Sunday 1 May 2011

Paris



Dari Lauterbrunnen, perjalanan memakan masa 10 jam untuk sampai ke Paris. Kami berhenti dibeberapa service centre (R&R), kerana memenuhi prosedur bas perlu berhenti setiap 4 jam perjalanan. Setiap kali berhenti, pasti saya akan membeli secawan coffee yang berharga 1 Euro dan sebungkus Lays. Itu lah makanan kami sepanjang tour ini. Sangat sedap coffee itu. Weee....

Kami sampai ke campsite Paris pada petang itu, dan terus check in ke cabin masing-masing memandangkan semuanya kepenatan.

Keesokan harinya, kami dibawa ke Disneyland Paris. Tetapi saya memutuskan untuk tidak masuk ke Disneyland dan memilih untuk ronda-ronda kota Paris sahaja. Atas alasan, masa yang terhad untuk berada di Paris maka Disneyland terpaksa saya tolak ke tepi.


Dapatlah saya rasa pengalaman menaiki Metro (LRT) yang laju dari Disneyland terus ke bandar Paris, pengalaman berjalan dengan penduduk Paris yang sentiasa berlumba-lumba diterowong Metro dan menikmati kebab halal di kota Paris. Siapa sangka saya telahpun merasai pengalaman ini.

Kami menghabiskan masa di Galeries Lafayette, disitu pelbagai handbag dari jenama terkenal dijual pada harga yang murah berbanding di Malaysia. Memang gila tengok handbag dan saya cuma beli satu sling bag saja disini. Sesiapa yang meminati handbag Louis Vuitton, disinilah tempatnya.

Ramai yang bercerita tentang orang Paris yang tidak melayan kita yang berbahasa Inggeris, jadi mengapa perlu menggunakan bahasa Inggeris di Paris ? Cakap saja dengan bahasa Melayu kita, pasti kita akan dilayan sebaiknya. Betul. Tak percaya cuba la try test. Hikhik.

Esoknya, kami dibawa ke tempat penjualan minyak wangi Fragonard, daripada tidak mahu membeli minyak wangi terus terpengaruh untuk membelinya.

Kesuntukan masa dalam tour menyebabkan saya tidak dapat melawat muzium Lourve untuk melihat lukisan Mona Lisa ataupun menyentuh tiang Arc de Triomphe, sebaliknya melihat dari dalam bas sahaja.

tengok dari tingkap bas saja

Destinasi seterusnya ialah Eiffel Tower, tak lengkap ke Paris kalau tak singgah ke ET. Tetapi sangat ralat bila kami tidak berkesempatan untuk naik ET sebaliknya bergambar diperkarangannya sahaja. Namun, kami sempat naik cruise di kota Paris. Tak best pun.

Cuaca di kota Paris sangat berangin dan sejuk, membuatkan demam saya bertambah teruk namun ianya tidak menghalang untuk saya terus menikmati malam di kota Paris.

Paris merupakan destinasi terakhir bagi tour ini. Keesokan harinya kami bertolak balik ke UK dengan menaiki cruise merentasi Selat Inggeris dari Calais ke Dover.

Pengalaman makan tengahari di atas cruise memang menyeronokkan. Salah lah.. Setiap pengalaman sepanjang menyertai Europe Tour ini tersangatlah menyeronokkan. Tak boleh nak describe betapa seronoknya pengalaman ini. Maklumlah, pengalaman pertama yang memang diimpi-impikan oleh saya sejak dari dulu lagi.

bersama sebahagian daripada tour group

Panjang umur, ada rezeki... insyaAllah saya mahu jelajah negara Eropah yang lain pula. Amin.