pula mendaki bukit sebegini memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Ini belum naik Gunung Kinabalu lagi dah macam-macam perasaan negatif yang timbul... Haha..

Bertekad kepada semangat, jikakau fikirkan kau boleh, maka saya memaksa diri untuk turut serta kawan-kawan yang lain. Selepas subuh, siap minum milo dulu tambah tenaga, kami bergerak dari rumah Fateha di Pantai Dalam. Matahari pun dah muncul, kami pun tak ada lah memasang hajat nak tengok sunrise di BB walaupun ramai yang memanjat BB adalah untuk melihat keindahan sunrise. Tak apalah, kita buat slow-slow okay.

Dari Pantai Dalam kami ambil highway ke Cheras-Kajang, terus exit Kajang dan masuk Semenyih. Siap berhenti di Petronas dulu untuk ke tandas, orang kata kat BB mana ada tandas. Kalau ada pun, gerenti tak mau.

Sampai simpang University of Nottingham, kita belok kiri dan terus je sampai nampak kereta dah tersusun tepi jalan. Masuklah parking kat ladang kelapa sawit tu, RM2 je sekali masuk. Kat bawah tu, dah ada orang menjual makanan dan minuman. Tapi kami semua dah siap bawak bekal, memang plan nak breakfast kat atas pun.

alaa 1.7km je pun.. wahaha

tempat parking full

Pendakian dimulakan. Wuhuuuu. 15 minit dah semput, camna tu. Mental rasa nak quit, tapi tak perlu risau. Kita rehat dulu bagi jantung gerak perlahan balik. Sambung lagi, baru nampak puncak sikit. Kat situ agak mencabar,  memandangkan saya ni bukannya kaki panjat bukit, maka kena lah pegang tanah tu takut pula nanti tergelincir ke.


kalau hujan boleh gelongsor je nih dari atas haha

macamana nak turun nih huhuuu

Akhirnya saya berjaya sampai di puncaknya. Puncak kedua sebenarnya, sebab ada lagi satu puncak terakhir tetapi dah terlampau kepenatan maka kami stop dipuncak kedua sahaja. Jadi lah tu, first trial. Weeeeeehoooooo. Scenery yang sangat indah dengan udara yang segar. Walaupun hari dah sedikit panas, tetapi tak terasa sangat.




Sarapan dinikmati dengan penuh enak, maklumlah semua kelaparan. Dekat sejam juga kami di atas. Dah siap semua, masa untuk turun. Harus berhati-hati ya, kalau tak confident jalan pimpin tangan dengan kawan yang berada di depan. Baru lah tak tergelincir.

On the way turun tu, saya berselisih dengan 2-3 orang makcik okay. Agak memalukan kalau saya tak mampu naik sampai ke atas. Kuat betul lutut mereka, dan tenaga mereka tu. Fuhh.

Overall, BB adalah satu pengalaman yang memang best. Jangan pergi waktu hujan, pasti trek sangat licin. Dan jangan lupa untuk pakai kasut yang bersesuaian bila mendaki.


Wednesday 16 May 2012

Taman Negara

Rezeki bila terima email invitation dari supplier untuk kursus di Taman Negara pada 26 - 28 April yang lalu. Terus confirmkan nama, dan saya memang tak sabar untuk menikmati keindahan alam di samping melakukan aktiviti di Taman Negara. Percuma weiii, sapa tak nak.

Kami berkumpul di pejabat supplier yang terletak di Kota Damansara, dekat je dengan rumah saya, sebelum semuanya menaiki bas yang disediakan. Bas berhenti di Genting Sempah untuk breakfast, dan meneruskan perjalanan melalui LPT exit Temerloh-Jerantut, sebelum sampai di Kuala Tahan pada jam 1.30 tengahari.

Tempat parking bas atau kereta memang berdekatan saja dengan sungai, dan kami terus ke jeti untuk menaiki sampan menyeberangi sungai ke Mutiara Taman Negara. Jarak jeti kuala ke resort tak sampai 5 minit pun. 

weee... dah sampai

jeti kg seberang, tempat kami naik sampan

Sampai je resort, disambut dengan welcome drinks dan nyanyian apa ntah. Tak concentrate sangat, sebab masing-masing dah menghala ke cafe untuk lunch. Siap lunch, kami terus ke dewan untuk product training. Elok sangat la tu, perut kenyang, aircond... apalagi... rasa nak zzzZZZ aje...

training room a.k.a bilik tidur siang

Siap training, semua cepat-cepat masuk bilik sebab nak rehat dan bersihkan badan. Chalet kat Mutiara ni not bad, semua diperbuat dari kayu, nice exterior and interior design. Nasib baik saya ditempatkan di chalet yang bersambung dengan chalet sebelah, yang mana ada pintu bersambung di antara keduanya. Maka tidur malam tak ada lah takut sangat. Uiii. Tidur dalam hutan, siapa tak seremmmm. Tambah pula dengar story mory pengalaman kawan-kawan yang pernah menginap disini. Tegak bulu roma.

chalet

jom check-in

Lepas dinner, semua bersiap sedia untuk Jungle Night Walk. Kami membentuk beberapa kumpulan kecil supaya senang abang guide membawa kami masuk hutan. Nasib baik betul dapat guide yang agak berpengalaman dan pandai bercerita. Khabarnya Mutiara TN ni telah dicerobohi oleh seekor gajah beberapa minggu yang lalu yang mengakibatkan pokok-pokok disekitarnya musnah. Dapatlah kami melihat peninggalan najis gajah tersebut, depan salah sebuah chalet saja. Bayangkan ketika itu penghuninya keluar dari chalet dan nampak gajah tu sedang memerut, apa lah agaknya tindakan penghuni chalet tu ya.

taik gajah bersepah depan salah sebuah chalet

Jungle Night Walk sangat menyeronokkan, bila berjalan dalam hutan dengan torch light ditangan masing-masing dengan keadaan berhati-hati semuanya. Dapat melihat rusa sedang makan di menara tinjau yang disediakan, dan yang paling BEST ialah bila malam itu hujan turun selebat-lebatnya ketika kami ingin berpatah balik keluar dari hutan. Weeehoooo... Dapat mandi air hujan malam tu, kasut pun penuh dengan air. Balik bilik, terus mandi. Ada juga yang lepas mandi sibuk mengeringkan kasut, maklumlah nak pakai lagi untuk Jungle Trekking dan Canopy Walk pula. 

Pagi esoknya, selepas breakfast kami masuk balik group semalam. Dengan abang guide yang sama, kali ini kami bersedia untuk Jungle Trekking dan Canopy Walk. Sangat best pengalaman jungle trekking, selama sejam setengah kami berjalan untuk sampai ke tempat Canopy Walk.

bunga hutan


Diceritakan, ada yang gayat dengan canopy walk ni. Tapi saya sangat excited untuk berjalan di atasnya. Nasib baik saya tak gayat pada ketinggian. Relax je jalan sambil menikmati view bawah. Ceceyy, berlagak pulak. Eh, rugi lah kalau ke Taman Negara tetapi tak cuba canopy walk nya. Aishh, rugi lah. Baik duduk rumah je.
weeee... canopy walk @ Taman Negara
Hala balik, kami menaiki sampan laju ke resort memandangkan perlu bersiap-siap untuk masuk kelas pada belah petang. Cepat je sampai, pengalaman menaiki sampan laju tu sangat menyeronokkan. Dah siap bersihkan diri, makan, sekali lagi masuk training room. Alahai, rabaknya mata ku.....

Habis training, balik bilik, dinner dan terus keluar untuk karaoke session bersama supplier dan reseller yang lain. Kang tak pergi kata tak sosial puloks. Okla tu, dapat pengalaman duduk kat bahagian belakang 4WD, kalau siang mau ku berdiri buat stunt. Tipuuu.

Esoknya, sesudah breakfast kami bersiap untuk Boat Trip to Lata Berkoh. Wahhh... yang ni pun best tau, sebab naik boat laju untuk sampai ke Lata Berkoh dan boleh mandi-manda. Malangnya dapat boat slow pulak, maka boat kami dipintas oleh boat yang lain. 

air yang deras, dengan suasana yang sangat nyaman

Sampai-sampai ingatkan terus sampai ke Lata Berkoh, rupanya kena trekking 1.2km gitu. Okla, jalan pun mencabar kemahiran sikit-sikit, maka seronoklah jugak. Sampai di Lata Berkoh... mak aih, derasnya air... water rafting kat sini mesti menarik.


ada berani mau mandi sini ?

Siap posing bagai, kami terus terjun ke sungai - bahagian yang selamat untuk mandi atau berendam. Sejuk airnya, memang sangat best ! Kejap je kami disitu sebab kena kejar waktu untuk check-out pula. 

group photo

Kali ni kami hijack boat orang lain, maka dapat naik boat yang lajuuuuuuuuu. Yeay. Siap mandi, lagi sekali lunch - haiyo duk sini asyik makannnn je, maklumlah free. Dah siap makan, terus seberang sungai dan masa untuk pulang ke KL. Arrghh, rasa kejap sangat berada di Taman Negara yang sangat best ini !

Air Asia Free Seats 2012 !

Hei hei hei, Free Seats from Air Asia lagi ! Jom plan cuti-cuti tahun depan, dapat jalan kat dalam negara pun menarik juga. Naik AA alang-alang dah tengah sales ni kan. Tapi kannnnn.... ke mana nak pergi ni ? Tahun depan macam ada plan lain, tapi tak confirm lagi. Eh, nanti lah dulu. Siapa-siapa nak beli, sila lah ke website AA dengan segera, sementara sales sedang berlangsung !



Oooohhh. I'm looking forward for my next trip bersama rakan-rakan ketat. Dah setahun planning, harap semuanya berjalan dengan lancar. Kali ni tugasan organizer trip diserahkan kepada rakan yang tinggal di KD jugak. Weeeee...... Lagi 24 hari saja lagi.


Monday 7 May 2012

Jalan-jalan ke Seoul, Korea - Day 5, 6 & Balik Time

20 March 2012

Harini kitorang santai-santai je, sebab harini nak check-out dari Namsan 3. Dalam pukul 10 lebih kurang, kami check-out. Simpan luggage kat store bawah dekat dengan pantry, insyaAllah selamat sebab siap kunci mangga. Dah siap check-out jom kita ke N Seoul Tower.

N Seoul Tower

Dekat je sebenarnya nak menapak naik ke kaki cable car tu. Jalan slow-slow, pasti boleh. On the way, kami jumpa Namsan 1. Nasib baik tak duduk sini, kalau tak jenuh jugak nak menapak naik setiap kali balik dari jalan-jalan. Namsan 3 paling convenient lah. Highly recommended untuk budgeted traveler yang tak kisah dengan size biliknya.

Sampai kat cable car, kami terus beli tiket return KRW7,500/pax. Tak ramai orang, mungkin sebab pagi. Cable car tu macam biasa lah, macam yang kat Awana Genting tu. Sampai atas, ada persembahan tradisional apa ntah, mungkin berkisar tentang rumah api yang berada disitu.

Kat sini punya lah banyak tergantung kad-kad cinta siap di mangga gitu. So siapa-siapa yang bercinta, nak ikatan kukuh ke apa ke bendanya ntah, boleh la beli kad kunci dan mangga di kedai souvenir. Bagi saya, menghabiskan duit je. Baik beli coffee. Lagi enak. Bergambar je lah kat situ.


Dah sampai kaki tower, rugi lah tak naik tower sekali. Kitorang ke observation deck saja dengan tiket berharga KRW7,000/pax. Boleh la tengok view kota Seoul dari tower tu. Sangat menarik ! Kat situ juga kita boleh hantar poskad kepada yang tercinta dimana-mana jua lokasi. Alaa ruginya, sebab saya dah hantar poskad Seoul kepada rakan-rakan sebelum ni. Kalau pos dari N tower kan macam pelik sikit.


kota Seoul dari tower

Siap posing-posing bagai, kitorang turun semula ke bawah dengan cable car dan terus ambil teksi ke Dongdaemun sebab kak Rozi nak cari kain kat sana. Sebelum tu, kita makan ikan bakar lagi sekali. Yahuuuu. Sedapnyaaaaaa.

Kemudian kami terus balik ke Namsan untuk ambil luggage, dah siap panggilkan teksi untuk terus ke Doo Guesthouse untuk check-in disana pula. Dah alang-alang sampai Korea, apakata kita rasa suasana menginap di Hanok style guesthouse pula. Sempat lah rasa 2 malam disitu. Sampai di Doo, kami disambut oleh Miss Lily yang peramah.

driver teksi susah jugak nak cari tempat ni, berselindung dalam lorong kecil

Wahh tak sia-sia ambil Special Room pada harga KRW180,000 untuk 1 malam. Bilik oklah untuk 4 orang. Bilik air memang siap attached, kalau tak jenuh nak kena share dengan penghuni lain.

tempat tidurku
Hari pun dah petang, badan pun sangat letih. Malam tu semua tidur awal. Huargghhh.

cantik dan selesa rumah ni


21 March 2012
Ikutkan harini ialah last day kami jalan-jalan di Seoul. Harini kami panggil Zarina lagi untuk membantu kami jalan dan makan di Itaewon. Seperti biasa, dia sampai tepat pada masanya.

Oleh kerana hari ni agak santai, kami terus ke Ewha Woman's University. Cantik universiti ni, dan uniknya ialah semua penuntutnya perempuan. Ramai betul kaum Hawa dijalanan, hingga nak cari kaum Adam pun boleh dikira dengan jari. Hehe.

Ewha Woman's University

Kami terus ke Itaewon untuk lunch, alhamdulillah dapat makan daging (Bulgogi) disini walaupun tak de lah sedap sangat rasanya. Biasa-biasa je.



Depan tu Masjid Seoul, singgah sebentar untuk solat dan pusing-pusing kawasan sekitar.



Banyak juga kedai di Itaewon ni, siapa-siapa yang suka shopping boleh la habiskan masa disini. Saya habiskan masa disini saja.........

Kami pulang ke Insadong balik, kat sini ada yang nak tambah-tambah souvenir untuk saudara-mara terdekat. Ada satu kedai peniaga sangat friendly, siap boleh cakap melayu sikit-sikit. Oklah tu, sebagai attraction tourist Melayu masuk ke kedainya.


Jangan lupa try roti goreng ni, kedainya ada ditengah-tengah simpang, makan panas-panas sangat sedapppppp. Murah je, seketul cuma KRW1,000.



Sempat juga dinner di kedai fast food berdekatan, dan kami berpisah dengan Zarina sebelum pulang ke guesthouse.

kalau takde Zarina, tak tau le nak makan apa...


22 March 2012
Seawal jam 4 pagi dah bagun untuk bertolak ke Incheon International Airport. Siap-siap booking teksi airport KRW75,000/cab baru senang kerja. Awal pagi pakcik teksi kejutkan kami, tepati masa betul diorang ni. Sampai airport, breakfast di Paris Baguette Cafe siap coffee dan bun gitu.

Jam 8.45am, flight bertolak balik ke KL.


Kesimpulan 
Seoul sebuah bandar yang best untuk dilawati, bandarayanya pesat membangun dan banyak shopping area. Menariknya tentang Seoul :
1. Subwaynya sangat smooth dan menepati masa, walaupun nampak agak complicated tetapi senang je sebenarnya dengan syarat kita tahu ke mana nak tuju dan gate mana nak keluar, pasti tak sesat lah. Pengangkutan lain seperti bas dan teksi pun senang, cuma kalau bas kena tahu kat mana nak stop, kalau teksi kena cari pemandu yang boleh communicate in English, senang nak bagi arah dan borak-borak ringkas dalam teksi.
2. Internet sangat laju dan senang wi-fi di mana-mana cafe, tak perlu password ke atau register upon signing in. Kebanyakan guesthouse pasti ada internet, senang lah nak check FB. Hehe...
3. Toilet sangat bersih walaupun berada dalam pasar di Dongdaemun. Seriously, saya ingatkan kotor tetapi memang terkejut sebab sangat bersih dan tidak berbau. Sangat berbeza dengan negara kita.

Syukur banyak tempat dapat cover dalam perjalanan ini. Cuma rasanya tak nak dah kot jalan musim sejuk, keterlaluan sejuknya. Berangin sampai menusuk ke tulang hitam. Lain benar dengan cuaca sejuk di Europe tahun lalu. Mungkin nak rasa summer di Jeju Island pula ? Jeng jeng jeng.