Sunday 25 March 2012

Annyeonghaseyo

Alhamdulillah selamat pergi dan kembali dari tanah Korea Selatan. Perjalanan saya bermula dari 15 - 22 March 2012, syukur kali ini saya kembali ke tanahair dengan sihat tubuh badan walaupun cuaca di Seoul agak sejuk dan berangin. Ya lah, dah pergi sewaktu pertukaran musim, merasa lah kesejukannya. Tahun lepas, saya ke Europe pun merasa kesejukan pertukaran musim dari winter ke spring. Tapi sejuk Korea menyengat tulang. Lain sejuknya.

Saya akan berkongsi cerita mengenai perjalanan saya ke Seoul. Tapi sebelum itu, terasa sedikit ralat bila saya dah misplace SD Card yang mengandungi gambar-gambar yang saya ambil pada percutian saya ke Phuket tempohari. Walaupun percutian percuma, tajaan pihak HP kerana saya berjaya achieve sales target mereka, sebolehnya nak juga saya share cerita saya di Phuket kan.

Tak apa lah. Mungkin akan jumpa sehari dua nanti. Atau mungkin selepas saya update cerita perjalanan saya ke Korea ? Tiba-tiba rindu pada Seoul, rindukan ikan bakarnya, rindukan kimchinya, rindukan kelancaran subwaynya... dan segalanya lah. Ada rezeki, mau kembali lagi ke sana...

4,596.51km away from KL